10 Fakta Ringkas Berkaitan Sihir Perosak Keluarga

Kongsikan di


Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia…”
Surah al-Baqarah: 102
Sihir telah wujud sejak lama dulu. Sehingga kini ia masih tetap wujud. Begitulah syaitan tidak pernah berhenti menyesatkan dan mendatangkan huru-hara di kalangan manusia. Manusia sentiasa diperdaya dengan dunia yang sementara. Fakta ringkas ini adalah sebagai peringatan agar diri tidak terjebak dengan kebencian yang akhirnya dilaknati Allah.

1# Perjanjian Si Tukang Sihir Dengan Iblis

Sihir merupakan perjanjian di antara si tukang sihir dengan syaitan di mana si tukang sihir melakukan perbuatan yang dilarang bagi mendapatkan bantuan syaitan untuk menunaikan permintaan si tukang sihir.

2# Sihir Pemisah Hubungan Kekeluargaan

Sihir digunakan untuk memisahkan hubungan keluarga atau dua individu, mendatangkan rasa cinta, menampakkan kepada dirinya objek-objek tertentu, mendatangkan gila, mendatangkan penyakit dan memusnahkan perkahwinan.

3# Semakin Teruk Iman Si Tukang Sihir, Semakin Disuka Syaitan

Semakin teruk keimanan si tukang sihir, maka semakin mudahlah syaitan menuruti perintah si tukang sihir. Ini kerana syaitan memperolehi apa yang dimahukannya dengan melakukan apa yang dilakukan oleh si tukang sihir.

4# Sihir Menimbulkan Kebencian

Hubungan tukang sihir dan syaitan adalah berasaskan kepada kebencian. Maka kesannya bukan sahaja kepada orang yang disihir, malah ia akan memberi kesan kepada si tukang sihir dan seluruh keluarganya walaupun si tukang sihir tidak menyedarinya.

5# Sihir Penyebab Manusia Bermusuh-musuhan

Dalam surah Ali Imran ayat 91, Allah berfirman yang bermaksud,
“Sesungguhnya syaitan-syaitan itu menghendaki supaya berlaku di kalangan kamu permusuhan dan benci-membenci.”
Ini bermaksud syaitan berjaya menggoda orang yang berjumpa tukang sihir dan juga si tukang sihir supaya menimbulkan kebencian antara orang yang mahu disihir.

6# Sihir Sejenis Penipuan

Ada penipu yang mengambil kesempatan dari kebencian ini untuk memecah-belahkan sesebuah keluarga dengan mendakwa penyakit yang mengenai pesakit berpunca dari buatan orang terdekat atau dengan menyebut nama individu tertentu. Lebih teruk lagi jika pesakit sebenarnya bukan sakit disebabkan sihir. Si penipu pula mencadangkan pesakit membalas balik dengan sihir. Maka jadilah mereka sama-sama menjadi sekutu kepada syaitan dan dilaknat Allah.

7# Sihir Merosakkan Aqidah

Kerosakan akidah akibat perbuatan sihir ada disebut oleh Rasulullah SAW,
“Sesiapa yang mendatangi ahli sihir maka sesungguhnya dia telah mensyirikkan Allah.”
Riwayat Imam Muslim

8# Nabi SAW Juga Tidak Terlepas Dari Disihir

Ada percubaan untuk mengenakan sihir ke atas Nabi Muhammad. Nabi kemudian memerintahkan para sahabat untuk mencari barang sihir tersebut dan Nabi telah sembuh. Nabi memberitahu tentang dua orang (malaikat) datang mengubati baginda dengan ayat-ayat al-Muawwizat iaitu ayat pelindung sihir. Ayat-ayat al-Muawwizat juga dikenali sebagai 3 Qul yang terdiri daripada surah Al-IkhlasAl-Falaq, dan An-Naas.

9# Hanya ALLAH SWT Yang Maha Tahu

Sihir yang dilalui oleh Nabi Muhammad bukanlah seperti sihir yang kita dengar dan lihat pada masa ini. Nabi cuma merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap dirinya. Nabi sendiri tidak tahu dirinya disihir sehinggalah Jibril menyampaikan kepada baginda akan hal tersebut.
Oleh itu, adalah mustahil untuk seseorang mengetahui bahawa orang lain telah disihir. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka berhati-hatilah dalam mengikut amarah yang hanya akan mengundang bisikan syaitan.
Ingatlah bahawa iblis, jin dan syaitan pernah berikrar untuk menyesatkan anak Adam. Mereka mahu manusia turut sama dilaknati Allah sebagaimana mereka dilaknati Allah.
Hiasi diri dan ahli keluarga dengan bersama-sama mendekatkan diri kepada Allah. Perbanyakkan bacaan Al-Quran dan hindari diri dari perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah. Mohonlah agar diri selalu berada di bawah lindungan Allah.

 Sumber : tazkirah.net

loading...

0 Response to "10 Fakta Ringkas Berkaitan Sihir Perosak Keluarga"

Post a Comment

Didakwah