Kenapa Lemau? Cuba Tips Ini Untuk Kekal Cergas Sepanjang Ramadhan

Kongsikan di

Related image


Bulan Ramadhan merupakan ibadah menahan nafsu dari rasa lapar, dahaga dan keperluan fizikal yang lain dari subuh sehingga matahari terbenam.

Pelbagai tanggapan mengatakan bulan puasa merupakan bulan yang memenatkan, hal ini sama sekali tidak benar. Bulan puasa tidak harus menjadi penghalang kepada aktiviti harian anda. Malah, menggabungkan puasa dan latihan, akan meningkatkan kesihatan anda. Jika anda ingin tahu bagaimana untuk melakukannya dengan betul, ianya pasti mudah.
#Jangan ‘skip’ makan waktu sahur
Waktu sahur penting supaya badan kita menerima glukosa yang cukup daripada makanan yang diambil. Sahur harus sihat, makanan yang sederhana yang boleh mengisi dan menyediakan tenaga yang cukup untuk beberapa jam. Ia amat penting untuk menganbil makanan seperti karbohidrat kompleks. Ianya terdapat dalam bijirin dan biji seperti barli, gandum, oat, millets, semolina, kacang, kacang, tepung mil penuh dan beras basmathi. Karbohidrat kompleks akan membantu membebaskan tenaga secara perlahan-lahan dalam tempoh masa yang lama berpuasa dan mengekalkan stamina anda sepanjang hari.
#Pengambilan air buah-buahan
Selain daripada pengambilan air putih yang cukup, ramai yang kurang peka tentang air buah-buahan yang sebenarnya penting dan harus diambil kerana buah-buahan mengandungi nutrisi seperti vitamin, potasium dan glukosa yang membantu mengekalkan tenaga di dalam badan.
#Elakkan minum kopi semasa sahur
Orang ramai beranggapan kopi dapat membantu mengekalkan tenaga dan mengelakkan daripada mengantuk. Tanggapan itu sebenarnya salah! Kopi membuatkan anda rasa dahaga lebih cepat. Jadi, kurangkan pengambilan kopi untuk kekal sihat bertenaga.
#Makan makanan yang lambat hadam
Pengambilan makanan pada waktu sahur penting supaya kita tidak mudah rasa mengantuk dan letih apatah lagi mahu meneruskan kerja. Jadi untuk kekal bertenaga pengambilan karbohidrat kompleks perlu cukup dan antara makanan yang mengandungi karbohidrat ialah nasi, roti, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sumber : wanista.com
loading...

1 Response to "Kenapa Lemau? Cuba Tips Ini Untuk Kekal Cergas Sepanjang Ramadhan"

  1. hy guys ingin nmendapatkan uang jutaan rupiah gak ^^
    ayo segera bergabung dengan saya di F/A/N/S/P/O/K/E/R
    disini hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian semua bisa menang jutaan rupiah lo
    ayo tunggu apa lagi kami tunggu ya pendaftarannya ^^

    ReplyDelete

Didakwah