10 Makanan Yang Patut Anda Elak Makan Waktu Sarapan

Kongsikan di


Tak sampai tengahari dah rasa lapar? Salah siapa pula tu? Apa yang anda makan semasa sarapan tadi? Nasi lemak? Salad? Roti bakar?

Baiklah, ini Wanista kongsikan 10 makanan yang patut anda semua elak makan ketika sarapan. Kenapa? Ini sebabnya.

#1 Bijirin rendah serat (low-fiber cereal)

Ya, bijirin bergula merupakan pilihan yang tidak berkhasiat, tapi kandungan gula bukan satu-satunya perkara yang anda perlu beri perhatian. Jika anda makan bijirin rendah serat dan tinggi karbohidrat, ia tidak akan membuatkan anda rasa kenyang bahkan anda menjadi cepat lapar sebelum waktu makan tengahari. Jadi, kurangkan bijirin jenis rendah serat.

#2 Light Yogurt

Mungkin anda merasakan ianya adalah pilihan yang baik. Tetapi itu tidak selalu. Kebanyakan light yogurt mengandungi kalori yang rendah tetapi tinggi dalam pemanis tiruan dan bahan kimia, terutamanya apabila anda memilih jenis yang berperisa. Sebaliknya, pilihlah jenis plain, low-fat greek yogurt, protein ini akan membuatkan anda terasa penuh malah ianya tiada sebarang tambahan gula.

#3 Smoothies

Kenapa ada orang lebih menggemari smoothie berbanding jus hijau (green juice)? Kerana ianya lebih manis yang datang daripada gula, ada juga yang mengandungi ais krim ataupun susu penuh lemak. Sebaliknya, memilih untuk makan mentah buah-buahan atau jika anda inginkan smoothie, buat sendiri menggunakan greek yogurt.

#4 Penkek

Penkek kosong yang ditambah dengan sirap, sos coklat, coklat cip dan pelbagai lagi topping yang akhirnya membuatkan anda ketagih gula. Bukan tidak boleh makan tapi kalau boleh hanya menggunakan sirap maple semula jadi dan cuba membuat penkek dengan greek yogurt untuk tambahan protein.

#5 Takeout Sandwhic

Mungkin anda merasakan sandwhic dari drive-thru kelihatan seperti pilihan yang seimbang kerana terdapat beberapa protein. Tetapi tahukah bahan kandungannya boleh jadi berminyak, diproses, diawet, goreng, malah ditambah dengan karbohidrat yang langsung tidak mempunyai sebarang serat. Anda makan anda akan terasa cepat lapar dan silap hari bulan lesu sepanjang hari.

#6 Pastri

Ya jarang tapi mungkin ada di antara kita memilih kepada hidangan pastri ketika sarapan, mereka perlukan makanan yang bergula seperti donut, danish, wafel atau tart. Selain hakikat bahawa ianya dibuat dengan tepung putih halus, ia mengandungi tambahan gula yang akan menyebabkan blood sugar untuk naik mendadak dan membuatkan anda lapar lebih awal.

#7 Granola

Granola mungkin bunyinya seperti pilihan yang lebih sihat daripada bijirin, tetapi ia boleh juga jadi tidak sihat. Jika granola dihasilkan dengan bahan yang sebenar, ia mungkin makanan sihat. Tetapi apabila pembuat makanan mula membuatnya secara besar-besaran, mereka mengubahnya dan akhirnya menjadi tidak sihat. Granola mengandungi kandungan yang menyihatkan seperti oats dan kekacang, tetapi apabila ditambah gula dan minyak kemudian dicampur dengan proses pembungkusan yang memudahkan membuatkan kita sentiasa ingin mengambilnya, ia menjadi tidak sesihat mana.

#8 Jus

Okay nak beritahu yang smoothie dan jus buah-buahan merupakan dua jenis minuman yang berbeza. Jus buah sering dilihat sebagai menyihatkan kerana ia dari buah kan? Tidak semestinya. Kadang-kadang ‘jus buah’ adalah air gula perasa buah-buahan. Ia mungkin tiada buah sebenar di dalamnya. Mungkin hanya air, gula dan bahan kimia yang rasa buah. Tetapi jika anda dapat 100% jus buah di pasaran, anda masih tidak elok minumnya secara banyak. Masalah dengan jus buah adalah semua kebaikannya dah dikeluarkan.

#9 Bar

Disebabkan terlalu sibuk, anda terus capai bar protein atau granola dalam makan di dalam kereta. Tahukah anda bahawa kebanyakkan bar dipenuhi dengan gula dan bahan kimia yang hanya akan membuatkan anda lapar sebelum tengah hari. Bahkan juga, apabila anda melihat label kandungan pelbagai bars, biskut, snek organik pasti anda dapat lihat tidak banyak beza kandungannya dengan makanan proses lain. Malah silap hari bulan, terasa seperti anda makan gula sahaja.

#10 Salad Dressing

Yup, sayur-sayuran sangat menyihatkan. Ia dipenuhi dengan nutrien, antioksidan, fiber larut and pelbagai lagi kebaikan. Jadi salad juga adalah makanan yang menyihatkan. Bagaimanapun, ramai yang menambah dressing ke dalam salad mereka. Masalahnya, kebanyakan dressing diperbuat daripada bahan seperti minyak kacang soya dan manisan tiruan. Seeloknya, buat dressing sendiri.

Jadi, selepas ini anda haruslah lebih memilih ketika waktu makan dan jangan lupa amalkan gaya hidup sihat semua!
loading...

1 Response to "10 Makanan Yang Patut Anda Elak Makan Waktu Sarapan"

  1. mari bergabung dengan kami di
    F|A|N|S|P|O|K|E|R jangan lupa untuk di add ya pin bb 55F97BD0 ^^

    ReplyDelete

Didakwah