"Dari Hutang Keliling Pinggang, Kini Mampu Berniaga Kembali", Perkongsian Mengenai Ganjaran Bagi Orang Yang Bersedekah

Kongsikan di


Kesusahan yang melanda diri, bukanlah satu penghalang untuk kita berbuat baik, lagi-lagi untuk mengeluarkan sebahagian wang bagi membantu mereka yang lebih memerlukan. Kita sering kali terlupa, kerap mengatakan diri sudah terlalu susah, tapi lupa, bahawa ada lagi insan lain yang mengalami lebih banyak dugaan dan kesusahan hidup.

Seperti dalam lirik lagu, Syamsul Yusof dan Mawi, Kalah Dalam Menang, yang berbunyi, "Orang kita ha kata nak senang kena banyak simpan duit, tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit, sedekah, amal jariah, senyuman itu juga satu dakwah" dan ianya terbukti di mana, 3 amalan yang di bawa mati adalah, sedekah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh.

Dalam erti kata lain, walaupun kita hanya mampu untuk memberi sedekah dengan nilai yang kecil sekali pun, tetapi yakinlah, kelak apa yang kita akan perolehi, besar ganjarannya. Admin ingin kongsikan kisah sedekah ini, di mana dengan amalan ini, kehidupan seorang insan berubah menjadi lebih baik. Jom kita baca, nukilan saudari Khadijah Tahirah Seikh Salim ini.


Cerita Ini Jadi Pada Seorang Kenalan Yang Buat Business. Pangkat Akak Pada Saya.

*Sedeqah penolak bala'.
*Sedeqah pembuka rezeki.
*Sedeqah menyucikan hati.

Mulanya nak tolong orang saja, niat dia murni.

Orang dalam kesempitan datang minta tolong, kesempitan yang teramat sangat. Tak sampai hati dia nak tolak.

Tapi lain pula jadinya. Dia kena tipu. Dijadikan kambing hitam.

Nama dia digunakan untuk buat pinjaman bank. Lepas tu yang meminjam tu hilangkan diri.

Dipendekkan cerita akak ni akhirnya terbeban dengan hutang keliling pinggang.Ratus ribu juga hutang dia.

Bermulalah episod hitam. Dikejar along. Anak kena ugut simbah acid. Business makin teruk.

Akhirnya kedai terpaksa tutup.

Hidup dalam ketakutan.

Sedih sangat, telur dadar 3biji kongsi satu family.

Macam tu sekali dugaan.

Macam-macam dia try. Tapi tak da yang menjadi.


Last-last dia jumpa orang alim. Minta nasihat.

Orang alim ni nasihatkan, bersedeqah. Keluarkan sedeqah setiap hari.

Makan pun bercatu, ni nak bersedeqah pulak. Mana ada duit.

Orang alim ni cadangkan bagi makanan pada binatang setiap hari.

Waktu pagi, permulaan hari, time ni paling bagus menjemput rezeki.

Antara contoh senang, tabur beras bagi burung merpati makan.

Akak ni balik. Tak cari beras. Dia beli makanan kucing. Makanan kucing dipeket kecik-kecik.

Standby dalam beg tangan. Mana mana dia pergi dia bawa.

Jumpa kucing terbiar dia buka peket, bagi makan.

Lama dia buat. Berterusan dia buat.

Subhanallah perlahan-lahan ada perubahan.
Dia dapat banyak panggilan untuk urut( akak ni bisnes spa)

Then dia bertukar buat mobile spa.


Sikit-sikit hutang beransur dibayar. Ambil masa bertahun ni.

Perit hati, duit orang lain guna, hutang kita kena bayar.

Still dia syukur sebab anak perempuan dia tak diapa-apakan.

Sampai akhirnya dia berjaya buka perniagaan berpremis semula. Hebat sangat.

Memang dia tak percaya boleh langsaikan semua hutang. Boleh bangkit kembali.

Kalau fikirkan kudrat dia semata, memang tak masuk akal!


Inilah POWER OF SADDAQAH!

*Kalau rezeki tersekat-sekat. Kemelut kewangan tak berkesudahan.
*Berhajat inginkan anak. Atau ada apa apa hajat.


*Bersedeqahlah. Bersedekah cara simple, bagi haiwan makan.

P/s: Jangan kita sempitkan konsep sedeqah hanya pada wang ringgit. Jangan kita sempitkan konsep sedeqah pada nombor yang besar-besar saja
loading...

0 Response to ""Dari Hutang Keliling Pinggang, Kini Mampu Berniaga Kembali", Perkongsian Mengenai Ganjaran Bagi Orang Yang Bersedekah"

Post a Comment

Didakwah