Nike telah mengorak langkah berani dalam menceburi pula pakaian sukan khusus untuk yang berhijab, direka khusus untuk hijabi yang masih mementingkan aurat ketika ingin bersukan.
Produk tersebut telah menjalani pembangunan dan penyelidikan produk selama setahun, dan telah diguna pakai dan dicuba sendiri oleh atlet skater Zahra Lari.
Zahra Lari, yang bakal menyertai Winter Olympics tahun hadapan di Pyeongchang, Korea Selatan, telah memuatnaik status dan gambar di mana dia telah memakainya di laman sosial Instagram. Lari berasal dari Abu Dhabi dan akan mewakili United Arab Emirates.
Ia dihadirkan dengan tiga warna termasuklah, hitam, kelabu dan juga obsidian dan dijangka akan mulai dipasarkan tahun 2018.
Hijab sarung itu diperbuat daripada material yang ringan, fabrik memeri yang juga didatangkan dengan lubang-lubang atau liang pernafasan dan berbentuk lonjong ke belakang supaya ia akan senang dibentuk.
Akhirnya, satu jenama gergasi telah menjawab dan memahami dilema wanita berhijab yang inginkan sesuatu yang praktikal namun masih menutup aurat.
Terima kasih Nike kerana turut memahami kehendak dan keinginan kami wanita, berhijab.
Di kesempatan ini juga, kami di HIJABISTA ingin mengucapkan 'Happy International Women's Day' kepada semua wanita di luar sana.
Teruskan dengan segala perjuangan anda.
InshaaAllah.
Sumber: Hijabista
loading...
0 Response to "Nike Melancarkan Produk PRO-HIJAB Bagi Muslimah Yang Ingin Bersukan Dengan Kekal Menjaga Aurat"
Post a Comment