Ekzema atau kegatalan kulit biasanya berlaku pada kanak-kanak dan bayi. Hampir 2-4% orang dewasa masih lagi mengalami ketidakselesaan kulit kerana ekzema. Salah seorangnya ialah penulis sendiri, masih lagi bertarung dengan kegatalan kulit sekiranya ‘salah makan.’
Simptom ekzema dari normal boleh menjadi lebih serius. Antaranya:
- Kulit rasa terbakar
- Kepedihan
- Kulit mengelupas
- Luka dan kulit mengelupas akibat kekeringan
- Berubah warna dan tekstur
- Iritasi melampau sehingga terdedah pada kulit dalam (bahagian daging)
1. Faktor Genetik
Faktor genetik antara faktor utama penyebab ekzema. Individu yang dilahirkan kurang pengeluaran protein dipanggil filaggrin sebagai membantu mengekalkan lapisan kornea kulit biasanya terdedah pada iritasi kulit.
2. Kurang Pengeluaran Serum Semulajadi
Kulit yang kering penyebab berlakunya ekzema. Ianya kerana badan tidak mengeluarkan minyak (serum) semulajadi dan ini juga antara faktor genetik atau perubahan dalam sistem imunisasi.
3. Fungsi Imunisasi Yang Lemah
Mengalami sistem imunisasi yang lemah mendatangkan keradangan kulit yang bertindak balas pada yis dan bakteria yang hidup didalam kulit.
4. Alahan
Alahan boleh menyebabkan pembebasan antibodi dan daya imun yang berbahaya. Alahan boleh datang dari makanan tertentu, terdedah kepada bahan kimia, toksin atau bahan-bahan, seperti minyak wangi atau sabun.
5. Cuaca / Iklim
Individu yang tinggal di negara yang pesat membangun atau iklim yang sejuk kering lebih terdedah untuk mengalami ekzema.
4 cara ini boleh bantu meredakan ekzema anda selain menggunakan krim atau ubat-ubatan..
- Jangan garu atau kupas kawasan kulit yang kering. Ia boleh dijangkiti dengan bakteria.
- Pastikan bahan makanan yang anda ambil, produk penjagaan rumah atau apa sahaja bahan yang berkemungkinan memberi alahan kepada anda.
- Pilih diet penuh dengan sumber makanan yang mempunyai anti-radang bagi meningkat imunisasi anda.
- D.I.Y krim ekzema dengan bahan semulajadi untuk kelegaan kulit.
loading...
ayo segera bergabung dengan kami
ReplyDeletedi fanspoker^^com || karna difans anda bisa mendapatkan keuntungan lebih besar
ayo tunggu apa lagi segera di add pin bb kami 55F97BD0 || saya tunggu di add nya ya...