
Anda suka berenang di laut?
Pasti ramai yang gemar kerana memang seronok mandi di laut.
Sedang kita seronok mandi, mesti ada masanya kita tertelan air laut yang masin, membuatkan tekak kita rasa semacam, kerana kandungan garam dalam air laut yang tinggi. Tetapi, tahukah anda apa yang anda telan?
Seorang jurufoto, David Liittschwager yang gemar menangkap foto bersaiz makro telah mengambil foto apa yang terkandung dalam titisan air laut. Penemuan beliau menggunakan mikroskop yang membesarkan apa yang terkandung dalam air laut, sangat-sangat menakjubkan.
Ini adalah gambaran sebenar apa yang terkandung dalam air laut.
1. Larva ketam

Bersaiz sangat-sangat kecil, anthropod yang lutsinar ini belum matang tetapi sudah mempunyai organ yang mampu dikenali.
2. Diatoms
Sejenis alga yang berupa seperti kotak yang dibuat oleh silica. Dianggarkan di dalam laut ada berjuta-juta hidupan seperti ini.
3. Chaetognaths

Sejenis cacing yang mampu membesar sehingga 5 inci panjangnya. Mempunyai sistem saraf sendiri, sepasang mata, mulut yang mempunyai gigi dan organ untuk menangkap mangsa.
4. Cacing Marin

Bergerak menggunakan bulu-bulu halus di badan, hidupan polychaete ini kelihatan seperti lipan yang berbulu.
5. Cyanobacteria

Dikatakan sebagai salah satu hidupan paling primitif di bumi. Cyanobacteria mampu menggunakan cahaya untuk menghasilkan gula melalui proses yang mirip dengan fotosintesis.
6. Codepods

Sejenis zooplankton yang kelihatan mirip dengan udang, codepods mempunyai sistem saraf sendiri yang mampu membantu mereka mengelakkan bahaya.
7. Telur ikan

Jangan terkejut pula banyak telur ikan berlegar dalam air laut. Kebanyakan spesis ikan melepaskan tak terkira banyak telur ke dalam air setiap hari, majoritinya akan di makan. Oleh siapa? Kami pun tak pasti.
Dikatakan, gambar itu diambil dari spesimen yang hanya lebih setengah inci lalu dibesarkan 25 kali ganda dibawah mikroskop. Bayangkan dalam setengah inci, ada beribu hidupan lain yang tak pernah kita sangka ada.
Masya Allah.
Sumber : https://sempoimedia.blogspot.my

loading...
Related Posts :
Jangan Tidur Menghadap Kipas Angin, Padah Kesannya! Pada musim panas seperti hari ini, memanglah kalau boleh 24 jam kita ingin berada depan kipas ang… Read More...
Pakar Sakit Puan Ini Pesan 24 Perkara Jika Mahu Sihat Dan Berjaya. Kaum Wanita Wajib Baca Ni! Wanita sememangnya cukup bertuah. Mereka mempunyai banyak sumber pahala untuk membantu kaki melan… Read More...
Tangan Luka Terkena Pisau Dan Pendarahan Tak Berhenti, Aplikasi Dua Bahan Dapur Ini Dengan Pantas! Adakalanya nasib tak menyebelahi kita, ketika memasak kita terhiris tangan sekali dan ini menyeba… Read More...
Guna Tiga Ramuan Lemon Ini Jika Mahu Hancurkan Batu Karang Sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang, kesakitan yang berdenyut-den… Read More...
Turunkan Kadar kolestrol Dengan Ramuan Tradisional Ini. Cuma Guna 4 bahan Semula jadi Ini Sahaja Kurus, muda dan sihat bukan jaminan anda tidak akan menghadapi masalah kolestrol. Justeru kena ha… Read More...
ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat ayo gabung di fanspoker
ReplyDeleteditunggu apa lagi mari segera bergabung dengan kami ya ^^