105- عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاهُ. (الترمذي)
105- Dari Abi Barzah al-Aslami r.a., dari Nabi s.a.w, sabdanya: "Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?"
(At-Tirmizi)
Apabila habis orang-orang yang disoal oleh Tuhan yang Maha Adil; maka suratan amal manusia dikeluarkan untuk diberi ke tangan masing-masing yang apabila menerimanya ia dapati suratan amalnya itu terbuka, boleh ditatap dan dibaca olehnya sendiri;
(13, Surah al-Isra').
Setelah suratan amal itu diberikan ke tangan masing-masing, maka timbullah kepada orang-orang yang bersalah yang tidak bertaubat, perasaan gelisah takutkan akibat kesalahan-kesalahnnya yang tertulis di dalam suratan amalnya (49, Surah al-Kahfi).
Suratan amal itu ada yang diberi ke tangan kanan tuannya dan ada yang diberi ke tangan kirinya. Orang yang diberikan suratan amalnya ke tangan kanannya merasa besar hati dan berbangga dengan yang demikian sehingga ia menyeru orang-orang lain supaya membacanya; (91, Surah al-Haqqah). Sebaliknya orang yang diberikan suratan amalnya ke tangan kirinya merasa runsing hati dan merungut-rungut kerana keburukan nasibnya;
(25, Surah al-Haqqah)
Selepas itu perbicaraan diteruskan - perbicaraan perkara-perkara yang berkenaan dengan hak-hak makhluk dan perkara-perkara yang berhubung dengan amal ibadat kepada Allah. Perkara-perkara berkenaan dengan hak-hak makhluk meliputi.
(1) Perkara-perkara yang berkenaan dengan melakukan jenayah ke atas nyawa dan tubuh badan satu-satu makhluk seperti bunuh membunuh, tikam menikam, pukul memukul, seksa-menyeksa, sabung-menyabung, laga-melaga dan sebagainya.
(2) Perkara-perkara yang berkenaan dengan melakukan jenayah terhadap kehormatan din dan maruah, seperti caci-mencaci, buruk-memburuk, maki-hamun, umpat-keji, tuduh-menuduh, ceroboh-mencerobohi dan sebagainya.
(3) Perkara-perkara yang bersabit dengan harta benda seperti curi-mencuri, rompak samun, rebut-merebut, tipu-menipu, hutang-piutang dan lain-lainnya.
Hukuman ke atas sesiapa yang di dapati bersalah dalam perbicaraan ini ialah:
Pertama - Menerima balasan dari makhluk yang dilakukan jenayah itu terhadapnya.
Kedua - Memberi amal kebajikannya kepada orang yang ia aniayakan, untuk membayar hutang orang itu atau mengganti-ruginya; dan apabila tidak ada lagi amal kebajikannya untuk diberi kepada orang itu, maka ia terpaksa menanggung kesalahannya, atau
Ketiga - Dimasukkan ke dalam penjara yang disediakan Tuhan (Neraka Jahanam)
Sumber : http://tazkirahawam.blogspot.my
loading...
ReplyDeleteingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ayo segera bergabung dengan kami di fanspoker''com
add pin bb 55F97BD0 ditunggu ya