7 Tip Anak Anda Di Landasan Hidup Yang Betul, Sesuai Untuk Ibubapa Sibuk

Kongsikan di



Dari dulu lagi ibubapa sibuk dengan kerjaya, aktiviti luar dan bisnes sambilan demi keluarga. Namun demikian, ibubapa dulu tidak serisau ibubapa sekarang kerana zaman telah berubah di mana “kejahatan” juga boleh masuk ke dalam rumah dengan mudah. Apatah lagi dugaan di luar sana.

Situasi ini membuatkan tugas membesar dan mendidik anak juga berganda-ganda mencabar gara-gara anak mudah terdedah dengan segala macam informasi baik dan buruk melalui dunia tanpa sempadan aka internet. Dalam masa yang sama, ibubapa perlu mengatasi cabaran tekanan ekonomi.

Lalu ibubapa menjadi amat sibuk, dan paling ibubapa tidak mahu adalah anak-anak tersasar dari landasan yang betul atau terlepas pandang terhadap perkembangan mereka atau anak menjadi mangsa “kejahatan” orang lain. Bayangkan nak hantar anak ke kem motivasi juga boleh merisaukan ibubapa masa kini.

7 tip di bawah ini mungkin boleh diamalkan bagi memastikan anak berada di landasan yang betul biarpun sesibuk mana anda (ibubapa) dengan urusan yang lain.

1. Perbaiki hubungan dengan pasangan terlebih dahulu.
Ini perkara asas. Sebab? Anak akan mengikut contoh yang mereka lihat daripada tingkahlaku ibu bapa. Jikalau ada apa-apa masalah dengan pasangan, selesaikan dahulu bersama atau sekurang-kurangnya secara tertutup (bukan di hadapan anak).

Apabila ibubapa mempunyai hubungan yang erat dan mesra di depan anak, lebih mudah untuk anda menasihati dan membimbing anak secara sepakat. Anak juga lebih mudah mendengar dan patuh arahan.

2. Luaskan kuasa sebagai ibu bapa.
Kuasa yang dimaksudkan adalah anda perlu bersikap tegas dalam perkara yang berhubung dengan pendidikan, pergaulan dan kekeluargaan. Namun demikian, elak bersikap garang tak tentu pasal kerana sikap sebegitu boleh menyebabkan anak berkecil hati atau berdendam.

Anda juga tidak perlu buang masa dengan membebel perkara yang kurang perlu atau mengulang-ulang perkara yang sudah diketahui anak. Straight to the point sahaja.

3. Berkomunikasi dengan anak.
Anda boleh ajak anak bersembang santai. Ambil masa untuk bertanya tentang aktiviti anak atau berkongsi cerita atau mewujudkan suasana untuk anak bercerita agar anak dapat meluahkan perasaannya dengan selesa bersama anda.

Untuk anak yang tinggal di asrama, boleh gunakan platform media sosial untuk berkomunikasi. WhatsApp, Facebook atau Instagram boleh dimanfaatkan oleh ibubapa untuk pantau aktiviti anak dengan lebih mudah dan pantas.

Sebarang teguran boleh dilakukan terus kepada anak dengan menghantar private message atau panggilan. Elak tulis komen atau status yang boleh memalukan anak. Perasaan respek sesama anda dan anak boleh menguatkan lagi kepercayaan anak terhadap anda.

4. Rancang percutian keluarga.
Ada orang kata aktiviti percutian ini hanya boleh dilakukan oleh orang berduit sahaja walaupun tahu aktiviti ini boleh dijadikan salah satu cara merapatkan hubungan antara ahli keluarga.

Jika tidak ada duit, atau tidak dapat cuti kerana sibuk, luangkan masa untuk berpiknik atau pergi ke tempat menarik yang berdekatan dengan rumah untuk satu masa yang singkat.

Hubungan yang rapat tercipta ketika masa diluangkan bersama-sama itu dapat memudahkan anda menegur atau menasihati anak.

5. Tetapkan had dan sempadan.
Anak berusia remaja akan mengalami satu krisis di mana mereka akan lebih bersifat memberontak dan mahu kebebasan. Jika ini berlaku, anda cuba beri ruang kepada anak tetapi tetapkan sempadan. Anak akan belajar menghormati kepercayaan yang diberi.

Anda juga boleh jelaskan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh sambil menerangkan kesannya ke atas hidup anak kelak. Terutamanya dalam bab pergaulan dengan rakan sebaya.

Berkawan itu boleh tetapi perlu dengan batasan tertentu. Mahu dikawal ketat, khuatir mereka tersasar secara diam-diam. Lepaskan dan berikan sedikit kebebasan tapi di bawah pengawasan.
Ibu bapa boleh berpesan-pesan dengan saudara-mara, jiran atau orang yang dipercayai untuk membantu. Pendek kata, anda seperti bermain dengan layang-layang ketika anak di fasa remaja.

Jika ditarik terlalu kuat, tali layang-layang akan putus. Jika anda lepaskan tali terlalu cepat atau lama, kemungkinan layang-layang akan jatuh ke tanah.

6. Berkenalan dengan rakan anak dan keluarga mereka.
Bagus jika anda saling kenal rakan-rakan anak supaya lebih mudah memantau aktiviti mereka. Lebih bagus lagi jika anda dapat kenal ibu bapa rakan anak juga.

Melalui perhubungan baik ini, anda dapat bekerjasama untuk saling memerhati dan menegur kesalahan atau sebarang perlakuan yang kurang baik pada anak-anak di waktu kita sedikit sibuk.

7. Dedahkan dengan agama.
Pucuk pangkal asas kehidupan ialah agama. Sejak dari kecil anda boleh didik anak dekat dengan agama melalui perbuatan dan perlakuan anda sebagai ibu bapa mereka.

Pendidikan agama tentang akhlak dan adab secara tidak langsung di rumah atau ketika bersama anak-anak biarpun dalam tempoh yang singkat dapat memberi kesan yang positif juga.

Jadikan agama itu sebahagian daripada hidup, bukan diasing-asingkan daripada kehidupan seharian. Terapkan rasa bangga dalam diri anak terhadap agama yang dijunjung. Perasaan izzah itu membuatkan anak mahu menjaga diri agar tidak memburukkan agama.

Anda boleh menunjukkan atau berkongsi video kuliah yang menarik boleh juga dilakukan. Lebih baik amalkan solat berjemaah dan adakan kultum (kuliah tujuh minit) dengan perkongsian berkaitan ayat al-quran, hadis, kisah nabi dan sahabat nabi dan juga isu semasa.

Baiklah apa yang dikongsikan di atas adalah antara tip yang boleh anda gunapakai untuk menambah baik hubungan anda dengan anak yang sekaligus akan memandu anak di landasan yang benar.

Mungkin ada tip yang tak sesuai untuk anda, maka anda boleh ubah atau bentuk tip lain.

Sumber: The Vocket
loading...

1 Response to "7 Tip Anak Anda Di Landasan Hidup Yang Betul, Sesuai Untuk Ibubapa Sibuk"

  1. hy guys ingin nmendapatkan uang jutaan rupiah gak ^^
    ayo segera bergabung dengan saya di F/A/N/S/P/O/K/E/R
    disini hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian semua bisa menang jutaan rupiah lo
    ayo tunggu apa lagi kami tunggu ya pendaftarannya ^^

    ReplyDelete

Didakwah