Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang menggunakan khidmat jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.
Sebagaimana sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Saiyidah Syafiyyah binti Huyay, bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya syaitan (jin) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya”.
Dari hadis di atas jelaslah bahawa jin dapat masuk ke dalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. Jin dapat berjalan dalam tubuh badan manusia seperti arus elektrik mengalir dalam kabel penyalurnya.
Jin juga dapat menguasai manusia sehingga ia dapat menimbulkan perkelahian sesama manusia, manusia kehilangan ingatan, hilang daya kemahuan dan kesedaran dan lain-lain lagi.
Jin boleh memasuki badan manusia samada dipinta sendiri oleh manusia atau tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki badan manusia melalui salah satu cara berikut:
Antaranya:
- melalui khadam atau manusia itu sendiri menjadikan jin sebagai sahabatnya.
- melalui saka-baka.
- melalui sihir yang dilakukan oleh manusia ke atas manusia lainnya.
- disebabkan manusia itu sendiri lalai dari mengingati Allah atau melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah, beerti mendekatkan diri untuk dikuasai oleh jin.
- melakukan kejahatan terhadap jin seperti menjatuhkan sesuatu benda berat di sesuatu tempat yang ada jin, tanpa menyebut nama Allah sehingga menyebabkan kematian anak jin.
- kerana adanya golongan jin lelaki yang jatuh cinta kepada seorang perempuan yang suka bersolek atau wanita-wanita yang suka keluar rumah untuk memperlihatkan kecantikkannya dan tidak memakai tudung serta suka mendedahkan aurat.
- melalui pengamalan jampi serapah, doa dan ayat-ayat tertentu yang boleh mendatangkan jin.
Dan apabila telah masuk ke dalam tubuh badan manusia, walau dengan apacara sekalipun, jin tersebut akan mendiami satu tempat berikut di anggota tubuh badan manusia (walaupun mereka bebas bergerak dalam badan manusia)
Antara tempat-tempat tersebut ialah:
- Mereka berkumpul di mata kanan dan kiri. Sebab itulah jika seseorang itu membela atau telah dimasuki jin dalam badan mereka, mereka tidak berani bertentang mata dengan orang lain.
- Berada di telinga kanan dan kiri, dengan itu manusia yang telah terasuk jin tidak suka mendengar nasihat dan teguran yang baik serta amat suka mendengar perkara-perkara maksiat seperti muzik yang melalaikan dan sebagainya.
- Berada di mulut manusia, dengan itu manusia yang telah di masuki jin amat suka bercakap benda-benda yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat, melaga-lagakan manusia lain dan sebagainya.
- Berada di hidung manusia, menyebabkan manusia suka menghidu benda-benda yang tidak elok dan boleh merosakkan diri manusia sendiri.
- Berada di ari-ari ( pusat ), menyebabkan orang tersebut sentiasa mengalami sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh di kesan oleh doktor.
- Berada di kemaluan manusia, menyebabkan manusia suka melakukan perkara-perkara maksiat seperti berzina dan sebagainya.
Manusia yang selamat dari ganguaan Jin , Iblis dan Syaitan adalah manusia yang sentiasa berada dalam Tauhid ( mengesakan ) Allah, melalui lidah, anggota dan hati, mereka juga berakhlak dengan akhlak Rasulullah serta beramal dengan syariat Islam.
Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah ialah dengan kita mengambil contoh perbuatan dan kelakuan mereka yang setiap waktu dan masa berada dalam tauhid Allah, seperti Nabi Muhammad, sahabat-sahabat baginda, para ulama dan sebagainya.
Dengan itu Insyaalah akan menyampaikan diri kita zahir dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat, waktu dan masa melalui anggota, lidah dan hati sebagaimana mereka, iaitu selamat daripada gangguan para Jin, Iblis dan Syaitan atau seumpamanya.
Kredit: perubatan alhaz
loading...
ReplyDeleteditunggu apa lagi hanya dengan minimal deposit 10.000
mari coba keberuntungannya bersama dengan kami di fanspoker^^com