Amalan sunnah adalah amalan yang dapat melengkapi kekurangan amalan wajib, salah satunya ialah berpuasa sunat seperti yang diajar oleh Baginda Nabi saw. Tahukah anda, terdapat pelbagai jenis puasa sunat yang boleh kita lakukan dalam setahun. Jika tak mampu nak buat semua, janganlah ditinggal semua. Buat sekali setahun pun dah bagus.
Berikut adalah beberapa jenis puasa sunat yang boleh dilakukan sekali setahun;
#1 – Puasa Isnin dan Khamis
Dari Aisyah r.anhu beliau berkata,
“Rasulullah saw biasa memilih untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.”Hadis Riwayat an-Nasai’e no. 2360 dan Ibnu Majah no.1739.
#2 – Puasa Tiga Hari Setiap Bulan Hijrah
Dari Abu Dzar, Rasulullah saw bersabda padanya,
“Jika engkau ingin berpuasa tiga hari setipa bulannya, maka berpuasalah pada tanggal 13, 14 dan 15 (dari bulan Hijrah).”Hadis Riwayat Tirmizi no.761 dan an-Nasai’e no.2424.
#3 – Puasa Nabi Daud
Cara melakukan puasa Nabi Daud adalah sehari berpuasa dan sehari tidak.
Rasulullah saw bersabda;
Rasulullah saw bersabda;
“Puasa yang paling disukai oleh Allah adalah puasa Nabi Daud. Solat yang paling disukai Allah adalah solat Nabi Daud. Baginda biasa tidur separuh malam, dan bangun pada sepertiganya, dan tidur pada seperenamnya. Baginda biasa berbuka sehari dan berpuasa sehari.”Hadis riwayat Bukhari no.3420 dan Muslim no.1159.
#4 – Puasa Di Bulan Sya’aban
Aisyah r.anhu berkata,
“Nabi saw tidak berpuasa pada satu bulan yang lebih banyak dari bulan Sya’aban. Nabi saw biasa berpuasa pada bulan Sya’aban seluruhnya.”Hadis riwayat Bukhari no.1970 dan Muslim no.1156.
#5 – Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal
Nabi saw bersabda,
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.”Hadis Riwayat Muslim no.1164.
#6 – Puasa Di Awal Zulhijjah
“Rasulullah saw biasa berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), berpuasa tiga hari setiap bulannya…”Hadis Riwayat Abu Daud no 2437.
#7 – Puasa Hari Arafah
Puasa Arafah dilaksanakan pada 9 Zulhijjah.
Abu Qatadah al-Ansari berkata,
Abu Qatadah al-Ansari berkata,
“Nabi saw ditanya mengenai keutamaan puasa Arafah? Baginda menjawab, ‘Puasa Arafah akan menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.’ Baginda juga ditanya mengenai keistimewaan puasa Asyura? Baginda menjawab, ‘Puasa ’Asyura akan menghapus dosa setahun yang lalu’.”Hadis riwayat Muslim no. 1162.
#8 – Puasa Asyura
Hari Asyura ialah hari ke-10 dalam bulan Muharram. Dan, digalakkan untuk mengiringinya dengan berpuasa 1 hari lagi sama ada sebelum atau selepas 10 Muharram itu agar tidak menyamai puasa orang Yahudi dan Nasrani yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja.
Nabi saw bersabda,
“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah – Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.”(Hadis riwayat Muslim no.1163).
Demikianlah beberapa jenis puasa sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah saw untuk dilakukan. Namun demikian, kita boleh memilih sama ada ingin melaksanakan ataupun tidak, kerana tiada paksaan serta larangan atau dosa sekiranya kita tidak melakukannya.
Buat sekali dalam setahun pun sudah memadai, insya-Allah mudah-mudahan kita akan terbiasa dengan amalan berpuasa sunat ini. Wallahua’lam
Sumber : tazkirah.net
loading...
0 Response to "8 Puasa Sunat Peluang Yang Amat Bernilai Setiap Tahun"
Post a Comment