10 Kebaikan Mandi Air Sejuk

Kongsikan di


Mandi air sejuk adalah perkara biasa dalam kehidupan kita terutama yang sering bangun awal pagi. Mungkin ramai antara kita yang tidak tahu, mandi air sejuk juga adalah satu terapi kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan. Konsep Hydrotherapy telah lama digunakan oleh Vincenz Priessnitz, seorang peladang pada tahun 1920an yang menggunakan terapi ini untuk mengubati banyak penyakit. Berikut adalah kebaikan mandi air sejuk.

1. Meningkatkan Imunisasi Badan

Mandi air sejuk dipercayai menjadi penawar yang baik untuk demam dan jangkitan kuman pada pada badan. Terdapat satu kajian dijalankan kepada atlet muda dengan merendam mereka dalam air sejuk bersuhu 14 darjah Celsius, 3 kali seminggu selama 6 minggu. Terdapat peningkatan 2 jenis sel darah putih, monocytes dan lymphocytes.

Lymphocytes bertugas untuk menyingkirkan bakteria, virus dan toksin dalam badan manakala monocyte bertanggungjawab menghapuskan patogen dan bendasing dalam badan. Penyelidik mendapati kadar metabolisme yang tinggi hasil dari mandi air sejuk yang disebabkan oleh badan kita yang cuba untuk memanaskan badan secara tersendiri akan mengaktifkan sistem imunisasi dan menghasilkan lebih banyak sel darah putih. Mereka yang sering mandi air sejuk dipercayai jarang demam dan mungkin sukar terkena barah yang tertentu.

2. Melancarkan aliran darah

Aliran darah yang baik penting untuk kesihatan jantung. Mandi air sejuk dan panas secara berselang-seli boleh meningkatkan keberkesanan aliran darah. Apabila mandi air sejuk, arteri darah mengecut. Ia dipanggil vasoconstriction. Arteri yang mengecut membolehkan darah mengalir pada tekanan lebih tinggi, aliran darah lebih lancar. Vasodilation adalah kesan sebaliknya apabila badan kembali menjadi lebih panas.

Satu lagi kebolehan semulajadi badan apabila mandi air sejuk adalah darah akan lebih cepat mengalir ke organ-organ utama dalam badan untuk mengekalkannya dalam keadaan panas.  Bukankah ia boleh membantu aliran darah yang baik?

Kenapa aliran darah yang baik penting untuk kita? Ini kerana ia mampu mengelakkan hipertensi dan pengerasan dinding arteri. Ia juga membantu meningkatkan kecergasan badan kita dan kita akan rasa lebih sihat.

3. Mengawal suhu badan

Mandi air sejuk boleh membantu mengawal thermogenesis (cara badan menghasilkan haba dalam badan), di mana ia mengaktifkan sistem pemulihan badan. Jika anda mempunyai penyakit sejuk kaki dan tangan yang kronik atau berpeluh keterlaluan, anda boleh cuba mandi air sejuk.


4. Membantu untuk Kurus / Meningkatkan Metabolisma badan

Lemak perang dalam badan berguna untuk pembakaran tenaga dalam badan. Apabila badan kita terdedah dengan sejuk, lemak perang ini akan terbentuk. Sel-sel lemak ini yang membakar glukosa dalam badan untuk penghasilan haba badan. Penghasilan lebih banyak lemak perang akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga dan membantu untuk kurus. Kadar metabolisme badan juga meningkat.

5. Mengurangkan Tekanan Perasaan

Mengurangkan Tekanan Perasaan adalah salah satu kebaikan mandi air sejuk. Satu Kajian dari Virginia Commonwealth University mendapati air sejuk boleh meransang "titik biru" pada otak, sumber utama noradrenaline untuk badan kita. Noradlinaline adalah bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan. 


6. Meningkatkan Pergerak Cecair Limpa

Sistem limpa adalah yang bertugas untuk membuang kotoran dari sel dan membantu melawan patogen (penyakit). Berbanding urat darah, sistem limpa, ia tidak mengandungi darah, tetapi cecair limpa yang membuang bahan kotoran dan membawa sel darah putih untuk melawan jangkitan. Jika darah yang mengalir di pam oleh jantung, kandungan limpa bergantung kepada pengecutan otot sistem. Mandi air sejuk membantu pengecutan otot limpa dan menyebabkan cecair ini boleh berfungsi di seluruh badan.


7. Menguatkan Pernafasan. 

Sedarkah anda, ketika anda mula untuk mandi air sejuk, anda akan menarik nafas dengan dalam terlebih dahulu? Ia tindakbalas biasa badan supaya badan kita cukup oksigen untuk memanaskan badan dan mengurangkan renjatan kejutan akibat sejuk. Tindakan ini membantu menguatkan paru-paru dan meningkatkan kadar serapan oksigen badan seterusnya menyebabkan badan lebih segar dan kurang letih.


8. Menjadikan Kulit dan Rambut lebih Sihat

Air panas mampu mengeringkan kulit dan rambut. Sebaliknya, air sejuk boleh membuatkan rambut kita nampak lebih berkilat dan menjadikan kulit lebih sihat dengan mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, mengurangkan potensi tersumbat dengan kotoran dan mendatangkan jerawat. Air sejuk membantu detoks kotoran dan toksin dalam kulit. Proses detoks kulit sangat berguna untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih dan awet muda. Air sejuk menutup kutikel pada rambut, rambut lebih kuat dan mengurangkan kotoran menyebabkan scalp pada kepala.

9. Meningkatkan Tenaga

Mandi air sejuk boleh menyebabkan kita lebih bertenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah mengalir dengan lancar di seluruh badan


10. Meningkatkan Penghasilan Hormon. 

Mandi air sejuk boleh membantu sistem peranakan. Sistem peranakan lelaki tidak boleh terdedah kepada panas yang berlebihan, sperma akan berkurang dengan peningkatan suhu. Lelaki yang mandi air panas selama 30 minit setiap hari untuk 3 minggu akan mengalami ketidaksuburan bagi tempoh 6 bulan. Mandi air panas boleh mengawal sistem endokrin.

Sumber : tipsihatselalu

loading...

0 Response to "10 Kebaikan Mandi Air Sejuk"

Post a Comment

Didakwah