Dari segi Islam, kepercayaan di dunia ini pada umumnya ada dua jenis yang jauh berbeza antara satu sama lain, iaitu Islam dan bukan Islam atau kafir.
Apakah Islam
Apakah yang dikatakan Islam itu?
“Islam ialah agama Allah yang diturunkan kepada semua manusia, dengan itu dapat mereka mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan, sejak dari Nabi Adam lagi hinggalah kepada Nabi Muhammad SAW.
Dasar-dasar agama itu pada setiap zaman dan bagi setiap umat tidak berubah. Masih dikehendaki mempercayai kepada Allah, para malaikat, dunia akhirat dan sebagainya. Yang berubah hanya perkara-perkara yang berhubung dengan syariat semata-mata.
Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad adalah yang akhir sekali dan menasakhkan sayariat-syariat dahulu. Syariat ini akan berkekalan selama-lamanya hingga akhir zaman, kerana ia sesuai pada setiap masa dan di setiap tempat.
Rukun-rukun syariat ini lima perkara, iaitu, mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahayang, menunaikan puasa, mengeluarkan zakat dan naik haji bagi mereka yang berkuasa.
Orang Islam dikenali dengan nama Muslim.
Apakah pula kafir?
Kafir adalah orang yang ingkar atau yang tidak percaya kepada keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad SAW serta segenap pengajarannya”.
Lihat:KAMUS PENGETAHUNAN ISLAM: Haji Dusuki Bin Haji Ahmad.
Bagaimana Manusia Menjadi Kafir
“Dakwah Islamiah yang diperjuangkan oleh Muhammad Rasulullah SAW merupakan babak terakhir dari siri-siri perjuangan dakwah Islamiah yang panjang yang dipimpin oleh angkatan para Rasul yang mulia. Dan sepanjang sejarah manusia perjuangan sejarah Islamiah hanya menuju pada satu objektif sahaja, iaitu memperkenalkan Allah kepada manusia selaku Tuhan mereka yang tunggal dan sebenar, dan mengajak mereka menyembah Allah yang tunggal dan menolak ketuhanan para makhluk.
“Sebenarnya manusia tidak menolak dasar “ketuhanan” dan tidak mengingkari kewujudan Allah, kecuali segelintir sahaja dari mereka dalam beberapa waktu yang pendek. Apa yang berlaku ialah mereka tersalah mengenal hakikat Tuhan mereka yang sebenar atau mereka mempersekutui Allah dengan tuhan-tuhan yang lain, samada dalam bentuk akidah dasn ibadat atau dalam bentuk pengakuan kedaultan dan ketaatan. Kedua-dua bentuk itu adalah syirik belaka yang boleh mengeluarkan seseorang dari agama Allah.
Mereka mulanya mengenal Allah melalui Rasul-rasul, kemudian mereka menginkarinya setelah dilalui masa yang panjang, mereka kembali ke pangkuan jahiliah setelah dahulunya mereka dikeluarkan darinya dan pulang semula kesyirikan terhadap Allah samada dalam bentuk akidah dan ibadat atau dalam bentuk pengakuan kedaulatan dan ketaatan atau dalam semua bentuknya sekali”.
Lihat: BATU PEDOMAN PERJUANGAN ISLAM, Sayyid Qutb, alibahasa Yusuf Zaky Yaacob.
Kenapa Orang Islam Mulia Tapi Lemah?
Persoalan ini dijawab secara ringkas oleh Abul A’la Maududi dalam tulisannya yang dialihbahasakan oleh Ustaz Ismail Awang, tiga dekad yang lalu.
Begini tulis beliau:
“Setiap orang Islam yang hidup di permukaan bumi ini mempunyai keyakinan, saya juga mempunyai keyakinan bahawa anda yakin dengan sepenuhnya bahawa orang-orang Muslim itu lebih baik dan lebih tinggi mertabatnya daripada orang kafir. Allah juga kasih dan cinta kepada orang-orang Muslim dan tidak kepada orang-orang kafir [bahkan mereka musuh Allah]. Allah Ta’ala memberi kesempurnaan kepada orang-orang Muslim, tapi tidak kepada orang-orang kafir, Allah akan memasukkan orang-orang kafir ke dalam neraka.
Kami ingin menarik perhatian anda sejenak untuk berfikir, apakah sebabnya berlaku demikian? Apakah sebab berlaku perbezaan itu? Bukankah orang Muslim dan kafir itu lahirnya dari Nabi Adam as. daripada seorang bapa? Orang kafir mempunyai dua mata, dua telinga, dua tangan dan sebagainya sama seperti orang Muslim? Orang kafir bernafas dan menghisap udara sama juga dengan orang Muslim. Orang kafir lahir sama dengan orang Muslim dari ibu bapa tanpa mengetahui apa-apa, begitulah juga apabila mati sama-sama kembali.
Kalau direnung lagi, bahawa penciptanya sama, iaitu Allah S.W.T.? Tetapi kenapa orang Muslim lebih mulia dan lebih tinggi martabatnya? Orang Muslim dapat masuk syurga, manakala orang kafir masuk neraka?
Adalah satu hal yang mustahil jika perbezaan martabat itu kerana nama, seperti orang Muslim bernama Abdullah, Abdul Rahman dan lain-lain dan nama orang kafir seperti Robertson, Burshadoni dan lain-lain. Mustahil juga kalau perbezaan itu kerana berkhatan, sedangkan orang kafir tidak, mustahil juga kerana makanan bahawa orang Muslim memakan daging sembelihan, orang kafir tidak. Apakah anda fikir bahawa Allah itu menzalami atau memasukan orang-orang kafir ke dalam neraka kerana perbezaan-perbezaan itu?
Tidak! Tentulah ada perbezaan yang lain yang amat penting. Cubalah anda fikir lebih jauh. Apakah perbezaan sebenar di antara orang Muslim dan orang kafir itu?
Sebenarnya tidak ada perbezaan-perbezaan, melainkan dari segi Islam dan kufur itu sendiri. Kerana makna Islam itu ialah taat dan berbakti kepada Allah. Mengikut hukum-hukum Allah, sedangkan makna kufur itu ialah maksiat [derhaka] kepada Allah, angkuh dan sombong tanpa taat kepada perintah-perintah Allah.
Orang Muslim dan orang-orang kafir itu walaupun sama-sama manusia, sama-sama dijadikan Allah, tetapi Muslim lebih mulia dari Kafir, ini kerana Muslim tahu siapa yang menjadikannya, iaitu Allah, sanggup mengikut hukum-hukum Allah, serta takut kepada seksa-Nya. Sedangkan orang kafir tidak tahu tuhannya yang sebenar yang wajib disembah, orag kafir tidak patuh kepada hukum-hukum Allah dan tidak takut kepada seksa-Nya, kerana itu mereka sanggup membuat maksiat.
Di sana ada dua pengukuran untuk memahami lebih jauh antara orang Muslim dan orang kafir. Dua pengukuran itu ialah ilmu dan amal.
Seseorang itu apabila ingin menjadi seseorang Muslim hendaklah terlebih dahulu mengetahui tuhannya yang sebenar, apa hukum yang diturunkan kepadanya untuk menuju ke jalan yang diredhainya, diikutinya dan melakukan amalan yang diredhai Allah. Dia menjadikan dirinya hamba Allah, patuh tanpa berbelah bagi.
Umpamanya: Suatu yang nyata yang menyalahi hukum Allah yang dikehendaki oleh nafsunya, dia tidak mengikuti hawa nafsunya itu. Malah apabila diperintah oleh Allah untuk melakukan sesuatu, maka dia melakukan dengan penuh iman walaupun terpaksa korbankan dirinya, hartanya dan lain-lain; walaupun ada sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada dirinya tetapi Allah menghalang melakukannya, maka dia tidak melakukannya kerana taat kepada Allah.
Apakah anda dapat katakan kalau seseorang dari kalangan kita umat Islam berkeadaan seperti orang kafir itu? Apakah pendapat anda kalau seserang mengaku beragama Islam, sedangkan dia tidak mengerti Tuhan-nya seperti mana orang-orang kafir tidak mengerti? Melakukan maksiat kepada hukum-hukum Allah sebagaimana maksiat yang dilakukan oleh orang kafir? Maka begitulah hendak dikatakan bahawa darjat dan martabat orang Muslim itu lebih tinggi dari orang kafir. Apakah kelebihan tinggi dan mulia kerana dia bernama dengan nama Islam dan makanan seperti orang Islam? Jadi bagaimanakah dia menyatakan dirinya akan mendapat rahmat Tuhan-nya? Dasar apakah dilakukan untuk itu?
Anda tentunya tahu bahawa Islam bukanlah dilandaskan di atas suatu kabilah-kabilah kebangsaan atau golongan sehingga Islam itu dengan sendirinya dapat berpindah dari seseorang bapa kepada anaknya, atau seorang nenek kepada cucunya. Islam bukan satu agama berketurunan. Malah agama itu tidak seperti agama Hindu yang mempercayai setiap anak-anak yang dilahirkan di rumah Brahma, maka dia termasuk Brahma juga, kemudian secara otomatis dia menjadi lebih tinggi dan mulia dari golongan syudra misalnya sekali pun si Brahma itu tidak mempunyai sedikit ilmu sekalipun. Islam tidak berdasarkan keturunan seperti itu.
Islam tidak seperti agama Hindu yang menganggap bahawa darjat dan mertabat adalah dari nenek kepada ayah, kemudian terus kepada anak. Tapi Islam atas dasar taqwa. Allah berfirman, maksudnya:
“Sesungguhnya orang yang mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu”.
Maksudnya sesiapa yang benar-benar beriman dan makrifat kepada Allah serta mengikuti hukum-hukum-Nya melebihi kadar orang lain, maka dia berhak memperolehi kemuliaan kurniaan-Nya dari Allah. Nabi Ibrahim dilahirkan di rumah seorang penyembah berhala, tetapi oleh sebab beliau dapat mengenal Allah juga mengikuti hukum-hukum Allah, maka Allah mengangkat beliau menjadi pemimpin umat manusia. Kan-an bin Nuh dilahirkan di rumah nabi yang terbilang dan besar, tetapi oleh sebab tidak mengenal tuhannya, dia merasa sombong, tidak taat kepada Allah, maka dia diseksa oleh Allah di dunia ini dengan siksaan yang berat. Ini jelaslah bahawa kemuliaan dan ketinggian seseorang bukanlah kerana tempat lahirnya atau keturunan tetapi kerana ilmu dan amal.
Kalau diperhatikan orang-orang Islam di dunia ini, perhatikan kepada kedudukan anda sendiri, bukankah kaum Muslimin itu umumnya menderita, kerendahan dan kemiskinan? Apakah kerana jumlah umat Islam itu sedikit? Tidak! Kerana umat Islam di dunia ini adalah umat Islam yang besar.
Jika mereka membawa sebiji batu kecil, kemudian dikumpul batu-batu itu, tentu menjadi sebuah gunung yang paling besar di dunia.
Tapi yag anehnya, setiap jengkal tanah di tempat umat Islam tinggal dikuasai oleh orang-orang kafir yang memegang pemerintahannya. Kaum kafir telah melenyapkan kekuataan kaum Muslimin, menindas mereka dan akhirnya berlaku kemiskinan kepada kaum Muslimin. Adakah keadaan itu dianggap rahmat Allah kepada anda, atau kerana kemurkaan Allah ke atas anda?
Jika anda mengatakan orang-orang Islam di dunia ini hidup dengan kerahmatan, kemuliaan dan ketinggian, tetapi apakh sebabnya kenyataan itu berlainan? Iaitu bahawa orang-orang Islam di dunia ini rendah tingkat kehidupannya dan sangat dihina oleh golongan-golongan lain. Apakah kita berfikir bahawa Tuhan itu zalim? [Minta dijauhkan Allah].
Yang jelas bukanlah Tuhan zalim. Maha Suci Allah tidak bersifat dengan sifat itu. Yang benarnya bahawa Allah tidak akan menyiksakan hamba-Nya apabila ia telah mengetahui dan makrifat serta mengikuti hukum-hukum-Nya. Jadi yang wajib direnung ialah kesusahan dan kekurangan itu tidak lain ialah kerana anda memeluk Islam itu ialah hanya sekadar untuk dimasukkan ke dalam buku pendaftaran neagra sahaja. Malah anda belum lagi memasuki senarai catatan daftar Allah SWT.
Inilah perkara yang sangat-samgat perlu diambil berat, supaya anda mengetahui benar-benar bahawa di manakah anda berada? Adakah anda termasuk golongan kaum Muslimin atau mujrimin [pembuat dosa].
Allah SWT telah menrunkan kitab al-Quran kepada anda untuk dibaca dan diketahui jalan-jalan yang wajib dilalui anda. Dengan melalui jalan itulah anda akan mencapai keredaan-Nya. Tetapi cubalah anda insaf adakah anda benar-benar mengetahui isi al-Quran yang tersurat dan tersirat? Allah SWT telah mengutuskan nabi untuk mengajar anda bagaimana cara untuk mengamalkan kitab al-Quran itu, Dia juga membimbing anda ke jalan yang benar. Apakah anda telah benar-benar mencurah tenaga anda untuk meniliti ajaran Nabi Besar SAW dan apakah anda telah mengikuti jalan-jalan yang diredai dan menjauhi jalan-jalan yang dimurkai-Nya?”.
Semoga dapat dijadikan bahan perhatian kita bersama dan memberi manfaat jua.
Sumber : pondokrahmat
loading...
0 Response to "MUSLIM DAN KAFIR. APA BEZANYA?"
Post a Comment