Hukum Solat Sunat Tahiyat Masjid Ketika Khutbah Jumaat Sedang Dibaca. Jangan Ambil Mudah!

Kongsikan di

Image result for khutbah jumaat


Soalan:
Saya ingin bertanya mengenai solat sunat tahiyat masjid ketika khatib sedang membaca khutbah. Bukankah kita dilarang melakukan apa saja ketika khutbah disampaikan?

Jawapan:
 Jika engkau berkata kepada temanmu, ‘diamlah’ ketika mana imam atau khatib menyampaikan khutbahnya, maka engkau melakukan perkara sia-sia, maka tidak ada Jumaat baginya.
Hadis ini diriwayatkan oleh 6 ulama hadis daripada seorang sahabat Nabi iaitu Abu Hurairah r.a. Hadis ini difahami majoriti ulama sebagai anjuran untuk mendengar khutbah dan tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan ketika khatib sedang menyampaikan khutbah. 


Namun, ia bukan bermakna batalnya kewajipan Jumaat apabila seseorang Muslim itu melakukan perkara yang dilarang. Ini kerana makna “tidak ada Jumaat baginya” adalah bermaksud tidak ada pahala Jumaat, bukan tidak sah Jumaatnya.

Memang benar segala bentuk amalan sunnah seperti membaca tasbih, al-Quran dan sebagainya hendaklah dihentikan sebaik saja khatib naik mimbar untuk menyampaikan khutbahnya.

Ini berdasarkan kepada hadis daripada seorang sahabat Nabi, iaitu Tsa’labah Abi Malik yang diriwayatkan oleh Imam as-Syafi’I dalam kitabnya al-Umm yang menyatakan;

Duduknya imam di atas mimbar memutuskan segala tasbih (amalan sunnah), dan khutbahnya memutuskan segala macam perbicaraan.

Akan tetapi, perlu dinyatakan di sini bahawa larangan di sini adalah larangan yang bermaksud makruh bukan haram.

Dalam buku al-Majmu’, karangan Imam an-Nawawi disebutkan bahawa ulama yang bermazhab as-Syafi’I berpandangan bahawa mereka sepakat melarang siapa saja yang berada di masjid untuk melakukan apa saja ketika imam atau khatib sudah duduk di atas mimbar.

Imam al-Ghazali seperti yang dikutip oleh an-Nawawi r.h.m berpandangan:
 Jika khatib sudah duduk di atas mimbar, maka tidak dibenarkan lagi melakukan amalan sunnah. Kerana itu, sesiapa yang tidak dalam keadaan menunaikan solat, maka dia tidak boleh mengerjakan solat. Manakala sesiapa yang mengerjakan solat, maka hendaklah dia mempercepatkan solatnya.
Ini berlaku bagi jemaah yang sudah berada atau duduk di dalam masjid. Mereka yang masuk ke masjid dan belum duduk sewaktu imam duduk di atas mimbar atau sedang berkhutbah, maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid. Dan, dia dianjurkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.

Makruh hukumnya meninggalkan solat sunnah ini, kerana Nabi Muhammad s.a.w bersabda bermaksud;
 Jika salah seorang di antara kamu masuk masjid, maka janganlah dia duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.
Tetapi jika ia masuk ke masjid di akhir khutbah dan menduga bahawa bila dia melakukan solat tahiyat masjid, dia tidak dapat mengikuti imam dalam takbir pembukaan (takbiratul ihram), maka dia tidak perlu menunaikan solat. Namun dia tidak boleh duduk melainkan berdiri menunggu khutbah berakhir agar tuntutan Nabi Muhammad s.a.w supaya tidak duduk dapat dilaksanakan. Wallahua’lam

Sumber : https://sempoimedia.blogspot.my

loading...

1 Response to "Hukum Solat Sunat Tahiyat Masjid Ketika Khutbah Jumaat Sedang Dibaca. Jangan Ambil Mudah!"

  1. mari bergabung dengan kami di
    F|A|N|S|P|O|K|E|R jangan lupa untuk di add ya pin bb 55F97BD0 ^^

    ReplyDelete

Didakwah