Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun bernama Muhamad Badran sedang menanti masa untuk memeluk ibu bapanya dan bermain bersama enam saudara lelakinya selama tiga hari cuti Ramadhan lalu.
Walaupun serangan penjajah zionis 'Israel' telah menghancurkan harapan yang ada di Gaza, Muhamad tidak memadamkan harapannya untuk berbahagia di hari mulia bulan syawal.
Tetapi sehari selepas itu, dia bersama ibu dan bapa saudara yang berdiri di sebelahnya di Hospital Al-Shifa, Muhamad berkata, "Semua mimpiku hancur selepas tembakan dua kereta kebal zionis 'Israel' menggelapkan hidupku dan mencederakan semua saudaraku."
Selepas solat Subuh di Hari Raya Aidilfitri, Muhamad dan keluarganya sedang tidur di rumah mereka. Muhamad menyiapkan baju baru dan mainan yang ibunya belikan untuk dipakai di hari raya tersebut. Dia pergi ke tempat tidur, menantikan ibunya untuk membangunkannya esok hari. Dia tidak tahu pada masa itu dia akan menutup mata untuk selamanya.
Tanpa belas kasihan, dua kereta kebal penjajah melanggar rumahnya, memusnahkan bilik tidurnya lalu mencederakan bersama enam saudaranya yang lain.
"Mereka sedang tidur bagaikan malaikat," ucap bapa saudara Muhamad kepada MEMO. "Ayah mereka sedang bersiap-siap untuk membawa mereka keluar melawat bapa saudara dan ibu saudara mereka. Akan tetapi, mereka pula dibawa ke hospital. "
Seluruh baju Muhamad telah terbakar dan mainan yang baru beli untuk hari raya telah hancur berkecai. Dia tidak dapat melihat kejadian itu. Bahkan, dia tidak akan dapat melihat lagi mimpi-mimpinya, wajah ibu bapanya atau menikmati warna-warni mainan atau baju raya.
Muhamad dan salah satu saudaranya menderita luka parah. Walaupun ia tidak kehilangan penglihatannya, ia kehilangan kedua matanya. Doktor mengatakan ada sedikit kesempatan ia mampu melihat cahaya lagi, melalui mata yang didonorkan dari orang lain atau mata buatan.
Selepas lima saudaranya meninggalkan hospital, ibunya merasa hatinya terbelah bahagi untuk tinggal bersama Muhamad atau bersama saudara-saudaranya di tempat yang berbeza di hospital.
Di hari ke-34 perang Gaza, tentera zionis telah membunuh kira-kira 1900 rakyat Palestin dan dianggarkan 9000 yang tercedera. Sebahagian besar dari mereka berdasarkan statistik dari PBB adalah orang awam. Sekurang-kurangnya di antara yang meninggal ada 400 orang adalah kanak-kanak.
Cerita Muhamad menjadi terkenal di kalangan rakyat Palestin dan di luar negera.
Ramai doktor dan penyumbang menawarkan rawatan dan bantuan kepadanya, berharap suatu hari nanti Muhamad dapat melihat semula kedua ibu bapanya. Tetapi ketika harapan itu hendak direalisasikan, tentera zionis telah membunuh ayah Muhamad ketika dia sedang menunaikan solat Subuh di Masjid Al-Qassam iaitu di khemah pelarian Al-Nusairat. Sebuah roket F16 milik zionis yahudi menghentam ketika ayahnya sedang solat.
Kejadian itu menyebabkan lima orang terbunuh dan sepuluh orang lain tercedera. Nidal Badran iaitu ayah kepada Muhamad adalah di antara orang yang meninggal dunia. Kini, Muhamad telah kehilangan harapan untuk melihat wajah ayahnya.
Sumber : sehinggit.blogspot.my
loading...
0 Response to "Kisah Seorang Kanak-kanak Dibutakan Oleh Tentera Zionis"
Post a Comment