Orang kata sakit perut pagi-pagi ini bagus, tandanya sistem penghadaman baik tapi lain pula bila terlalu kerap dan sakitnya bukan sebab nak ‘membuang’. Penulis sentiasa mengalami sakit perut pagi, celik sahaja mata mula lah perut terasa memulas-mulas. Sakitnya seperti mencucuk dan memang tidak selesa serta menggangu aktviti pagi, nak bersiap ke pejabat pun terganggu.
Penyebab sakit perut di awal pagi ini biasanya dari:
Pengambilan makanan ringan pada lewat malam.
Makan buah-buahan yang ada sifat asid seperti oren, epal hijau atau nenas.
Terlalu banyak minum kafein, teh, berkarbonat atau alkohol.
Siapa yang mengamalkan pemakanan yang tidak sihat memang ‘kena’lah jawabnya.
Amalkan tips dibawah untuk mengurangkan rasa sakit perut di awal pagi:
Makanan dan Minuman
Cuba bersarapan dengan nasi, bubur, oat atau bubur jagung. Ia memberi kelegaan pada perut dan meredakan rasa sakit.
Biskut masin ‘saltine crackers’ juga melegakan dan menghilangkan keasidan didalam perut.
Yogurt mempunyai kultur hidup bertindak sebagai menyahkan bakteria jahat. Ia juga memperbaiki sistem penghadaman.
Pisang, mengandungi potassium meredakan ketidakselesaan perut.
Buah betik juga sesuai diambil pada waktu pagi untuk melancarkan sistem usus serta merendahkan asid dalam perut.
Minum susu atau air putih sebagai menstabilkan semula keasidan didalam perut.
Dari Segi Fizikal
Jika anda turut berasa loya dan ingin muntah, jangan tahan dan muntahkan sahaja isi yang ingin dikeluarkan. Mungkin anda tidak selesa tapi percayalah selepas muntah perut akan lebih selesa.
Hilangkan rasa kegelisahan. Ada yang berpendapat sikap gelisah pada sesuatu juga penyebab sakit perut. Jadi cuba anda tarik nafas panjang dan tenteramkan diri anda dengan fikirkan perkara yang baik-baik.
Air kelapa asli kaya dengan nutrisi semulajadi dan elektrolit serta gula yang memberi tenaga dari potassium dan vitamin C.
Dapatkan urutan refleksologi di pusat urut dan lakukan senama ringan bagi mengelakkan otot kejang terutamanya dibahagian perut.
Elakkan berbaring 2 jam selepas makan berat dan lakukan senaman selepas 4 jam makan.
Rujukan 1 & 2
loading...
ReplyDeletebosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^