Salam
Saya ada sedikit kemusykilan ttg ibu yg sudah terlalu uzur... bagaimana dengan solat-solat & puasanya yang terdahulu???
Adakah kena digantikan semula atau memadai dengan bayar fidyah sahaja??? atau kena buat kedua-duanya sekali.
Mohon penjelasan ustaz.
Terima kasih
************************************
Postby kamin »
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Berikut kami petik fatwa yang di keluarkan oleh Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi :-
Bagi wanita yang hamil adalah wajib berpuasa semasa kehamilannya melainkan jika ia takut ia akan membahayakan dirinya atau kandunganya (janin), maka didalam keadaan ini dia boleh berbuka (tidak berpuasa) dan menqadha' puasanya setelah melahirkan anak dan bersih daripada nifas" - Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah (10/226)
Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh, WAJIB keatasnya QADHA', kerana puasa itu wajib bagi setiap orang Islam, malah bagi orang yang Musafir dan Sakit, Allah mewajibkan agar melakukan puasa pada hari-hari yang lain. [al-Sharh al_Mumthi' 'ala Zaadil Mustaqni', 3/31-32].
Persoalan, apakah perlu seseorang itu membayar fidyah? Ulama' khilaf berkenaan dengan huum fidyah. Berikut kami petik jawapan Ustaz Abu Umair berkenaan dengan isu ini.
SJ-08-0047 : Fidyah Kepada Fakir & Miskin wrote:permasalahan tidak qadha' puasa sehingga masuk ramadhan yg lain. adakah kena bayar fidyah? ada khilaf;
1) Mazhab Malik, syafie, Ahmad: kena bayar fidyah.
2) mazhab ABu Hanifah: Tidak dikenakan fidyah.
rujukan: Majmuk 6/366, al-Mughni 4/400.
Pendapat yg kuat ialah Mazhab Hanafi: Tidak dikenakan fidyah. Dipilih oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya. Imam Bukhari menukilkan kalam setengah sahabat Ibn Abbas dan Abu Hurairah yg mengenakan fidyah jika lewat qadhak hingga masuk ramadhan lain. kemudian Bukhari berkata: Dan Allah tidak menyebut tentang fidyah.
Syeikh Uthaimin juga mentarjihkan pandangan ini, kerana TIADA DALIL dari quran dan sunnah yg mewajibkan fidyah. yg ada hanya pendapat sebahagian sahabat. dan kalam sahabat sekiranya bersalahan dengan zahir Quran, maka ia bukan hujjah. Oleh itu kalam Abu hurairah dan Ibn Abbas ditafsirkan dengan makna: sunat beri fidyah.
syarah mumti' oleh uthaimin 6/451.
TETAPI,
jika anda memilih pandangan yg mewajibkan fidyah, maka boleh diberikan keseluruhannya kepada seorang fakir miskin, sebagaimana fatwa sesetengah ulama. lagipun, tiada dalil khas berkaitan dengan masalah ini.
Ibu anda hendaklah mengqadha' 30 hari puasa yang ditingalkan. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi berpendapat bahawa fidyah itu adalah mustahab (digalakkan) dan bukan wajib [Fiqh al-Shiyam, ms 76]. Ibn Qudamah rh berpendapat bahawa bagi mereka yang ingin melakukan fidyah, maka tidak perlu menggandakan bayaran menurut tahun yang ditinggalkan itu. WA.
Sekian, wassalam.
Sumber: http://soaljawabpuasa.blogspot.my
loading...
0 Response to "Fidyah Puasa dan Solat Orang yang Uzur "
Post a Comment