ORANG MUNAFIK GAGAL SUJUD DI AKHIRAT

Kongsikan di

Image result for ORANG MUNAFIK GAGAL SUJUD DI AKHIRAT


Orang-orang mukmin akan merasai nikmat yang paling besar dan agung apabila mereka dapat melihat zat Allah taala di akhirat kelak. Suatu nikmat yang tiada bandingannya walaupun di dalam syurga terdapat pelbagai nikmat yang tidak pernah dirasai didunia, umpamanya nikmat mendampingi bidadari, nikmat menghirup udara segar di taman-taman syurga, nikmat menghuni mahligai yang diperbuat daripada emas dan bertahtakan aneka permata. Namun kesemua nikmat itu tidak akan dapat menanding inikmat menatap zat Allah taala .

Bagi orang-orang kafir, mereka diarahkan oleh Allah taala supaya mengikut sembahan mereka didunia dahulu. Apabila kesemua yang disembah menjadi bahan bakar api neraka, orang-orang kafir akan bersama dengan sembahan mereka terjun ke dalam api neraka. Orang-orang munafik pula, walaupun pada hakikatnya mereka adalah kafir, tetapi oleh sebab mereka bergaul bersama orang mukmin, maka mereka enggan berada dalam kumpulan orang kafir. Hal ini kerana mereka menyatakan, bahawa mereka turut mendirikan solat dibelakang Nabi s.a.w, malah terdapat dikalangan orang munafik yang turut bersama dengan Nabi s.a.w dan para sahabat di medan perang. Di Mahsyar, orang munafik mendakwa bahawa orang mukmin dan orang soleh adalah sahabat mereka, malah mereka mendakwa bahawa mereka beramal soleh, mengenali Allah dan mereka ingin bersama dengan orang mukmin bertemu Allah taala dan melihat zatNya.

Untuk golongan orang munafik, Allah taala mendatang imtihan (ujian) supaya mereka membuktikan dakwaan tersebut. Dengan dakwaan itu dapat membuktikan samada mereka beriman dengan Allah atau sebaliknya. Ketika Allah taala mendatangkan sesuatu yang menyerupai benda-benda tertentu, kemudian benda itu mendakwa bahawa dia adalah tuhan, maka orang munafik segera menolak dakwaan tersebut kerana mereka berkata bahawa di dunia dahulu kami beriman dengan Allah taala yang Maha suci daripada sebarang penyerupaan benda. Adalah mustahil bagi Allah taala serupa dengan sesuatu benda yang mempunyai ukuran atau jisim yang memerlukan ruang dan tempat. Allah taala mendatangkan lagi ujian dengan jelmaan tuhan palsu, lalu mereka tidak menyatakan pendirian terhadap ujian tersebut, dengan demikian dapatlah membuktikan bahawa golongan munafik ini tidak dapat membezakan Allah taala sebagai Tuhan yang sebenar. Mereka berbohong selama ini dengan keimanan mereka. Ujian terakhir Allah taala kepada mereka ialah, ketika orang-orang mukmin diperintahkan oleh Allah taala supaya sujud di mahsyar, sebagaimana firman Allah,

 يَوْمَ يُكْشَفُ عَنْ سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلاَ يَسْتَطِيعُون Maksudnya :

“Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk bersujud, maka mereka tidak kuasa dan mampu (tidak sanggup).(Al-Qalam: 42) Hanya orang mukmin yang ikhlas sahaja Berjaya sujud kepada Allah taala. Mereka dapat melakukan sujud tersebut kerana sejak di dunia lagi mereka adalah golongan yang sentiasa sujud kepada Allah taala dengan sepenuh keikhlasan dan keimanan. Adapun orang-orang munafik tidak berupaya melakukan sujud kerana ketika di dunia dahulu, mereka mendirikan solat bukan sebenarnya kerana Allah taala, sebaliknya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia. Mereka waswas adakah itu suruhan dari Allah taala, Tuhan yang sebenar ataupun sebaliknya, akhirnya mereka tertipu dengan pendirian mereka sendiri .

 Maka orang-orang munafik ini gagal dalam ujian dari Allah taala, iaitu tidak sujud di akhirat ketika diperintah berbuat demikian bersama-sama dengan orang mukmin. Dengan kegagalan itu, terbuktilah kedudukan keimanan dan keikhlasan mereka, walaupun semasa di dunia mereka bergaul dengan orang-orang mukmin, tetapi sebenarnya mereka adalah kafir disisi Allah taala.

Sumber : http://ubs-pmram.blogspot.my

loading...

1 Response to "ORANG MUNAFIK GAGAL SUJUD DI AKHIRAT "

  1. mari coba keberuntungannya bersama kami hanya dengan
    deposit minimal 10.000 bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apalagi, segera bergabung bersama kami di F*A*N*S*P*O*K*E*R

    ReplyDelete

Didakwah