Jika dilihat iklan-iklan di kaca televisyen khususnya gula-gula berangin, ia sering memaparkan betapa pentingnya kesegaran bau nafas. Dan hakikatnya apa yang dipaparkan ada kebenaran.
Bau nafas yang segar membina keyakinan diri dan dalam masa yang sama ia mencetus rasa selesa untuk orang berkomunikasi dengan kita.
Langkah-langkah penjagaan gigi bukan sahaja untuk mencipta sebaris senyuman yang menawan malah memastikan nafas sentiasa segar. Ayuh, kita lakukan 12 langkah mudah demi memiliki bau mulut yang segar dan meyakinkan.
1. Langkah paling asas, tentulah memberus gigi, sekurang-kurangnya dua kali sehari. Anda juga digalakkan untuk memberus gigi tiap kali menikmati hidangan, lebih-lebih lagi makanan yang bisa menjadi punca mulut berbau. Seeloknya lengkapkan rutin menggosok gigi dengan berkumur-kumur dengan pembersih mulut (mouth wash).
2. Selain memberus gigi, flos juga elok digunakan. Biarpun sekali sehari, flos amat berkesan untuk memastikan keadaan gigi sentiasa bersih dan bebas sisa makanan.
3. Setiap enam bulan jangan lupa lakukan pemeriksaan gigi dengan doktor gigi. Pemeriksaan secara berterusan memastikan gigi dan bahagian mulut dalam keadaan yang memuaskan.
4. Secara tradisionalnya, orang dulu-dulu menggalakkan kita mengunyah daun pudina sebagai penyegar bau mulut. Namun hari ini gula-gula getah digunakan sebagai ganti. Namun seeloknya anda memilih gula-gula getah bebas gula demi memelihara kesihatan gigi. Oh ya, jangan terlalu lama mengunyahnya kerana bimbang gula-gula getah tersebut dilekati sisa makanan. Oh, bayangkan anda mengunyahnya bersama-sama.
5. Setiap kali memberus gigi usah lupa memberus lidah anda sekali. Hari ini banyak berus gigi lengkap dengan pelapik khusus untuk menggosok lidah. Ini penting untuk memastikan sisa makanan atau bakteria tidak melekat pada rerambut halus pada lidah.
6. Pabila memilih pembersih mulut tentukan anda lihat bahan-bahan yang terkandung kerana sebahagian pembersih mulut mengandungi alkohol. Dan alkohol menjadi salah satu punca mulut kering. Pabila mulut kering maka mulut dan nafas anda juga mempunyai bau yang kurang disenangi.
7. Selain menggunakan pembersih mulut atau ubat gigi, anda juga boleh menitikkan minyak daun pudina pada lidah dan gosok menggunakan berus gigi. Ia turut berkesan mencipta bau segar pada nafas.
8. Jika anda penggemar kopi, seeloknya kurangkan dan lebih baik jika anda bertukar kepada teh. Kopi menyebabkan nafas berbau dan lama kelamaan ia juga menyebabkan gigi menjadi kuning.
9. Elak atau kurangkan makanan yang bisa menjadi punca nafas berbau seperti bawang putih, bawang merah, rempah, durian dan sebagainya.
10. Oh ya, hari ini ramai yang merokok, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Dan sedia maklum rokok juga antara punca utama mengapa nafas berbau. Jadi, faham-faham sendirilah ya.
11. Rajinkan diri meminum air kosong. Ia penting untuk mengelakkan mulut kering, lantas menjauhi masalah nafas berbau.
12. Selain itu, anda digalakkan bernafas melalui hidung. Bernafas menerusi mulut menyebabkan mulut mudah kering lantas menyebabkan nafas berbau.
12. Selain itu, anda digalakkan bernafas melalui hidung. Bernafas menerusi mulut menyebabkan mulut mudah kering lantas menyebabkan nafas berbau.
Sumber : eh.com.my
loading...
ditunggu apa lagi hanya dengan minimal deposit 10.000
ReplyDeletemari coba keberuntungannya bersama dengan kami di fanspoker^^com