Ramai antara kita sering mengaitkan bau badan dengan kebersihan diri yang tidak dijaga rapi namun, pernahkah anda terfikir bahawa masalah itu mungkin bersangkut paut dengan kesihatan?
Ini beberapa penyakit yang boleh dikenal pasti melalui bau-bauan tidak menyenangkan dari tubuh.
#1 Bau Mulut Busuk Yang Berterusan: Masalah Kaviti/Kerosakan Gigi
Bau mulut busuk atau halitosis adalah sangat memalukan. Asyik beli gula-gula getah dan gula-gula pembersih mulut tapi masalah tetap tidak pernah selesai.
Kajian mendapati masalah bau mulut busuk adalah disebabkan jangkitan kaviti. Bakteria membiak di dalam mulut, sekitar celah-celah gigi dan lidah membuatkan bau nafas menjadi busuk seperti bangkai. Boleh jadi, gigi anda yang rosak atau telah terhakis menjadi penyebab kepada mulut berbau.
#2 Mulut Berbau Manis: Ketoasidosis Diabetik
Jika bau mulut manis seperti buah-buahan, itu mungkin tanda seseorang menghidap Ketoasidosis Diabetik di mana seseorang tidak mempunyai cukup insulin untuk memproses gula (glukos) dalam tubuh. Oleh itu, sistem tubuh akan bertindak menggunakan lemak badan sebagai ganti kepada insulin yang seterusnya melepaskan ‘ketonis’ ke dalam darah. Jika kadar ‘ketonis’ adalah tinggi, ia akan membahayakan nyawa.
Ada kes lain, seseorang yang mempunyai kondisi mulut berbau manis ini mungkin menghidap masalah hati.
#3 Peluh Tengik: Perubahan Hormon/Pengambilan Makanan Tidak Seimbang/Masalah Hati/Masalah Buah Pinggang
Untuk pengetahuan semua, peluh manusia sebenarnya tidak mempunyai bau. Namun, kehadiran bakteria yang bercampur dengan peluh itu akan menukar konsistensi pekuh menjadi asid dan itulah sebabnya peluh berbau.
Bagimanaapun, jika bau badan yang seseorang adalah terlalu tengik (terutamanya bawah lengan) dan tersangat tidak menyenangkan sehingga mengganggu orang keliling, itu mungkin ada kena mengena dengan perubahan hormon atau perubahan pengambilan makanan. Minum air sebanyak mungkin!
Jika seseorang mengeluarkan peluh terlalu banyak sehingga baju yang dipakai lencun atau mungkin cadar tilam menjadi basah ketika sedang lena, dia mungkin menghidap masalah hati dan buah pinggang.
#4 Bau Kaki: Jangkitan Kulat Kaki
Kaki manusia mempunyai lebih 250,000 kelenjar peluh di kedua-dua belah. Ingat, peluh manusia sebenarnya tidak mempunyai bau. Namun jika ia mengeluarkan bau busuk, itu adalah tindak balas dari pembiakan kuman yang telah menukar peluh kepada asid.
Pssttt, lebih-lebih lagi jika seseorang memaki stokin! Lebih banyak kuman yang akan ada pada kaki dan apabila kaki bau terlalu busuk, seseorang itu mungkin telah dijangkiti kulat kaki.
Pakai stokin bersih setiap hari dan kalau boleh elak memakai kasut bertutup jika menghidap masalah Kulat Kaki tersebut.
#5 Kencing Terlalu Hancing: Badan Kurang Air/Jangkitan Pada Saluran Kencing
Sama seperti peluh, bahan perkumuhan seperti air kencing sebenarnya tidak mempunyai bau. Namun, jika baunya kuat, hancing atau mungki berbau seperti ammonia, badan anda sebenarnya mungkin tidak cukup air. Lebih parah, itu mungkin petanda jangkitan pada saluran kencing.
Jika anda mengalaminya, lekas berjumpa doktor!
#6 Ketut Busuk: Perubahan Bakteria Dalam Perut/Makan Terlalu Laju/Sembelit
Semua orang pasti akan merasai kembung perut malah ketut. Itu adalah proses normal untuk sistem penghadaman manusia. Rata-rata, setiap orang akan melepaskan 10 hingga 20 kali gas kentut setiap hari. Pastinya bau yang dikeluarkan juga adalah tidak menyenangkan kerana ia turut terdedah dengan kuman yang berkumpul dalam perut.
Kenapa kembung perut? Anda mungkin makan terlalu laju sehingga menelan banyak udara sewaktu mengunyah dan menelan makanan. Boleh jadi juga jika kolon anda tidak memproses makanan yang ditelan dengan sebaiknya sheingga menyebabkan makanan tersebut seolah-olah terapung.
#7 Bau Badan Hanyir Seperti Ikan: Penyakit Keturunan
Jika seseorang bau hanyir seperti ikan sepanjang hari, si dia mungkin menghidap sindrom bau ikan atau nama saintifiknya trimethylaminuria. Ini adalah kondisi genetik yang akan buat seseorang mengeluarkan bau badan mirip bau ikan yang mereput. Bau tersebut akan keluar dari tubuh dan mulut.
Walau bagaimanapun, bau bandanitu boleh dikawal dengan penggunaan losyen dan sabun badan asidik berfungsi meneutralkan kembali bau berkenaan.
#8 Kemaluan Berbau: Perubahan Diet/Jangkitan Kulat/STI
Jika kemaluan mengeluarkan cecair atau lendiran seperti keputihan itu boleh dikira normal untuk semua wanita, namun ia akan jadi parah jika turut ditemani bau-bauan busuk. Vagina anda mungkin terkena jangkitan kulat sehingga menyebabkan bahagian sulit berbau.
Adakalanya, perubahan diet juga boleh menyebabkan terhasilnya bau busuk. Cuba makan secara sihat, minum air dengan banyak dan tukar seluar dalam setiap hari malah pastikan seluar dalam tidak ketat dan materialnya diperbuat dari bahan kapas serap peluh. Lap kering vagina setelah selesai membuang air.
Sumber : wanista.com
loading...
ayo dicoba keberuntungannya bersama dengan kami di fanspoker^^com
ReplyDeletedapatkan juga bonus rollingan dan refferalnya