Awas! Jangan Campur Vitamin C Dengan 4 Bahan Ini

Kongsikan di

Image result for Awas! Jangan Campur Vitamin C Dengan 4 Bahan Ini



Penggunaan Vitamin C sangat meluas dari kesihatan, kecantikan luar atau dalam. Ada sahaja kebaikan Vitamin C yang menjadi pilihan sebagai krim muka, makanan tambahan sehinggalah suntikan Vitamin C. Vitamin C terkenal sebagai bahan awet muda, pencerah kulit dan meningkatkan imunisasi badan. 

Kepada anda yang ada menggunakan produk Vitamin C dalam apa jua jenis produk ketahuilah terdapat pantang larang jika ingin menggunakan ia bersama bahan lain. Seperti yang kita semua tahu, Vitamin C dan Vitamin E ialah kolaborasi yang terbaik, okay itu bagus tapi apa yang tak okay dengan bahan lain? 
#1 AHA/BHA – mempunyai fungsi pengelupasan sama seperti Vitamin C. Jadi jika anda mengabungkan dua bahan ini, kulit boleh terjejas akibat aktiviti penggelupasan yang berlebihan. 
#2 Niacinamade – ia sejenis bahan dari Vitamin B untuk melembabkan kulit namun ia boleh menukar warna Vitamin C kepada warna kuning apabila dicampurkan bersama. Selain itu, masalah iritasi kulit juga boleh berlaku dan fungsi Vitamin C boleh rosak. 
Foto – Dermstore
#3 Benzoyl Peroxide – fungsinya untuk membasmi kuman dan jerawat, tapi bila dicampur dengan Vitamin C ia boleh menghilangkan manfaat Vitamin C dan menyebabkan iritasi kulit. Penyelesaian terbaik, guna produk dari bahan benzoyl peroxide untuk menghilangkan jerawat, manakala untuk parut jerawat guna Vitamin C. 
#4 Kolagen – fungsi kolagen bagus untuk kesan kulit tegang dan awet muda. Namun malangnya, kesan dari penggunaan kolagen boleh menghalang Vitamin C untuk menyerap kedalam kulit. Erti kata lain sia-sia ambil Vitamin C! 
Foto – Into The Gloss
Anda dinasihati kenal pasti bahan dalam produk yang anda ingin pakai bersama dengan Vitamin C. Selamat beramal! 
Sumber : https://www.wanista.com
loading...

1 Response to "Awas! Jangan Campur Vitamin C Dengan 4 Bahan Ini"

  1. bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^

    ReplyDelete

Didakwah