3 Sebab Kenapa Wanita Berpantang Dilarang Makan Laksa Selama Setahun

Kongsikan di


Olahan Razzlyn Rosli.

Pasti anda pernah dengar pantang larang jangan makan laksa yang orang tua – tua selalu pesan selepas bersalin.  Tapi mungkin ramai yang tertanya – tanya apa relevannya laksa tidak boleh dimakan oleh ibu – ibu selepas bersalin.

1.    Kuah Punca Angin.

Ramai yang tidak tahu daun kesum dan bunga kantan adalah sayuran berbisa dan menyebabkan punca angin dalam badan dan ada juga sesetengah pihak yang mengatakan jenis ikan yang digunakan adalah penyebabnya.

2.    Laksa Dimasak Dua Kali

Ibu berpantang disarankan mengelakkan makanan yang dipanaskan semula atau dimasak dua kali. Memang betul laksa dibuat daripada beras tetapi laksa adalah makanan yang dikeringkan selepas dimasak (Proses).

Laksa akan direbus atau direndam. Selepas dimasak dua kali, ia akan memerangkap angina dan secara tidak langsung kandungan angina itu semakin tinggi lalu menyebabkan sakit urat dan sakit badan. Selain itu, wanita lepas bersalin juga dilarang makan nasi yang telah dipanaskan semula.

3.    Timun

Sayuran ulam yang ada di setiap hidangan laksa adalah timun. Ibu berpantang disarankan tidak makan timun kerana timun adalah sejenis sayuran sejuk yang boleh mendatangkan angin dalam badan.

Sumber Mingguan Wanita.
loading...

1 Response to "3 Sebab Kenapa Wanita Berpantang Dilarang Makan Laksa Selama Setahun"

  1. hy guys ingin nmendapatkan uang jutaan rupiah gak ^^
    ayo segera bergabung dengan saya di F/A/N/S/P/O/K/E/R
    disini hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian semua bisa menang jutaan rupiah lo
    ayo tunggu apa lagi kami tunggu ya pendaftarannya ^^

    ReplyDelete

Didakwah