Pengertian Neraka Bagi Masyarakat Mesir Purba

Kongsikan di



Konsep neraka dikalangan masyarakat Mesir purba dicatatkan dalam sebuah kitab berjudul 'Kitab Neraka' yang dilakar pada dinding kubur raja-raja di Lembah Raja-raja, Thebes, dan pada lembaran papirus serta objek-objek yang disemadikan bersama si mati.

Kitab Neraka antara lain menyebutkan, orang-orang yang jahat ini apabila mati, mereka akan diseret ke hadapan syaitan Ammit.

Syaitan ini kepalanya menyerupai buaya, kaki dan badannya pula menyerupai singa serta badak air.

Ia duduk disisi alat penimbang, bersedia untuk menerkam mangsanya.

Menurut Kitab Neraka lagi, neraka terletak jauh di dalam perut bumi dan seksaan yang dikenakan amat menakutkan.

Antara seksaannya ialah, orang-orang jahat dan banyak melakukan dosa akan dicabut organ masing-masing dan dihukum berjalan menggunakan kepala, memakan najis serta meminum air kencing sendiri.

Dalam masa yang sama, mereka akan dibakar di dalam api dan kawah yang sangat panas serta berenang di dalam darah.

Ketika berenang, Tuhan Shezmu, iaitu tuhan arak, akan menekan dan menghenyek-henyek mereka sehingga lemas.

Masyarakat Mesir purba percaya, mayat orang-orang yang baik selepas diawet dan disemadikan dengan cara yang sempurna, roh mereka akan memulakan hidup baru dengan diiringi oleh Tuhan Re dan Osiris untuk hidup di syurga dengan kenikmatan udara yang segar, makanan yang enak serta kehidupan seksual yang sangat menyegarkan.

Bagaimanapun, bagi orang-orang yang jahat, sebaik mati, jasad dan daging mereka akan disiat-siat serta dicarik-carik oleh syaitan. Kain yang membalut tubuh mereka direntap sehingga terbogel.

Di dalam neraka, selain seksaan yang telah disebutkan tadi, ornag yang jahat akan diikat kedua-dua belah tangannya ke belakang, setelah itu seluruh anggota badan dicabut satu persatu. Seterusnya, daging mereka disiat-siat daripada tulang.

Jantung orang jahat yang telah dicabut itu tidak akan dipulangkan kembali, malah bayang-bayang mereka juga tidak akan dipulangkan kerana dalam kepercayaan masyarakat Mesir purba, bayang-bayang dianggap penting dan suci.

Dewi Sekhmet
Dewi Sekhmet.

Seterusnya, Kitab Neraka memberi amaran, di neraka tiada udara untuk bernafas, tiada air untuk menghilangkan dahaga, tiada sinaran matahari dari Tuhan Matahari lalu tinggallah mereka murung dalam gelap-gelita.

Selain diseksa, syaitan juga mengajar penghuni neraka supaya saling menyeksa dan membunuh antara satu sama lain.

Kitab Neraka akhirnya mencatatkan, hukuman paling menakutkan ialah di "Tempat Kemusnahan' yang diawasi oleh Dewi Sekhmet.

Dewi Sekhmet akan menyembelih orang-orang yang jahat tadi, kemudian mencerai-ceraikan tubuh mereka sebelum membakarnya di dalam sebuah lubang yang dalam, dengan api yang panas sehingga mereka menjadi abu.

Wallahu a'lam.




Sumber : sentiasapanas.com
loading...

0 Response to "Pengertian Neraka Bagi Masyarakat Mesir Purba"

Post a Comment

Didakwah