SOALAN:
Salam
Kematian ayahnada tercinta membongkar perihal beliau meninggalkan puasa kerana ...... (rahsia). Selepas ibu berjumpa dengan Kadi maka beliau dianggarkan RM 30,000 untuk membayar dam. Ade cara lain ke boleh ganti. Saya ambil 100 hari ke ? atau macam mana ? kemampuan untuk melangsaikan RM 30,000 tu memang diluar keupayaan setakat hari ini. TOLONG ....................
JAWAPAN:
Wassalam
Alhamdulillah.
Terima Kasih syeikh thtl. Jumlah RM30,000 fidyah itu kemungkinan diperolehi dari gandaan terhadap fidyah apabila tidak dapat menghabiskan qada' puasa dan bulan puasa yang berikutnya telah tiba. Sesungguhnya tiada dalil atau nas yang menunjukkan bahawa fidyah ini boleh berganda.
Bagi mereka yang berpegang kepada Mazhab Syafie, bolehlah si-pewaris melakukan fidyah tersebut bagi pihak si-mati, tanpa gandaan fidyah dengan menggunakan harta si-mati, kerana Mazhab Syafie hanya membenarkan ibadat2 badaniyah (eg: Solat, Puasa dan Haji) dilakukan oleh orang itu sendiri.
Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi membeza hari2 yang harus diqada'. Jika seseorang itu mati semasa ianya sakit atau didalam permusafiran, tidak ada qada' keatasnya, (dengan alasan) kerana tidak menjumpai hari lain yang boleh dilakukan qada'. Akan tetapi apabila seseorang itu sembuh atau perjalanan sudah tamat, maka ia harus mengqada' kadar bilangan hari yang dia sihat atau hari2 disempat menikmati tinggal dirumah.
Menurut beliau, HARUS qada' ini menunjukkan bahawa jika salah satu dari pada 2 perkara berikut dilakukan, maka tanggungannya telah lepas.
(a) Puasa di qada' oleh walinya atau pewarisnya, sebagaimana hadith marfu' dari 'Aisyah ra :-
من مات وعليه صيام، صام عنه وليه
"Barangsiapa yang mati dan masih menanggung puasa, maka berpuasalah bagi pihak oleh walinya" -[Hadith Muttafaq 'alaih, al-Lu'lu' wa al-Marjan, ms 704].
Didalam riwayat al-Bazzar, terdapat penambahan (إن شاء) "Jika dia mahu". [dijalam Majma; al-Zawaaid, 3/179]. Maka ini jelas menunjukkan bahawa tidak wajib bagi wali melakukannya, dan dilakukan bagi tujuan kebaikkan si mati. Konsep ini disokong oleh hadith Ibn Abbas ra, dimana beliau berkata bahawa terdapat seseotang bertemu dengan Rasulullah saw lalu bertanya :-
يا رسول الله، إن أمي ماتت وعليها صوم شهر، أفأقضيه عنها؟ قال: "نعم فدين الله أحق أن يقضى"
"Ya Rasulullah, Jika ibuku mati dan di menanggung pausa satu bulan, apakah boleh saya mengqada'kan bagi pihaknya? Maka baginda bersabda :'Ya, Hutang Allah lebih berhak dibayarkan'" - [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim, Lu'lu' wa al-Marjan, ms 705].
Menurut Syiekh al-Qaradawi :
فالصحيح جواز الصيام عن الميت لا وجوبه، وبه تبرأ ذمة الميت.
(b) Memberi makan kepada orang miskin sebanyak hari yang si-mati tinggalkan. Berkata Syiekh al-Qaradawi :-
وإما بالإطعام عنه، أي بإخراج طعام مسكين من تركته وجوبًا، عن كل يوم فاته لأنه دَيْن لله، تعلق بتركته، ودَيْن الله أحق أن يقضى.
"Boleh memberi makan kepada fakir miskin bagi pihak si-mati, dengan menggunakan harta peninggalannya, sebanyak hari2 yang ditinggalkannya, dengan dalil bahawa hutang kepada Allah dibayar dengan peninggalannya (hartanya), hutang kepada lebih berhak dibayarkan".
Begitulah dua kaedah yang dipaparkan oleh Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. berkenaan dengan orang mati yang masih tertanggung puasanya. Wallahu A'lam
Sumber: http://soaljawabpuasa.blogspot.my/
loading...
ReplyDeletemari coba keberuntungannya bersama kami hanya dengan
deposit minimal 10.000 bisa menangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apalagi, segera bergabung bersama kami di F*A*N*S*P*O*K*E*R