3 Sebab Utama Mengapa Proses Diet Anda Selalu Gagal dan Bagaimana Mengatasinya Secara Berkesan?

Kongsikan di


Anda telah berusaha keras.
Anda telah menjalani diet yang ketat.
Anda tahu anda akan berjaya, kerana anda telah mengambil set produk kurus yang terbukti menurut rakan anda.
Anda telah turun bersenam setiap petang. Anda tidak pernah ponteng sepanjang minggu itu.
Anda lakukan dengan sepenuh hati. Anda yakin akan kurus pada bulan berikutnya.
Namun perkara sebaliknya yang terjadi …
Anda telah jatuh sakit. Badan anda langsung tidak mampu menampung apa yang anda buat
Perkara ini telah melumpuhkan segala usaha anda.
Lebih malang, berat badan anda semakin bertambah selepas kejadian ini..

Anda boleh lakukannya

Sebagai manusia biasa, anda dan saya pasti akan bertarung dengan perkara sebegini.
Kita juga mahu mempunyai tubuh badan yang sihat seperti orang lain. Kita juga mahu kesihatan yang baik. Kita berharap dikurniakan segala kesempurnaan seperti orang lain.
Siapa yang mahu mempunyai tubuh yang gemuk, lembik dan tidak tegap kan?
Tetapi..
Kadangkala, kita rasa ini suatu misi yang mustahil. Bagaimana untuk kurus dengan sempurna tetapi pada masa yang sama kita semakin sihat?
Sebenarnya ia tidaklah serumit yang anda fikir.
Sudah ramai yang berjaya kurus tanpa sebarang produk dan ubatan, hanya dengan mengenali asas pemakanan  yang betul sahaja.
Apa yang lebih penting, bila digabungkan dengan strategi senaman yang betul, InsyaaAllah kita akan mencapai berat badan ideal dan lebih sihat dari sebelumnya.
Bunyi macam menarik kan? Mari saya jelaskan.

3 Masalah Utama Mengapa Anda Gagal

Mari kita lihat apa sebabnya anda gagal untuk mengikuti program diet.
Sebab utama gagalnya sesuatu perkara adalah berpunca daripada anda sendiri. Anda gagal untuk membentuk dan menyediakan diri anda untuk perubahan.
Anda tidak faham? Begini..

Masalah #1: Kita cuba untuk mengubah semua dengan sekali harung

Ini adalah penyumbang utama kegagalan dalam menurunkan berat badan.
Kita cuba untuk buat semua perkara dalam satu masa.
Kita paksa diri kita untuk berlari, push-up, tahan makan, pumping, dan sebagainya dalam satu masa.
Sebenarnya cara ini salah.
Malah ia membuatkan anda untuk gagal dan berputus asa dengan lebih cepat.
Kita sepatutnya bermula dengan sesuatu yang paling kecil..
..dan satu sahaja perkara dalam satu masa.
Secara personal, saya hanya akan bina terlebih dahulu sesuatu habit pada satu masa. Apabila habit itu telah terbentuk menjadi rutin, saya akan bina habit baru yang seterusnya.
Sebagai contoh, saya akan berjogging dulu secara ringan selama 2-3 minggu untuk pusingan padang yang kecil, sehingga saya rasa ia telah menjadi rutin saya sebelum menambah exercise yang lain.
Kemudian saya akan fokus pula terhadap exercise baru itu sehingga menjadi gaya hidup yang baru sebelum beralih lagi ke yang seterusnya.

Masalah 2# Anda Mulakan Dengan Habit Yang Terlalu Besar

Memulakan satu rutin tidak sepatutnya membebankan anda.
Mulakan sesuatu yang sangat kecil, senang serta mudah untuk dibuat pada setiap hari.
  • Berjogging 10 km setiap hari? Mulakan dengan 2 atau 3 pusingan terlebih dahulu disekitar blok rumah anda.
  • Mahu minum 8 gelas air masak sehari? Mulakan dengan 1 atau 2 gelas terlebih dahulu.
Sebenarnya, apa yang paling sukar adalah semasa mula-mula untuk membentuk rutin yang baru.
Ia memerlukan dorongan motivasi yang sangat tinggi untuk turun bersenam selepas pulang kerja seharian yang memenatkan.
Tapi sebaik sahaja anda sudah mula melakukannya, anda akan menyelesaikannya tanpa perlu sebarang dorongan motivasi.
Bagaimana menyelesaikan perkara ini? Gunakan strategi 2 minit.

Masalah 3# Menganggap perubahan kecil tidak memberi kesan

Jangan memandang rendah terhadap 1% penambahbaikan setiap hari.
Jika kita mendengar orang lain bercakap mengenai matlamat mereka, anda akan mendengar bagaimana mereka mengatakan apa yang paling kurang mereka ingin capai:
  • “Aku nak simpan paling kurang RM 10K tahun ini”
  • “Aku nak baca sekurang-kurangnya 30 buah buku tahun ini”
  • “Aku nak hilangkan sekurang-kurangnya 20kg sebelum kahwin”
Andaian kita mengatakan kita perlu membuat pencapaian yang besar untuk melakukan perubahan.
Dek kerana tanggapan ini, kita selalu meyakinkan pada diri kita bahawa kita harus mengejar habit yang besar.
Jika aku nak hilang 20kg, aku tak boleh makan dan kena bersenam tanpa henti 90 minit setiap hari!”
Walaubagaimana pun, jika anda berpijak pada bumi yang nyata dengan melihat rutin semasa anda, pasti anda akan melihat satu gambaran yang berbeza.
Hampir semua kelakuan yang anda buat pada hari ini, baik atau buruk, merupakan kesan daripada keputusan-keputusan kecil yang anda buat dari semasa ke semasa.
Tanpa sedar, anda mengulangi kelakuan itu sedikit demi sedikit sehingga membentuk satu hasil yang jelas.
Setiap hari kita akan membuat keputusan untuk menjadi 1% lebih baik atau lebih buruk, tetapi selalunya pilihan itu kecil sehingga kita tidak menyedarinya.
Oleh itu, jika anda serius untuk membina rutin yang baru (diet), maka bermulalah dengan perkara kecil.
Mula dengan sesuatu yang anda boleh kekal dengannya.
Kemudian, jika anda sudah dapat mengulanginya dalam masa yang mencukupi, maka anda boleh menambahkan lagi arasnya.
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Jika anda berterusan menambah 1% improvement setiap hari, anda pasti akan mendapati diri anda akan meningkat dengan sangat cepat dalam masa 2 atau tiga bulan sahaja.
Yang penting anda kekalkan momentum dan jadikan sesuatu rutin itu semudah yang mungkin untuk dicapai.
Bina rutin terlebih dahulu. Fikirkan mengenai keputusannya pada kemudian hari.

Sumber : akuislam.com
loading...

0 Response to "3 Sebab Utama Mengapa Proses Diet Anda Selalu Gagal dan Bagaimana Mengatasinya Secara Berkesan?"

Post a Comment

Didakwah