MULANYA saya asyik mengapungkan diri dalam lautan yang serba masin itu. Rasanya sungguh unik kerana tubuh tidak tenggelam kerana kepekatan garam dalam airnya.
Tiba-tiba sebuah hadis Rasulullah SAW menjengah minda. Tanpa tunggu saya terus melangkah keluar dari laut mati Jordan yang dikatakan menjadi tempat terbenamnya kaum Nabi Lut a.s. yang buas dan penggila seks songsang.
Masih segar dalam ingatan perkongsian guru kami semasa belajar di Universiti Malaya 1998 dahulu. Apakah hadis yang dimaksudkan itu? Sabda Rasulullah SAW:
“Abdullah bin Umar r.a. menceritakan: (Pada tahun kesembilan hijrah ketika dalam perjalanan ke Tabuk untuk mempertahan Madinah daripada kemungkinan serangan tentera Rom) kami melalui kawasan al-Hijr (negeri kaum Thamud yang dimusnahkan Allah) bersama Rasulullah SAW. Baginda lantas bersabda: “Jangan kalian masuk ke negeri kaum yang menzalimi diri mereka sendiri (yang akhirnya dimusnahkan Allah) melainkan dalam keadaan menangis bimbangkan azab yang pernah menimpa mereka akan turut menimpa kalian.” Kemudian baginda mempercepat langkahnya sehingga meninggalkan tempat itu,” - Sahih Bukhari dan Muslim.
Tidak cukup dengan arahan itu, dalam hadis lain Rasulullah SAW mengarahkan para sahabat membuang atau memberi makan kepada unta semua gandum yang diuli menggunakan air dari perigi kaum Thamud. Jika para sahabat mahu mengambil air, mereka hanya dibenarkan mengambilnya dari perigi tempat bekas unta Nabi Saleh a.s. minum. (Sahih Bukhari dan Muslim).
HIKMAH SEBALIK KEJADIAN
Mengapa perlu menangis ketika melalui tempat sebegini? Tangisan biasanya muncul ketika sedih, takut atau gembira. Arahan Nabi dalam hadis tersebut ada makna tersirat yang wajib difahami iaitu perlu berfikir dan mengambil pengajaran daripada musibah yang menimpa kaum tersebut. (Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari).
Kegentaran hati melihat kesan kemusnahan mereka boleh mendatangkan tangisan keinsafan. Ia yang timbul setelah melihat kesan sejarah dengan mata kepala pastinya lebih membekas pada jiwa, bak kata pepatah Inggeris “seeing is believing.” Inilah juga yang banyak diulang Allah dalam al-Quran:
“Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian berdasarkan) peraturan Allah yang tetap, oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang yang mendustakan (para Rasul),” (Ali ‘Imran [3:137]).
Bahkan, jika kita lihat banyak sekali ayat al-Quran mencela sikap Musyrikin Quraish yang pekak dan buta mata hati tidak mahu mengambil iktibar daripada sejarah umat lampau sedangkan mereka selalu sahaja melihat serta melalui negeri yang pernah dimusnahkan Allah dalam perjalanan dagang mereka:
“Dan sesungguhnya kamu (yang menentang Nabi Muhammad): selalu sahaja berulang-alik (dalam musafir dan perjalanan dagang) melalui bekas tempat tinggal mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi. Dan juga pada waktu malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya? (al-Saffat [37:137-138]).
IBRAH DARIPADA KAUM THAMUD
Bagi mengingatkan Muysrikin Quraish tentang kaum Thamud, Allah berfirman:
“Dan demi sesungguhnya penduduk ‘al-Hijr’ (Mada’in Salih) telah mendustakan para Rasul. Dan Kami telah berikan kepada mereka tanda-tanda (yang membuktikan kebenaran agama dan Rasul Kami); dalam pada itu, mereka terus juga berpaling (mengingkarinya). Dan mereka memahat sebahagian daripada gunung sebagai tempat tinggal dengan keadaan aman (daripada sesuatu bahaya). Meskipun demikian, mereka dibinasakan juga oleh letusan suara yang menggempakan pada bumi waktu pagi. Maka apa yang mereka telah usahakan itu, tidak dapat menolong mereka sedikit pun,” (al-Hijr [15:80-84]).
Mudahnya, sejarah umat lampau wajib diambil iktibar. Jika mereka soleh gemilang maka rahsia mereka wajib dihadamkan dan diubah suai mengikut situasi zaman. Jika mereka jahat dan hina maka sikap mereka wajib dijauhi.
Jangan hanya melihat tempat mereka dalam gelak tawa sambil mencukupkan koleksi swafoto pelancongan pada musim cuti. Ambil peluang ziarah itu untuk mengukuhkan jiwa dan iman kepada kebenaran agama Allah.
Pergilah melancong! Ia mampu membuka mata hati dan menjadi bank pahala jika diisi dengan pengisian yang betul sebagaimana firman Allah:
“Maka bukan sedikit negeri yang Kami binasakan kerana kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan). Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan yang tersebut - mereka menjadi orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada dalam dada,” (al-hajj [22:45-46]).
Agensi pelancongan yang menyediakan khidmat lawatan ke tempat sebegini seharusnya tidak hanya meninggalkan para pengunjung begitu sahaja tanpa bimbingan seperti anak ayam kehilangan ibu. Selaku penganjur, mereka perlu mengisi aktiviti ziarah dengan tazkirah agar kunjungan itu membuahkan takwa dan
gerun kepada azab Allah.
Siapa Nabi SAleh a.s.? (Sebelum Nabi Ibrahim dan selepas Nabi Hud)
* Diutuskan kepada kaum Thamud - kaum yang mensyirikkan Allah dan memiliki kepakaran memahat gunung untuk dijadikan tempat tinggal.
* Antara mukjizat baginda, mengeluarkan unta betina daripada batu besar.
* Dilunaskan bagi memenuhi permintaan kaum baginda yang meminta bukti kerasulan
* Di negeri Thamud terdapat sembilan lelaki yang sangat jahat dan selalu menentang baginda.
* Unta itu kemudiannya dibunuh oleh Qudar bin Salif dan konco-konconya.
* Selepas itu merancang untuk membunuh Nabi Saleh dan para pengikut baginda.
* Namun mereka terlebih dahulu dimusnahkan Allah.
* Semasa Nabi Muhammad SAW menuju ke Tabuk pada tahun kesembilan hijrah, baginda berpesan dengan adab yang disebut rencana ini.
Memang matlamat orang kafir kalau boleh hendak melihat umat Islam terus tidak berpakaian. Tetapi mereka sedar untuk melakukannya secara langsung adalah mustahil, Oleh itu mereka memperkenal pelbagai jenis budaya dan fesyen untuk diikuti.
Sumber : https://sempoimedia.blogspot.my
loading...
0 Response to "Adab-Adab Melancong Ke Bumi Yang Dilaknat Allah Yang Selalunya Tidak Ditekankan Oleh Agensi Pelancongan. Mohon Kongsikan..."
Post a Comment