Apakah Hukum Memakai Bulu Mata Palsu dan Mascara?

Kongsikan di


Team Elle Zada merasa terpanggil untuk mengetengahkan isu ini memandangkan persada fesyen muslimah semakin berkembang pesat masa kini. Adalah amat penting untuk kita sama-sama mengekalkan elemen patuh-syariah dalam memeriahkan industri fesyen tanahair mahupun di persada dunia agar usaha kita mendapat redha daripada Allah SWT.

Pemakaian bulu mata palsu adalah HARAM selaras dengan Hadis Nabi mengenai pengharaman pemakaian rambut palsu :

“Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung” (SAHIH BUKHARI, NO. 5934)

Apa-apa perbuatan menghias diri dengan berlebihan maka ia adalah diharamkan dalam Islam.

Pemakaian mascara adalah HARUS selagi mana ia tidak merubah wajah yang sebenar dan bahan yang digunakan tidak mempunyai unsur syubhah dan tidak menjadi penghalang untuk berwudhuk. Wajib membersihkan mascara kalis air ketika mengambil wudhuk supaya air wudhuk rata.

Sebelum ini dalam kejahilan dan ketidaktahuan, kami juga pernah mengenakan bulu mata palsu dan tidak memantau sanggul model kami, namun kini kami berusaha dan komited memastikan agar elemen patuh syariah diketengahkan SEPENUHNYA bukan sekadar pada fesyen yang dibawa tetapi juga pembawakan keseluruhannya. Jom sama-sama meninggalkan laranganNya!

Sesungguhnya TABARRUJ atau pemakaian perhiasan berlebihan itu adalah amalan ZAMAN KAFIR JAHILIYYAH.

Semoga Allah redha. Sampaikan dan Share maklumat ini dengan kasih sayang.
loading...

0 Response to "Apakah Hukum Memakai Bulu Mata Palsu dan Mascara?"

Post a Comment

Didakwah