Setiap manusia yang dijadikan oleh Allah SWT secara berpasangan adalah kerana bagi memenuhi naluri dan fitrah semulajadi manusia yang suka berkasih sayang. Lalu, hal pernikahan menjadi sesuatu yang sangat diidamkan oleh umat manusia, kerana melaluinya akan diperoleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.
Namun, di sebalik fitrah itu Islam turut menyarankan beberapa ciri penting dalam memilih pasangan hidup. Terutamanya bagi golongan lelaki untuk mencari pemilik rusuk kiri mereka.
Bagi golongan wanita, Rasulullah SAW telah mengenakan syarat pemilihan jodoh; hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan dan kemuliaan wanita semenjak dilahirkan sehinggalah dalam bab memilih pasangan hidup.
“Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.”Hadis Riwayat Abu Hatim al-Muzani
Manakala bagi lelaki pula, Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Dengan itu, Baginda telah mengajarkan umatnya beberapa ciri dalam memilih wanita untuk dinikahi, iaitu;
• Agamanya
• Hartanya
• Keturunannya
• Kecantikannya
• Hartanya
• Keturunannya
• Kecantikannya
Keempat-empat faktor tersebut adalah ciri yang ideal dalam memilih seseorang wanita sebagai pedamping hidup. Pun begitu, aspek ketinggian agamanya menjadi unsur terpenting dalam menjadikan keluarga tersebut lebih sakinah mawaddah warahmah. Hal ini jelas ditegaskan oleh Rasulullah SAW agar seorang lelaki itu memilih wanita yang mengamalkan agama Islam bagi menjanjikan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam, tetapi beragama adalah lebih baik.”Hadis Riwayat Ibnu Majah
Sekiranya seseorang lelaki itu lebih mengutamakan tiga ciri yang lain tanpa mementingkan agama wanita tersebut, dikhuatiri akan menimbulkan lebih kesengsaraan berbanding kebahagiaan.
Hal ini kerana mencari wanita solehah tentulah berada dalam kelompok yang bijak memelihara kecantikannya untuk suaminya sahaja, pandai menjaga harta dan keturunannya. Jadi, sudah tentu ciri-ciri tersebut ada pada wanita yang bergama.
“Sesungguhnya dunia ini adalah suatu tempat keseronokan dan sebaik-baik keseronokan itu ialah wanita yang solehah.”Hadis Riwayat Muslim dan Nasa’i
Jadi, pernikahan bukanlah hanya untuk mengejar keseronokan dan kepuasan sahaja tetapi untuk memburu redha dan pahala Allah semata-mata. Pedamping yang baik dan solehah bakal membantu sesorang lelaki itu mendekatkan diri kepada Allah, bukanlah sebaliknya. Bertuahlah mereka yang memiliki wanita-wanita ini.
Tapi harus diingat, wanita yang baik dan beragama ini pula sudah tentukan Allah SWT sediakan hanya untuk gerangan lelaki yang baik juga. Sesungguhnya lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik.
Oleh itu, kaum lelaki juga seharusnya mendidik dan mempersiapkan diri sendiri dengan segala kebaikan demi dipasangkan dengan wanita yang solehah.
Dengan itu, lahirlah generasi zuriat yang mencintai Allah dan rasulNya, bahkan mengembangkan keindahan Islam selamanya. Amin.
Dengan itu, lahirlah generasi zuriat yang mencintai Allah dan rasulNya, bahkan mengembangkan keindahan Islam selamanya. Amin.
Sumber: tazkirah.net
loading...
0 Response to "Dinikahi Wanita Solehah Kerana 4 Perkara Ini"
Post a Comment