Bagaimana Mengenal Pasti Sakit Kepala Anda Itu Adalah Migrain? Ini Caranya

Kongsikan di

Image result for Bagaimana Mengenal Pasti Sakit Kepala Anda Itu Adalah Migrain? Ini Caranya



Rasanya semua orang akan merasai sakit kepala sekali sekala di dalam hidup mereka. Sekiranya berasa tidak sihat kita akan berasa sakit kepala. Kebanyakan simptom kepada penyakit akan menyerang di bahagian kepala.

Kita akan mengalami sakit kepala walaupun dalam keadaan sihat akibat tekanan atau berfikir secara keterlaluan.

Sakit kepala itu dikategorikan kepada beberapa bahagian. Salah satunya termasuk migrain yang selalu kita sebutkan apabila kita merasai sakit kepala yang keterlaluan. Tahukah anda apa itu migrain atau hanya tahu menyebutnya sahaja?

Menurut pakar neurologi Dr Vernon Williams, sakit kepala dan migrain terjadi apabila pembuluh darah, otot dan sistem saraf di kepala telah terlebih rangsangan. Apabila kesakitan pada struktur sensitif ini berlaku atau terdapatnya tindakbalas kimia di bahagian otak, maka bahagian kepala akan merasai keadaan yang tidak selesa atau sakit.

Menurut The International Headache Society, terdapat dua kategori sakit kepala iaitu:

1. Gangguan sakit kepala utama

Ia berdasarkan simptom dan jenis biasa yang termasuk di dalam kategori sakit kepala iaitu sakit kepala berasas tekanan, sakit kepala kluster dan migrain.

2. Gangguan sakit kepala kedua

Ia berdasarkan kepada penyebab yang biasa dikaitkan dengan keadaan sebelumnya seperti kecederaan pada kepala akibat kemalangan, strok, penderaan, jangkitan kuman, serta gangguan penyakit berkaitan leher, hidung, sinus dan gigi.

Migrain termasuk dalam kategori gangguan sakit kepala utama bersama sakit kepala berasas tekanan dan kluster.

a. Sakit kepala berasas tekanan adalah disebabkan pergerakan fizikal pada otot dan kulit kepala yang berlaku akibat tekanan emosi seperti ketakutan, stres, kekurangan tidur dan lain-lain. Atau tekanan secara fizikal seperti mengangkat objek berat, kedudukan badan yang tidak betul dan sebagainya.

Sakit kepala ini adalah biasa dan akan hilang apabila anda mengambil rehat yang cukup dan memakan ubatan seperti aspirin atau ibuprofen.

b. Sakit kepala kluster adalah sakit kepala yang sering dialami oleh mereka yang akan berasa kesakitan di bahagian salah satu mata dan kepala. Biasanya akan menyerang pada waktu malam apabila anda sedang tidur, merasai sakit kepala dalam beberapa jangka masa yang tertentu.Kesakitan itu kadangkala akan berlarutan untuk jangka masa sehingga seminggu atau berbulan dan akan membuat anda berasa resah dan tidak selesa. Apabila ia menyerang mata akan menjadi merah, hidung akan berair dan kadangkala bulu mata akan jatuh dengan sendiri.

Sakit kepala jenis ini tidak boleh diredakan dengan memakan ubatan biasa dan rehat yang cukup. Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan suntikan, semburan nasal atau terapi oksigen. Biasanya rawatan akan mengambil masa selama 15 hingga 30 minit dan anda akan pulih dari kesakitan ini.

c. Migrain adalah sakit kepala yang disebabkan oleh gangguan kepada sensor di kepala. Apabila otak mengalami ketidakstabilan dalam menerima informasi pada sensor yang ingin disampaikan, maka migrain akan dialami.

Ketidakstabilan ini akan mempengaruhi anda secara fisiologi yang akan mengubah waktu tidur, senaman dan makan anda.

Migrain boleh menyerang kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Faktor genetik dan persekitaran adalah penyebab utama migrain apabila beberapa perubahan berlaku pada stem otak dan interaksinya dengan saraf akan menyebabkan kesakitan kepada kepala.

Gaya hidup yang tidak sihat dan perubahan hormon juga akan menyebabkan migrain. Pengambilan alkohol dan kafein yang berlebihan selalu dikaitkan dengan migrain dan itu adalah benar. Kekurangan tidur dan pengambilan ubat-ubatan yang tidak dikawal juga boleh menyumbang kepada migrain.

Migrain dibahagikan kepada empat peringkat kesakitan :

1. Prodrome

Sehari dua sebelum migrain menyerang anda akan merasa sakit perut, perubahan mood, bertambah selera makan, sakit di bahagian leher, berasa dahaga dan kerap membuang air serta berasa mengantuk.

2. Aura

Anda akan berasa terganggu dengan pandangan cahaya, pandangan bersimpang siur dan pandangan mengelirukan. Pertuturan juga akan terganggu dengan pergerakan otot muka, kaki dan tangan yang dirasakan seperti bergetar dan tidak selesa. Ada yang merasa tangan dan kaki seperti dicucuk jarum, berasa lemah atau kaku di muka atau bahagian lain pada badan.

Anda juga akan mengalami kesukaran untuk bercakap dan pergerakan badan menjadi tidak terkawal. Simptom ini boleh berlarutan sehingga satu jam lamanya.

3. Serangan

Serangan migrain boleh berlarutan sehingga 72 jam sekiranya tidak dirawat. Bagi mereka yang diserang migrain mereka akan berasa sangat sensitif pada cahaya, bunyi dan kadangkala pada bau dan sentuhan. Mereka akan mengalami pandangan yang kabur, sakit mata dan kepala dengan cahaya, berasa mual dan muntah.

4. Post-drome

Ini adalah peringkat akhir migrain di mana selepas mengalami serangan migrain. Selepas 24 jam, anda akan berasa tidak bermaya, tiada mood, berasa sangat pening dan kekeringan.

Apabila mengalami gangguan migrain yang terlalu kerap, anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dengan nasihat pengambilan ubatan yang betul.

Cara dan gaya hidup anda juga perlu diubah. Gaya hidup sihat itu perlu diutamakan. Dengan itu, anda akan mendapati kesakitan migrain anda akan semakin berkurangan.Adalah penting bagi anda mengenali penyebab dan simptom sakit kepala yang berbeza untuk mendapatkan rawatan yang betul supaya anda dapat pulih dan meneruskan kehidupan dengan selesa.

Amalkan gaya hidup yang sihat dengan pengambilan makanan yang sihat, bersenam dan mengambil rehat secukupnya bagi menghindarkan sakit kepala berulang.

Sumber: ERA BARU

loading...

1 Response to "Bagaimana Mengenal Pasti Sakit Kepala Anda Itu Adalah Migrain? Ini Caranya"

  1. hy guys ingin nmendapatkan uang jutaan rupiah gak ^^
    ayo segera bergabung dengan saya di F/A/N/S/P/O/K/E/R
    disini hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian semua bisa menang jutaan rupiah lo
    ayo tunggu apa lagi kami tunggu ya pendaftarannya ^^

    ReplyDelete

Didakwah