6 Keistimewaan Bagi Penghafaz Al-Quran

Kongsikan di


“Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.”
surah al-Baqarah : 2
Al-Quran, kitab umat Islam yang di dalamnya tiada keraguan atau kepalsuan. Beriman dengannya adalah wajib buat setiap umat Islam dan ia termasuk dalam rukun Iman yang enam. Membacanya beroleh pahala, melihatnya pula dianggap ibadah, apatahlagi menghafaznya. Tahukah anda, banyak kelebihan bagi sesiapa yang menghafaz ayat suci al-Quran, antaranya ialah;

#1 – Mendapat tempat di sisi Allah swt

Rasulullah saw bersabda;
“Sesungguhnya Allah swt memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia.’ Lalu mereka bertanya, ‘Siapakah mereka wahai Rasulullah?’ Jawab Baginda, ‘Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah dan orang-orang pilihannya”Riwayat Ibnu Majah

#2 – Diangkat Sebagai Pemimpin

Rasulullah saw menetapkan bahawa seorang penghafaz al-Quran lebih berhak menjadi imam solat berjemaah. Sabda Baginda,
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.”Hadis Riwayat Muslim

#3 – Mendapat Penghargaan dan Pengiktirafan Daripada Nabi saw

“Adalah Nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud, kemudian Baginda bersabda, ‘Manakah di antara keduanya yang lebih banyak menghafaz al-Quran?’ ketika ditunjuk kepada salah seorang darinya, maka Baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahad.”Hadis Riwayat Bukhari

#4 – Ibu Bapa Penghafaz Al-Quran Mendapat Kemuliaan

“Siapa yang membaca al-Quran, mempelajarinya, dan mengamalkannya, maka dipakaikan padanya mahkota daripada cahaya di hari kiamat. Cahayanya seperti cahaya matahari dan kedua orang tuanya dipakaikan dua jubah (kemuliaan) yang tidak pernah didapati di dunia. Keduanya bertanya, ‘Mengapa kami dipakaikan jubah ini?’ dijawab, ‘Kerana kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari al-Quran”Hadis Riwayat al-Hakim

#5 – Beroleh Syafaat Di Akhirat

Daripada Abi Umamah ra ia berkata,
“Aku mendengar rasulullah saw bersabda, ‘Bacalah olehmu al-Quran. Sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembaca (penghafaz al-Quran).”Hadis Riwayat Muslim

#6 – Beroleh Pahala Berlipat Ganda

“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya dengan al-Quran pahala dan pahala digandakan sepuluh. Aku tidak kata bahawa “alif lam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf.”Hadis Riwayat Tirmizi
Demikianlah 6 kelebihan yang bakal diperoleh oleh penghafaz al-Quran, melalui sabda Baginda Nabi saw. Ya, bukan mudah untuk melatih diri mengingati ayat-ayatNya. Namun, kita masih belum terlambat untuk memulakannya asalkan, diri kita punya tekad dan usaha yang bersungguh demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia jua akhirat sana.
Mulakan dahulu dengan ayat-ayat yang mudah dan pendek. Insya-Allah, lambat laun pasti lisan kita akan terbiasa dengan ayat-ayatNya.
Semoga perkongsian ini dapat memberi motivasi kepada kita untuk menggalakkan diri sendiri, ahli keluarga atau anak-anak untuk lebih mencintai al-Quran dan menjaga ayat-ayat sucinya dengan hafalan. Selain beroleh ganjaran di dunia, penghafaz al-Quran ini juga turut diberi pelbagai keistimewaan di akhirat kelak.
Oleh itu, bersamalah kita untuk merebut peluang ini dan menanamkan niat di hati agar dipermudahkan lisan menyebut ayat-ayatNya. Insya-Allah. Wallahua’lam.

Sumber : tazkirah.net
loading...

1 Response to "6 Keistimewaan Bagi Penghafaz Al-Quran"

  1. ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di fanspoker''com
    add pin bb 55F97BD0 ditunggu ya

    ReplyDelete

Didakwah