Mimpi biasnya dikaitkan dengan tidur sama ada tidur pada waktu malam atau siang, ssekejap atau lama, ingat atau lupa, indah atau menggerunkan, sudah pasti kita sebagai manusia mempunyai mimpi.
Allah SWT ada menyebut dalam al-Quran, mengenai tiga keadaan mimpi iaitu dengan menggunakan kalimah ar-Ru'yah iaitu mimpi yang benar, al-Hadis(miimpi kejadian yang akan berlaku) dan al-Hulmu(mimpi khayalan dan mainan tidur).
Tidak semua mimpi boleh dipercayai dan didustakan, sebalilknya bergantung kepada peribadi orang yang bermimpi.
Ulama menyebut, mimpi itu dinilai berdasarkan keperibadian seseorang. Jika yang bermimpi itu oran yang soleh dan dipercayai maka miimpinya juga boleh dipercayai, tetapi jika yang bermimpi seorang yang fasik serta ahli maksiat maka mimpinya adalah dusta dan tidak boleh dipercayai.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Apabila tiba di akhir zaman maka mimpi seseorang itu tidaklah berdusta dan orang yang paling benar perkataanya."
(HADIS RIWAYAT MUSLIM)
Mimpi mempunyai kedudukan dalm Islam kerana ia pernah dijadikan Allah SWT sebagai salah satu kaedah penyampaian wahyu kepada nabi dan rasul. Walau bagaimanapun, keadaan ini hanya berlaku apabila wahyu masih berjalan dan Rasulullah SAW masih hidup. Ulama juga menegaskan bahawa mimpi tidak boleh dijadikan hujah agama atau pegangan akkidah tetapi mimpi yang baik dan benar lebih kepada panduan, pedoman, teguran dan peringaan daripada Allah SWT secara langsung kepada orang yang bermimpi.
Jika kita sentiasa bermimpi yang baik dan elok, maka kita ada potensi untuk menjadi orang yang baik akhlaknya seperti akhlak nabi dan rasul.
Aishah meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Berita gembira dan berita baik adlah satu-satunya tanda kenabian selapas aku wafat. Lalu baginda Rasulullah SAW ditanya: "Apakah berita gembira itu? Baginda SAW menjawab: "Mimpi baik yang dilihat seseorang atau dilihat oeh orang lain untuknya."
Mimpi terbahagi kepada tiga iaitumimpi yang baik dan benar daripada Allah SWt, mimpi buruk datang daripada syaitan dan mimpi biasa yang sering berlaku kepada kita apabila terbawa-bawa perkara yang berlaku hingga ke dalam mimpi akibat kelesuan otak dan permainan mimpi separa sedar.
Mimpi yang baik seharusnya diucapkan dengan kalimah Alhamdulilah dan disusuli dengan berdoa mudah-mudahn ia menjadi kenyataan. Bagi orang yang diganggu syaitan dan terjaga akibat mimpi yang tidak baik maka hendaklah segera memohon perlindungan Allah SWT.
Mimpi yang buruk dan kurang baik, seharusnya tidak dituruti dan jangan teralu percaya kerana ia mampu memudaratkan kehidupa seseorang jika terlalu percayakan mipi itu.
Ilmu mentafsirkan mimpi adalah anugerah Allah SWT kepada mereka yang mendalami ayat al-Quran serta berpengetahuan tinggi terhadap kitab Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.
Ilmu mentafsir mimpi ini sebenarnya boleh dipelajari dan sewajar dihayati serta didekati oleh orang Islam. Ulama ada mengemukakan beberapa syarat untuk seseorang menjadi pentafsir mimpi iaitu mempunyai ilmu dan kefahaman al-Quran serta hadis.
Kita haruslah berhati-hati dalam masalah mimpi dan jangan terpedaya dengan
dakwaan sesetengah pihak yang membawa ajaran atau fahaman kononnya bertemu nabi atau wali tertentu dalam mimpi yang mengajarkan kepadanya ilmu.
Daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Barang siapa yang melihat aku di dalam mimpi maka dia benar-benar telah melihatku kerana syaitan tidak boleh menyerupai dirikku."
(HADIS RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)
Sumber : lightwritinghere
loading...
0 Response to "ILMU TAFSIR MIMPI MENURUT ISLAM BOLEH DIPELAJARI"
Post a Comment