Solat Tahajud ~ salah satu cara membersihkan hati..insyaAllah

Kongsikan di


Di sini saya ingin mengupaskan tentang kelebihan qiyamulail dan solat tahajud. Dengan beberapa pengetahuan yang ada...dari Allah s.w.t. ini ku kongsi bagaimana untuk bangun malam.

* selepas waktu isyak tidur beberapa jam namun sebelum hendak tidur...beberapa perkara perlu dilakukan untuk membolehkan kita mempunyai kekuatan dan mampu melawan nafsu (tidur)...

a) tidur dalam keadaan berwuduk

b) membaca al-quran ( surah al-Mulk)

c) apabila melakukan solat jemaah Isyak membolehkan senang utk bangun malam seterusnya
melakukan solat subuh secara berjemaah.

d) apa yang paling adalah nawaitu kita untuk bangun. nawaitu perlulah kuat dan bersungguh2..
insyaAllah...dipermudahkan...

e) bersihkan diri sebelum tidur seperti bersugi dan selepas itu mengimbas2 tilam sebelum
tidur di atas katil kerana anak bilis tidur di atas katil kita..takut kita terus tidur dan tidur
di atas anak iblis dan menyebabkan kita susah utk bangun...itu merupakan sunnah
Nabi Muhammad s.a.w.

f) Amalkan tidur seperti sunnah Nabi Muhammad s.a.w. insyaAllah...seperti tidur mengiring di
sebelah kanan.

Kelebihan bangun malam/qiyamulail dengan melakukan solat-solat sunat seperti solat
taubah, solat hajat, solat tahajud, solat tasbih, solat witir dan solat sunat lain2..

- apabila kita bangun semasa orang lain sedang nyenyak di buai mimpi indah...kita dengan
ikhlasnya bangun untuk sujud mengadap Ilahi...dan sekaligus menjauhi dari sifat riak..

- menjadikan seseorang itu dapat melawan nafsu dan syaitan.

- boleh menghapuskan dosa..insyaAllah

- pada ketika itu, sesiapa yang menghadirkan dirinya menghadap Ilahi dengan melakukan
solat dengan kusyuk, Allah s.w.t. akan memperkenankan permintaan dan doanya.

- sesiapa yang sakit, Allah akan sembuhkan sakitnya..insyaAllah

- Sesiapa yang kekurangan wang, Allah akan mencukupkan rezekinya.

- diberikan ketenangan di dalam hatinya...insyaAllah

sebenarnya...bangun malam membolehkan seseorang manusia itu menyerah diri kepada Allah s.w.t. dan mengadu kepada Allah..agar diberikan kekuatan untuk menempuhi hidup di dunia dan sekaligus mendapat kebahagian di dunia dan akhirat..insyaAllah...

setiap orang yang beriman akan diuji dengan pelbagai ujian, dengan bangun malam...kita sujud dan meminta pertolongan Allah..insyaAllah....dimakbulkan doa dan diberikan taufik dan hidayah...

surah al-isra ayat 79 :

"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. "

Sumber: http://nursyahidailias.blogspot.my/
loading...

0 Response to "Solat Tahajud ~ salah satu cara membersihkan hati..insyaAllah"

Post a Comment

Didakwah