CINTA ORANG TUA BAWA PADAH?

Kongsikan di



Orang tua berkahwin dengan orang muda bukanlah cerita pelik. Ia sering berlaku dari masa ke masa. Ada lelaki tua berkahwin dengan wanita muda sebagaiamana yang kerap berlaku, dan sebaliknya ada pula wanita tua berkahwin dengan lelaki muda.

Biasanya perkahwinan itu ditegakkan ada dasar cinta atau kasih sayang. Itulah selalunya didendangkan ke telinga kita oleh kedua pasangan yang sedang dilamun cinta. Baik belum mendirikan rumahtangga atau setelah mendirikan rumahtangga.

Cinta di kalangan manusia, lelaki dan perempuan, memang mempunyai banyak keanehan yang kadang-kadang merupakan lautan yang tidak terduga. Macam-macam perkara boleh berlaku atas alasan cinta.

Seorang lelaki yang cintakan seorang wanita, Sanggup berkorban apa sahaja kerana orang yang dicintainya itu. Kalau dia benar-benar jujur, dia tidak akan berminat lagi kepada wanita-wanita lain, malah boleh melupakan semuanya, kerana seluruh cintanya ditumpukan kepada seorang kekasih pujaan hatinya sahaja.

Cinta seorang lelaki dan seorang wanita yang berada dalam lingkugan usia sekufu memang necral. Itu adalah kelumrahan. Tapi kalau lelaki yang telah tua bangka jatuh cinta dengan gadis belasan tahun itu tidak lagi necral. Telah terkeluar dari luar kelumrahan insan biasa.

Pada umumnya ada perbezaan yang luas antara seorang lelaki tua dengan lelaki muda. Usia dan pengalaman menjadi kayu ukurannya. Orang muda biasanya mempunyai kekuatan lebih dari segi emosi dan fizikalnya. Daya emosinya selalu panas. Pantang terusik. Nafsunya mudah terbingkas. Justeru mereka lebih gemar mencari kenikmatan hidup dan mencari kepuasannya. Dengan itu mereka sering menjadi tidak setia dalam percintaan mereka, dan sentiasa mencari kenikmatan-kenikmatan baru untuk memuaskan nafsu mereka yang menggelegak.

Sebaliknya orang-orang tua lebih dulu menikmati garam kehidupan ini. Mereka telah puas merayau dan meneroka kehidupan ketika berada dalam usia muda dulu. Justeru itu mereka lebih mementingkan cinta yang mantap, cinta stedi, cinta yang aman dan tenteram, justeru mereka menjadi lebih setia kepada cinta mereka, iaitu orang-orang yang mereka cintai dan kasihi.

Lelaki tua ini mungkin seorang duda atau mungkin seorang suami. Menjadi duda kerana berpisah atau kematian isteri. Walaupun usianya telah lanjut tapi nafsunya masih muda. Justeru bila lelaki tua memburu cinta, maka yang menjadi kejaran mereka ialah wanita-wanita yang masih muda, yang mempunyai perbezaan amat ketara dari segi usia. Dengan itu dia mengharap dapat menghidupkan kembali kemudaannya yang lesap ditelan masa dan mengharap dapat memberi nafas baru kepada kehidupannya yang melangkau satu batas usia ke penghujungnya.

Namun begitu, wanita muda yang menjadi tumpuan cinta dan kasih sayangnya itu mungkin menunjukkan sikap yang romantis, manja, mesra dan memberi layanan yang memukau hati dan perasaan. Namun begitu, biasanya semua sikap itu bukan merupakan sikap yang lahir dari lubuk hatinya yang murni, yang jujur dan penuh keikhlasan berdasarkan cinta sejati. Tapi ia hanya merupakan sikap timbang rasa, simpati dan kasihan belas seorang wanita kepada seorang lelaki yang sanggup mencintai dan berkorban untuknya.


Dan inilah yang menjadi punca kemeranaan, kesangsaraan, kederitaan dan dilema cinta seseorang lelaki tua bangka yang menjadikan wanita muda sebagai buah hati dan pengarang jantungnya. Dari titik inilah cinta itu berputar-putar melakar kisah kesangsaraan yang mungkin berakhir dengan penyesalan kepada lelaki tua itu.

Orang yang arif tentu faham yang dimaksudkan dengan cinta itu; ia bukan bererti cinta semata, tapi ia mempunyai pertalian yang kental dengan unsur kejasmanian. Penghujung segala cinta ialah ikatan perkahwinan. Dan perkahwinan tidak menjadi untuh hanya dengan cinta dan makan minum semata. Tapi ia mesti mempunyai pertalian batin yang kuat terjalin antara suami dan isteri, yang antara lain membutuhkan kekuatan dan kesegaran jasmaniah untuk melaksanakannya.

Di sinilah terletak kepincangannya. Kerana pada umumnya orang lelaki yang tua renta tidak mungkin lagi mempunyai kekuatan jasmaniah yang mencukupi untuk memberi kepuasaan jasmaniah yang sewajar kepada pasangannya yang masih muda belia itu.

Pada umumnya, jika ada wanita muda yang terpikat dengan lelaki tua, maka cinta wanita itu tidak jujur dan ikhlas, bukan cinta yang bersumber dari lubuk hati nuraninya yang bersemarak dengan kasih suci, malah mungkin juga tidak ada cinta langsung dalam erti kata cinta yang sebenarnya. Justeru sikap kemseraan yang ditunjukkan oleh wanita itu adalah kerana terpengaruh dengan sikap kemesraan dan kesetiaan yang ditunjukan oleh lelaki tua itu kepadanya.


Oleh itu segala minat, kecenderungan, kemesraan dan penyerahan diri wanita muda itu semata-mata merupakan hadiah atau baksis atau sagu hati kepada orang tua yang begitu setia dan begitu menyayanginya dengan sepenuh hati dan jiwanya. Justeru penyerahan tubuh badannya kepada lelaki itu bukanlah kerana cinta yang sepenuhnya. Dengan kata lainnya walau pun lelaki tua itu berjaya memiliki tubuh badan wanita itu, walau pun tanpa kerelaan, tapi dia tidak berjaya menakluki hati dan jiwa wanita itu sepenuhnya sebagai seorang kekasih, buah hati, pengarang jantung.

Sudah tentu wanita muda seperti ini menaruh angan-angan dan meletak harapan untuk mencari lelaki muda juga yang tampan, sihat dan bertenaga yang mampu memberi kepuasaan lahir dan batin kepadanya, dan dapat memenuhi naluri yang memang dimiliki oleh setiap orang yang muda baik lelaki ataupun perempuan yang normal.

Di sinilah lautan api penderitaan kepada lelaki tua itu yang bercinta dengan wanita muda, iaitu bila rahsia sebenar di sebalik kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangannya itu kepadanya terburai, seperti terburainya perut ayam yang digilis kereta di atas jalan raya. Tetulah jiwanya menjadi lara, bila menyedari wanita muda yang menjadi pujaannya itu tidak benar-benar mencintainya dengan sepenuh hati dan jiwanya.  Tapi segala kemesraan yang dihulurkannya itu semata-mata kerana berdasarkan simpati dan kasihan belas terhadap seorang wanita muda kepada seorang lelakii tua bangka sepertinya, yang dari segi logiknya tidak layak lagi menjadi isterinya atau menjadi pujaannya, sebaliknya ianya lebih layak dianggap sebagai anak atau cucunya sendiri semata-mata.

Kesedaran ini akan mendamparkan lelaki tua ke pantai yang penuh batu-batu kerikil yang tajam dan pokok-pokok yang berduri yang akan mencucuk kaki. Sudah tentu dia akan diserang keresahan dan kegelisahan yang sukar dirawati. Akibatnya dia akan dibakar kering oleh api kecemburuan yang menyala dalam dadanya. Ini boleh melemparkan dia ke dalam lautan tidak keruan, kenanaran seperti orang kurang siuman. Kian hari kebimbangan dan kekesalan kian meningkat, kerana dalam proses usia, setiap hari usia insan kian meningkat, dan peningkatan usia  bererti kian merosotnya kekuatan jasmaniahnya, yang menghalang dia untuk menjalin hubungan suami isteri yang dapat memuaskan  naluri jasmaniah isterinya yang masih muda itu.

Keadaan akan menjadi tambah parah andainya lelaki tua yang mencintai wanita muda itu masih lagi mempunyai isteri yang dinikahinya sejak mereka masih muda dulu. Isteri tuanya itu mungkin akan dikorbankan atau dimangsakan demi menjaga hati isteri mudanya itu. Ini melemparkan isteri tuanya ke dalam lautan huru hara dan sudah tentu jika perkara malang ini benar-benar belaku ia akan mengheret bersama anak-anak jika mereka mempunyai anak. Sedangkan mereka semua tidak berdosa. Menjadi mangsa lelaki yang gila cinta di luar sempadan kebiasaan.

Untuk mempertahankan cintanya, lelaki tua itu terpaksa memperkasakan dirinya untuk melayan nafsu badani isterinya yang masih muda itu. Dia terpaksa memakan lebih banyak makanan yang dapat memperkuatkan jasmaniahnya,  obat-obat penggalak, obat-obat tahan lasak, obat-obat kuat, malah mungkin juga minuman-minuman keras dan dadah-dadah yang merbahaya untuk membolehkan dia melayan naluri muda isterinya itu.

Akibat bertindak kerterlauan mengikut perasaan itu lelaki itu akhirnya mendapat gangguan kesihatan, dan akhirnya jatuh sakit, Tenaga dan kekuatannya bertambah merosot. Penyakitnya mungkin berangsur parah. Dia tidak lagi mampu untuk memenuhi selera muda isterinya. Dan dalam keadaan yang gawat itulah isteri muda yang tidak beriman yang memang telah lama kedahagaan itu akan bermain kayu tiga, menjadi curang, menyimpan kekasih gelap untuk memenuhi seleranya yang terabai sekian lama.

Walaupun lelaki tua itu mengetahui kecurangan isteri mudanya itu tapi dia tidak mampu lagi berbuat apa-apa. Ada seorang lelaki tua berkahwin dengan seorang wanita muda. Kemudian lelaki tua itu telah jatuh sakit parah dan terlantar di pembaringan. Dia tidak mampu untuk menceraikan isterinya itu, memikirkan ke mana dia akan pergi jika mereka berpisah, sedangkan dia telah lama meminggirkan anak-anaknya, kerna tergila-gilakan isteri mudanya itu.


Seorang lelaki tua lagi pula berkahwin dengan wanita muda yang masih galak. Sedangkan dia sendiri kesihatannya sudah tidak begitu stabil lagi. Dia sedar dia tidak akan mampu melayan isteriya itu, tapi kerana keinginannya kuat untuk memiliki wanita muda itu, lalu dinikahinya juga sebagai isteri kedua. Nasib baik isteri tuanya bertimbang rasa dan merelakan dia kahwin. Tapi tidak lama selepas mendirikan rumah tangga dia merasa kesihatannya makin merosot, hampir tidak mampu lagi memenuhi selera naluri isteri mudanya itu. Maka setelah befikir dengan saksama dia mengambil keputusan untuk berpisah dengan isteri mudanya itu secara baik dan kembali kepada isteri tuanya. Tapi perkara itu tidak berakhir di situ. Tidak lama selepas itu dia telah jatuh sakit teruk, dan terlantar di pembaringan selama bertahun-tahun sebelum kembali ke rahmatullah.


G.B.Shaw



Saya terkenangkan kisah seorang sastrawan yang terkenal, George Barnad Shaw, berbangsa Irish seorang penulis drama.[1856-1950]. Pada suatu ketika, mungkin dalam usia tuanya, dia telah dilamar oleh seorang wanita jelita yang masih muda belia. Wanita itu mengajak dia berkahwin, dan menambah kata, “Alangkah beruntungnya nanti, selepas kita kahwin, kita mendapat anak, dan anak itu wajahnya cantik seperti wajah saya, dan otaknya pintar seperti otak tuan”. Maka dijawab oleh George Barnard Shaw dengan katanya, “Tapi bagaimana pula, kiranya anak itu nanti lahir dengan wajah seperti saya, dan mempunyai otak seperti anda?”.


Demikian juga seorang sastrawan Russia yang terkenal, Ivan Sergeyevich Turgenev [1818-1883] berjaya mengelak menjadi mangsa cinta lelaki terhadap wanita muda. Peristiwa ini berlaku ketika beliau dalam usia 52 tahun dan wanita muda itu hanya berusia 22 tahun. Walau pun beliau terpesona dan tergoda dengan wanita muda yang jelita itu, tapi beliau tidak mudah melupakan dirinya, dia tidak membiarkan dirinya ditunggangi oleh kuda nafsunya yang akan menjerumuskan dirinya nanti ke lubuk durjana.


Perkara ini terdedah di dalam salah sepucuk surat yang dinukilkannya untuk wanita muda yang telah menawan hatinya itu. Dalam surat itu antara lain beliau berbicara:


                                                                   I.S.Turgenev
“Puanku yang mulia. Saya tidak berhak  menipu anda yang sedang muda belia ini, malah saya tidak berhak untuk mengatakan kepada anda, bahawa suatu hari saya mampu berbalas cinta dengan anda. Saya tidak menyangkal bahawa kejelitaan anda telah menawan hati saya, malah kesegaran dan kegagahan anda telah memberi satu semangat baru kepada ketuaan saya dan menjadikan permukaan dunia ini kelihatan lebih indah dan bereseri-seri pada pengelihatan saya, tapi jika saya layani ajakan asmara anda, maka berertilah saya telah melakukan satu jenayah yang paling hina yang tidak selayaknya dilakukan oleh seseorang lelaki. Oleh itu biarlah saya mencintai anda untuk jiwa saya sahaja bukan untuk nafsu yang rendah yang melonjak-lonjak dalam badan saya, kerana digerakkan oleh kejelitaan anda. Saya tidak mahu mempermain-mainkan kejujuran anda dan saya tidak mahu membaharui kemudaan saya dengan mengorbankan zaman depan anda yang amat berharga itu.
Bila saya melihat anda hati saya sungguh berkenan dan terus menderita. Tapi saya sedar, saya berkewajipan mengenal diri sendiri. Oleh itu saya tidak mahu mengikuti dorongan hati muda yang kelak akan mempercepatkan kematian saya. Begitu juga saya berkewajipan menyelamatkan anda dari akibat amokan asmara yang liar dan membimbingi anda ke arah hidup sihat dan subur sesuai dengan kemudaan anda.
Selanjutnya anda harus insaf bahawa sesiapa yang berani melawan undang-undang alam akan bersua dengan kebinasaan. Perkahwinan orang tua dengan orang muda tidak akan membawa seorang pun bahagia. Kebahagian dalam percintaan bukanlah semata-mata lahir dari persamaan sentimen-sentimen, malah lahir jug dari perimbangan kesihatan dan kemudaan, juga lahir dari keutuhan akal dan kejujuran akhlak. Kebahagian yang tidak mempunyai unsur-unsur imi akan rosak binasa.


Oleh itu janganlah anda cuba menentang undang-undang alam, carilah kekuatan  yang ada pada anda dan carilah kemudaan seperti kemudaan anda, kerana perkahwinan yang sekupu akan membuat kehidupan anda bahagia di samping ana-anak yang sihat dan kuat.


Saya tidak mahu mengotori anda dengan nafsu tua saya, kerana anda adalah sebagai anak saya yang akan saya cintai dengan seluruh hati dan jiwa saya, oleh itu terimalah cinta saya yang suci ini dan binalah rumahtangga anda dengan peria yang benar-benar sekupu dengan anda”.


Demikian warkah Turgenev kepada seorang wanita muda yang pernah menjadi pujaan hatinya. Surat ini patut menjadi azimat kepada lelaki tua yang ingin menjalin cinta dengan wanita-wanita muda, supaya dengan itu dia terhindar daripada mala petaka kehinan di penghujung hayatnya yang boleh membwa kepada kemaluan dan maut dalam keadaan yang buruk seperti itu akibat cinta di luar sempadan kenormalan.



Sumber : pondokrahmat

loading...

2 Responses to "CINTA ORANG TUA BAWA PADAH?"

  1. Maaf ya.. kalau nak guna gambar hak milik saya, lain kali minta izin ya..

    ReplyDelete
  2. bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^

    ReplyDelete

Didakwah