Bagi mereka yang langsung tidak pernah tinggal aktiviti bersenam pasti mengharapkan result yang gempak. Iyalah, kalau setiap petang tidak lelah berjoging atau melakukan aktiviti regangan mesti ada sedikit perbezaan dari segi fizikal. Orang yang selalu bersenam kalau tak sebab nak memperbaiki kesihatan, mereka juga mahu menjaga bentuk badan dan berat badan yang seimbang.
Tapi pernah tak, dah dekat 3 bulan bersenam tapi masih tiada apa perubahan. Pelik tapi benar..ia bukan jarang-jarang berlaku, rupanya ramai yang tersepit dalam dilema ‘bersenam yang tidak mendatangkan perubahan’. Memang jadi bengang bukan dan paling teruk mulalah ada yang berputus asa kerana ‘perjuangan’ yang dilakukan menampakan keputusan yang sia-sia. Jadi apa yang sebenarnya berlaku ketika anda bersenam?
Ketahui 3 perkara tentang kesalahan ketika bersenam dan cara memperbetulkannya…
#1 Tiada Matlamat
Senaman yang tidak mempunyai matlamat (goals) tidak menghasilkan apa-apa result. Setiap perkara yang kita lakukan pasti mempunyai plan tersendiri untuk membawa ke arah kejayaan. Individu yang bijak tentunya tahu mengawal pemakanan dan aktiviti bersenam iaitu cara paling efisien. Langkah pertama yang perlu anda sediakan ialah tetapkan matlamat anda untuk setiap hari. Mulakan dengan apa yang anda mahu diakhir matahari terbenam.
#2 Tidak Jaga Makan
Jadual yang dimasudkan ialah pengurusan dalam pemakanan. Kadar gula, karbohidrat dan kalori yang sewajarnya diambil untuk seimbangkan dengan aktiviti harian anda. Tidak cukup dengan hanya bersenam tapi tidak menjaga pemakanan.
#3 Cara Hidrasi Yang Salah
Ramai yang ambil kalori melalui minuman manis tapi hal yang sebenarnya ia merupakan rutin yang boleh merosakkan tubuh badan. Bukan itu sahaja, mereka yang mengamalkan minuman tinggi kalori dan gula susah untuk mendapatkan ideal berat badan yang mereka mahu begitu juga dengan nutrisi pemakanan. Individu yang mempunyai sistem hidrasi yang bagus bukan sahaja dapat menggunakan tenaga secara efisien.
Ingat! Amalkan aktiviti senaman yang tepat dan dapatkan rujukan yang sahih untuk result senaman yang terbaik.
Sumber : www.wanista.com
loading...
bingung mau ngapain
ReplyDeletemari bergabung dengan kami difans poker
MODAL KECIL MAU DAPAT UANG BANYAK?
ReplyDeleteBISA SEKALI !!! BURUAN JOIN DI #KELINCI99