Ramai Yang Tidak Khasiat Sebernar Daun Salam.. Mohon Share

Kongsikan di



Daun Salam. Pastinya ramai yang tidak tahu kewujuan daun salam yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh.

Daun salam atau nama saintifiknya Laurus Nobilis ialah daun beraroma yang selalu digunakan dalam masakan seperti sup,masakan tumis dan masakan lain kerana aroma dan rasanya yang unik dan juga bagi menambahkan kelazatan dalam makanan.

Ia juga merupakan bahan asas masakan Barat yang digunakan untuk memanggang dan membakar. Buahnya kelihatan seperti buah zaitun. Daun ini dikatakan mempunyai 1001 khasiat perubatan yang baik untuk kesihatan kerana mengandungi pelbagai zat mineral.

Antara zat mineral yang terkandung dalam daun salam ialah ia kaya dengan Vitamin C, Vitamin A, mangan, zat besi, kalsium, dan magnesium.Kandungan lain yang terdapat di dalam daun salam di antaranya adalah kandungan asam caffeic, eugenol, quercetin, dan juga catechin.

Khasiat Daun Salam Untuk Kesihatan

Mencegah Kanser
Parthenolide merupakan zat fitonutrien yang terkandung di dalam daun salam. Zat ini dipercayai dapat mengelak sel-sel kanser daripada berada di dalam tubuh kita. Anda boleh mencegah kanser dengan memasukkan dua helai daun salam dalam setiap masakan atau membuatnya menjadi teh.

Mencegah Penyakit Jantung
Daun salam mengandungi beberapa mineral penting untuk kesihatan tubuh seperti asam caffeic, fitonutrien, dan salisilat yang berperanan penting untuk menjaga kesihatan jantung untuk berfungsi dengan baik.

Mengatasi Masalah Penghadaman
Khasiat daun salam yang lain juga adalah ia dapat membantu mengatasi masalah pencernaan dan gangguan perut. Enzim yang terdapat di dalam daun salam dapat membantu mengatasi kerosakan protein dan memperbaiki sistem pencernaan. Oleh itu,jika anda mengalami gangguan pencernaan,amalkan minum air rebusan daun salam secara teratur.

Mengatasi Penyakit Diabetes
Daun salam berkhasiat sebagai antioksidan, anti inflamasi, anti-bakteria. Sifat antioksidan yang dimiliki daun salam dapat membantu mengatasi penyakit diabetes kerana antioksidan yang cukup dapat membantu memproses hormon insulin lebih baik.

Mengurangkan Darah Tinggi
Daun salam memiliki kandungan flavonoida dan zat tanin yang cukup banyak sehinggakan ia sangat efektif untuk mengurangkan darah tinggi. Mudah saja caranya,hanya ambilkan 10 helai daun salam dan rebuskan bersama tiga gelas air. Kemudian,minum ramuan ini satu kali sehari secara teratur.

Meningkatkan Daya Ketahanan Tubuh
Daun salam juga bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan tubuh kerana ia mengandungi Vitamin C yang sangat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Membantu Program Diet Sihat
Mengamalkan air rebusan daun salam ternyata menjadi salah satu penyelesaian dalam diet yang sihat kerana daun salam ini mengandungi enzim dan serat. Oleh itu,jika anda anda ingin mengamalkan diet sihat dengan daun salam, sediakan 30 helai daun salam dan cuci sehingga bersih daun tersebut.Kemudian,rebuskan sehingga mendidih.Biarkan sehingga sejuk sedikit dan minum sebelum tidur setiap hari.

Resepi Teh Daun Salam Untuk Mengubati Penyakit

Merawat Cirit-Birit
Ambilkan 10 daun salam yang segar dan campurkan bersama 2 cawan air. Rebuskan selama 15 minit dan minum air tersebut ketika masih lagi panas.

Merawat Kencing Manis Dan Kolesterol
Ambil 6-8 daun salam segar dan campurkan 3 cawan air panas. Biarkan sejuk dan minum sebelum makan. Amalkan dua kali sehari untuk hasil yang menakjubkan.

Ekzema
Campurkan 8 daun salam segar bersama 20 gram kunyit. Tumbuk sehingga lumat dan sapukan pada kulit yang dijangkiti ekzema. Amalkan sehingga sembuh.

Sumber: wom.my
loading...

0 Response to "Ramai Yang Tidak Khasiat Sebernar Daun Salam.. Mohon Share"

Post a Comment

Didakwah