Cara Menilai Hati Lelaki Yang Diminati
Siapalah tak nak, lelaki yang hatinya baik, sudah lah tampan, alim pula tu, lemah lembut, kerja pun elok dan sebagainya tuh.
Dan siapa pula nak lelaki yang penagih, menipu dan segalanya juga tu walaupun hensem.
Siapalah yang tak nak lelaki yang elok serba serbinya kan..
Yang kalau di bawa ke hati kita pun cinta, di bawah kenal bersama keluarga pun terima, di bawa kepada kawan kawan pun rasa senang sahaja hati.
Persoalannya,
Bagaimana Nak Mencari Dan Memikat Lelaki (Calon Bakal Suami) Yang Diminati?
Ok,
Lelaki tu mesti sembahyang, hormat orang tua, bersedekah dan sebagainya.
Masalahnya macam mana pula kita nak tahu dia tu sembahyang? hormat dengan orang tua lagi? Sedangkan kalau bersedekah pun, tangan di sebelah pun tak perlu tau.
Untuk Perempuan Pikat Lelaki itu Senang
Betul tu, untuk perempuan memenangi mana mana hati lelaki idaman, baik di facebook atau di tempat kerja itu, mudah.
Kerana memang lumrah lelaki tu akan jadi lemah.
Tapi belum tentu lelaki yang dipikat akan menjamin masa depan yang baik.
Untuk itu,
Disini kami ada berikan beberapa tips hebat untuk anda menilai sama ada lelaki itu baik di dunia dan akhirat. Ia bukan lah penjamin, tapi insyaAllah kepada sesuatu yang lebih baik.
1. Singgah sembahyang semasa keluar bersama
Keluar bersama adalah satu topik yang agak sukar untuk kami bicarakan, dan kita pun tahu bila berdua bersama pasti apa yang akan juga turut serta kan.
Jadi eloklah di bawa bersama kenalan atau pun adik untuk sertai.
Dan antara yang paling simple untuk anda kenali sama ada dia betul betul yang terbaik, tunggu sama ada, ada tidak dia cadangkan untuk singgah sembahyang.
2. bangun pagi pukul berapa
Sudah menjadi kewajipan si lelaki untuk sembahyang subuh tanpa ada sebarang halangan.
Kalau anda mesej mereka whatsapp atau sebagainya cuba check dia bangun pukul berapa. Jangan terus serang tau, tanya dahulu. Kenali dahulu. Lelaki ada juga yang tak suka di paksa, ada juga lelaki yang tak suka di tanya hal remeh.
Langkah yang terbaik adalah, tanya sahaja bangun pagi pukul berapa.
3. hubungan dengan ibu bapa
Terumanya Ibu, saya sendiri pernah alaminya apabila ada seorang ibu yang berceritakan perihal anak perempuannya yang berkejar semasa ibu nya pergi untuk tinggalkan anak di asrama.
Nangis nangis anaknya, dan dalam hati saya mudah. Kalau anak saya macam tu, saya gembira. Kerana hubungan ibu dengan anak kuat.
Ini bukan kajian daripada mana mana, tapi kalau seseorang insan, baik lelaki atau perempuan, hubungan dengan ibunya baik, mesra hormat. InsyaAllah peribadinya pun baik juga.
Percayalah, ia bukan datang dari kajian mana mana pakar, tapi kebiasaanya yang telah saya lihat sepanjang saya hidup.
4. soal agama
Sebagai perempuan, nanti insyaAllah akan ke jinjang pelamin dan bersama seumur hidup, tanggungjawab beragama bukan kepada si perempuan, maka pengetahuan agama pada diri lelaki itu penting. Cuba test dia dengan cara cara solat jamak sebagainya. Yang sekaligus perbualan anda lebih baik kerana jadikan perkara ini isi untuk anda bersembang.
Tipsnya, jangan terlalu memaksa. Bukan semua lelaki boleh terima.
5. cara dia bertutur dan mengawal sifat amarah
off topik sekejap, pasti ramai yang perasan ada satu video di facebook, di mana perempuan, girlfriendnya di pukul oleh boyfriendnya apabila gfnya ni ternampak bfnya tadi keluar dengan perempuan. Lelaki tu naik angin kerana gfnya memaksa memaksa. Sudah lah selingkuh lagi diperlakukan begitu.
Nasihatnya, tolong jangan share video seperti itu, itu aib orang lain.
Begitu juga dengan video video yang lain, pergaduhan sesama perempuan atau apa sahaja yang hanya merosakkan peribadi anak anak kita.
Untuk subtopik ini, setiap hubungan pasti akan ada salah faham. Cuba nilai bagaimana pasangan anda, bagaimana dia meluahkan sifat amarahnya.
Hati hati, nanti dalam rumah anda dengan dia, anda akan berhadapan dengan nya sorang.
InsyaAllah lelaki yang baik, beriman tidak akan berlaku ini kan.
Apa apa pun, nak pikat lelaki jangan hanya menilai daripada apa yang anda mesti ubah sahaja, seperti pandai berhias, cantik sahaja.
Sekarang ni, anda nak pikat lelaki, rule yang biasa orang katakan “cermin diri tu sendiri dulu“, tak sesuai untuk digunakan pada perempuan yang nak pikat hati lelaki.
Nilai dahulu si lelaki yang anda nak pikat, terutamanya dari segi peribadi diri.
Baru mulakan “jarum” :)
Bukan senang untuk menilai peribadi seseorang yang anda suka, baik atau tidak. Baik pun, baik yang macam mana. Yang tak baik pula, adakah selamanya begitu?
Wallahhualam. Semoga Allah memberikan kita jodoh baik didunia dan di akhirat.
Kami harap dengan 5 tips di atas tadi, anda mampu memikirkan sesuatu untuk menilai mereka.
Dan katakan anda sudah pun menjumpai calon yang anda rasakan baik untuk dijadikan suami, insyaAllah.
Kami ada beberapa tips untuk anda mulakan langkah :)
Tips Untuk Pikat Lelaki Idaman
Jangan lupa iringi Solat Sunat Istikharah untuk memohon petunjuk. Dan juga solat sunat dhuha untuk memohon rezeki.
Bukan yang berniaga sahaja yang mesti solat sunat dhuha ya :)
Tip Pertama – Jadi pendengar dan penyokong yang setia
Perempuan dari segi fizikal nya nampak lemah, tapi yang lemah lemah ni lah yang menjadi pembantu kuat semangat banyak laki laki. Dan kalau laki laki yang memang sentiasa ada yang menyokong, siapa lah yang tak suka.
Untuk keluarga berikan sokongan malu lah pula, untuk harapkan kawan laki dikata sentimental pula.
Tip Kedua – kenali pesaing anda
Mungkin ini teknik kotor sikit.
Tapi bukan bermaksudnya untuk berdendam
Kalau memang lelaki tu insyaAllah boleh membahagiakan kita dunia akhirat.
Apa salahnye berebut kan.
Dengan mengenali pesaing anda mungkin sedikit sebanyak dapat anda nilai apa yang boleh anda buat untuk perbaiki “prestasi” anda.
Pasti ramai yang ada lihat Kuch Kuch Hota Hai, kenapa Kajol lari naik train?
Sebab pasrah. Yang dirinya tak akan dapat menyaingi Rani.
Tip Ketiga – menanam dalam diri – jika aku tak dapat pasti ada yang lebih baik, sentiasa redha
Yang Kajol tadi, dia tengah redha lah tu bila naik train.
Tapi itu lah cerita, lastnya dapat lah juga kan.
Dalam hubungan realiti ada macam tu juga, bukan semua yang kita rancang ingin bersama dengan seseorang tu akan pasti. Rileks, sabar. Pasti ada nanti.
So, tips ketiga ini lebih kepada bersandarkan kepercayaan kita akan rezeki. Kalau itu yang ditakdirkan kita mesti terima.
Yang penting percaya, kalau Allah tarik rezeki aku dengan seseorang ini, pasti Allah nak simpan dan taruh rezeki yang aku dapat sekarang ni dengan pertemuan yang jauh lebih baik lagi.
Tip Keempat – pandai memasak, bagi mereka try masakan anda.
Try lah masak satu gulai bagi dia.
Tapi jangan bagi tahu family, nanti ada pula yang meluat kan.
Tak pe lah, biarlah family meluat. Tapi si lelaki yang terima makan ni mesti kembang.
Yang satay atas tu tak perlu, melampau sangat kan. Nanti lain pula yang terbakar.
Tip Kelima – jangan terlalu mengongkong
Untuk tip pertama tadi ialah memberi sokongan. Lelaki memang sukakan ini. Namanya “sokongan padu”
Tapi kalau sokongan berpadu padu buat laki jadi rimas.
Maka elok lah cool down sedikit. beri sedikit masa.
Jangan terlampau nak itu nak ini. Tengok juga kepada kemampuan mereka.
Dan jangan pula kalau tak dituruti rasa tak sayang pula. BRIM bukan setiap bulan.
Tip Keenam – Jadilah Seseorang Yang Boleh Dipercayainya
Seperti contoh:
Bila si laki rasa yang anda ni mudah untuk mereka ceritakan apa apa. Yela, anda beri sokongan, tak mengongkong. Mesti mereka akan berasa senang kan.
Dan bila ini berlaku, mesti pasti akan juga senang untuk ceritakan masalah mereka contohnya.
Bila mereka cerita, jangan pula cerita dekat orang lain. Macam hubungan suami isteri, baik buruk pasangan kita biar dalam rumah je, jangan bawa keluar.
Walaubagaimanapun untuk bincang melalui kepercayaan ia satu topik yang luas.
Nak bercinta kena ada ilmu, bukan mesti ada perasaan sayang sahaja.
INGAT, hanya monyet yang cinta monyet.
Belajar Kenali Lelaki Daripada Pakar
Dengan ilmu dan Rezeki sahaja akan membantu anda bahagia ke akhir hayat.
Dan ilmu itu untuk dapatkannya samada ada anda belajar daripada pengalaman, yang bermaksud anda terpaksa harungi pahit manisnya dahulu baru boleh faham. Atau pun anda belajar daripada pakar yang memahami psykology dalam pemikiran dan perbuataan seseorang.
Yang rezeki itu pula memang ia kurniaan Allah, tapi insyaAllah kalau kita berusaha ke arah yang lebih baik, maka Allah akan kurniakan rezekinya.
Antara karangan yang terbaik ialah ebook yang dihasilkan oleh pakar motivasi Dr HM Tuah Iskandar. Panduan untuk memikat si lelaki
Dengan ebook ini juga anda akan dapat mengenali jauh lebih detail dengan sikap dengan perangai si laki laki.
Beliau ada berikan anda ilmu pengetahuan yang anda patut tahu untuk bukan sahaja memikat lelaki, malah juga untuk menilai sama ada lelaki yang anda ingin pikat itu sesuai atau tidak.
Anda juga akan dapat tips bagaimana anda kesan sama ada hubungan anda dengan si dia serasi atau tidak.
Kalau tips di atas mungkin lebih kepada perbuatan, dengan ebook ini anda juga akan diberikan contoh ayat ayat yang memikat si laki laki.
Sekali lagi ini ebook yang dimaksudkan, Cara Pikat Lelaki dari Pakar
Apa apa pun, carilah yang beriman.
Sumber : akuislam.com
loading...
0 Response to "Cara Memikat Hati Lelaki Dunia Akhirat ( InsyaAllah )"
Post a Comment