Tidak semua makanan kita boleh panaskan dalam ketuhar gelombang mikro kerana ada diantaranya boleh menyebabkan ia menjadi toksik pabila dimasukkan ke dalam ketuhar pemanas.
Sememangnya dengan terciptanya ketuhar gelombang mikro segalanya menjadi lebih mudah berbanding waktu dulu. Sehinggakan ramai di antara kita yang telah menyalah gunakan ketuhar ini.
Mungkin ramai yang sedar akan bahayanya menggunakan bekas plastik, foil aluminium, atau metal di dalam ketuhar ini tetapi bahayanya itu sama dengan jenis makanan ini jika anda panaskannya di dalam ketuhar.
Ketuhar gelombang mikro sudah semestinya tidak menjadikan satu makanan itu masak sepenuhnya dan ini menyebabkan bakteria yang ada masih lagi hidup pada makanan. Dari situ, ia menyebarkan toksin karsinogen.
Seeloknya, jangan panaskan makanan ini di dalam ketuhar gelombang mikro.
Susu ibu
Ramai wanita yang sudah bergelar ibu akan menyimpan dan membekukan susu badan untuk kegunaan pada waktu lain. Ia semestinya baik untuk anak anda tetapi jangan sekali panaskannya menggunakan ketuhar gelombang mikro. Sebaiknya panaskan susu badan tersebut di dalam periuk terus di atas dapur atau meletakkannya di bawah aliran air panas dari sinki dapur. Jika anda masih ingin menggunakan ketuhar gelombang mikro, seeloknya dengan memanaskan secawan air di dalam ketuhar dan letakkan bag atau botol yang mengandungi susu tersebut.
Telur Rebus
Tidak kira sama ada telah dikopek kulitnya atau pun tidak, pabila ia dipanaskan di dalam ketuhar, lembapan di bahagian dalamnya akan menyebabkan pemanasan melampau yang mana boleh mengakibatkan telur tersebut meletup. Yang menakutkan lagi, telur yang dipanaskan di dalam ketuhar tersebut tidak akan meletup ketika dipanaskan, tetapi selepas itu yang mana ia akan meledak di tangan anda, atau mungkin di atas pinggan dan kebarangkalian lagi di dalam mulut anda! Untuk elakkannya, potong telur rebusan tersebut kepada potongan kecil sebelum dipanaskan atau lebih baik jangan gunakan ketuhar untuk memanaskannya.
Daging proses
Daging proses mengandungi bahan kimia dan pengawet yang membolehkan ia bertahan lebih lama. Malangnya, ketuhar boleh menjadikan kandungan tersebut menjadi merbahaya kepada kesihatan anda. Memanaskan daging proses di dalam radiasi ketuhar boleh menghasilkan cholesterol oxidation products (COPs) yang mana merosakkan arteri kita lebih teruk dari kolesterol asli. Ia juga menjadi punca penyakit hati.
Ayam
Semua sumber makanan jenis burung termasuklah ayam mengandungi sedikit bahan pencemaran salmonella, jadi sebaiknya ia dimasak dengan sepenuhnya untuk memastikan kesemua bakteria itu mati. Senang kata, jika ia dimasak hanya menggunakan ketuhar gelombang mikro, anda pasti akan mengalami masalah keracunan makanan dek kerana memakan ayam yang tidak masak dengan betul.
Nasi
Sebenarnya memanaskan nasi menggunakan ketuhar pemanas ini boleh mengakibatkan masalah keracunan makanan. Nasi yang tidak dimasak dengan betul mengandungi spora bakteria yang boleh kekal hidup meskipun ketika nasi sedang dipanaskan. Sekali nasi tersebut dikeluarkan dari ketuhar dan berada di dalam suhu bilik, spora bakteria akan bertambah dan menyebabkan cirit-birit serta muntah-muntah.
Sumber : eh.com.my
loading...
0 Response to "Jangan Panaskan Makanan Ini Dalam Ketuhar Gelombang Mikro"
Post a Comment