Cinta Dalam
Islam. Adakah Kaum Muda Memahami?
Bercinta dan perasaan cinta mungkin sesuatu yang sukar dielakkan pada
zaman ini. Dengan kemudahan teknologi perhubungan, hampir mustahil pemuda dizaman
ini tidak bercinta, walaupun sekurang – kurangnya hanya dengan ber-sms.
Kali ini tajuk yang ingin dibincangkan adalah mengenai cinta di dalam
Islam. Adakah kita, kaum muda memahami cinta yang dianjurkan di dalam Islam?
Cinta Dalam Islam
Cinta harus diungkapkan dengan baik dan benar sesuai dengan ukurannya.
Jika tidak, boleh merosakan.
Aturan cinta dan kasih sayang ini perlu dipelihara, sehingga boleh
terpelihara dan keindahannya selalu terjaga serta menjadi benteng yang kukuh.
Contohnya, lihat pada pasangan suami-isteri. Cinta dan kasih sayang
boleh menjadi benteng yang sangat kuat untuk menghadapi cubaan dan ujian dari
Allah.
Bila kita mampu menjaga kehadiran rasa sayang dan
cinta, kita akan memiliki perlindungan yang terbaik untuk menghadapi tentangan
besar dan badai kehidupan.
Namun, seringkali manusia tidak mengetahui hikmah yang tersembunyi di balik sebuah cubaan dan
ujian. Lebih lagi apabila seorang manusia telah menggunakan egonya.
Biasanya mereka akan kalah dan cenderung mempesoalkan tentang ujian dan
cubaan yang menimpanya.
Contohnya ketika seseorang meluahkan perasaannya kepada orang yang
disukainya. Kemudian mereka yakin bahawa hubungan mereka akan berjaya ke
jinjang pelamin.
Namun, mereka putus di tengah jalan.
Fenomena ini biasa terjadi dalam masyarakat, tetapi kita seringkali
sukar menghadapinya. Bila tidak berhati-hati, boleh menyebabkan kekecewaan dan
mempengaruhi hingga ke sendi-sendi kehidupan seseorang.
Sering kalahnya manusia dalam ujian percintaan
merupakan kes yang biasa mendera kaum muda.
Padahal, generasi muda sangat diharapkan oleh masyarakat sebagai agen
perubahan. Sangat sayang apabila mereka hilang dalam
perjuangan zaman, hanya kerana urusan cinta dan kasih sayang.
Kegagalan menjaga rasa cinta. Mereka hanya tidak mampu menguruskan
fitrah yang sangat mendasar ketika menghadapi ujian kehidupan.
Ketika kaum muda putus cinta, seolah-olah putus segala harapan untuk
mendapatkan kasih sayang dari jantina berlawanan. Padahal tidak.
Kesempatan mereka untuk mendapatkan kasih sayang dalam koridor yang sebenar
masih terbuka lebar.
Meskipun begitu, sebaiknya kita mengharapkan cinta dan kasih sayang dari
Allah. Cinta dan kasih sayang tertinggi dan terbaik dibandingkan cinta dan
kasih sayang dari manapun.
Kita seharusnya selalu berprasangka positif terhadap Allah.
Sehingga mampu menjadikan kita menerima kenyataan apabila ungkapan cinta dan
kasih sayang terhadap sesama kita terputus di tengah jalan.
Kita juga jangan sampai kehilangan pegangan hidup, iaitu Islam.
Bagaimana pun, sesuatu yang kita peroleh adalah hasil terbaik yang diberikan
Allah.
Meskipun pada awalnya kita tidak memahami dan merasa sakit,
tetapi apabila kita percaya bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik, kita
akan ikhlas menerimanya.
Bagaimana memelihara dan mengelola perasaan cinta dan kasih sayang yang
baik terhadap pasangan?
Biasanya, sebelum berumah tangga, para pemuda & pemudi selalu mendesak
dan seakan terdesak untuk segera menikah. Tetapi, setelah berumah
tangga, akan terasa hambar kerana semuanya sudah diketahui dan terbuka.
Impian yang pernah dicita-citakan sebelum bernikah dahulu, seringkali
kandas dalam pertikaian, kekerasan dalam rumah tangga, dan penceraian.
Dalam hal ini, ada kegagalan dalam menjaga cinta dan kasih sayang.
Bagaimana
Rasulullah mengajar cinta dalam Islam?
Rasul sendiri selalu memberikan kehangatan kepada isteri-isterinya,
terutama Aisyah. Beliau selalu bermain serta memuji Aisyah. Sederhana dan mudah
dipraktikkan untuk memelihara kehangatan.
Contohnya dengan mengamalkan untuk mencium isteri 3 kali dalam sehari.
Tidak perlu sembunyi-sembunyi. Kalau boleh, dihadapan anak-anak agar mereka
boleh melihat ibubapanya yang bahagia.
Rasul juga selalu mencontohkan untuk menyampaikan kata-kata yang baik
kepada isteri setiap hari seperti, “Kamu cantik sekali hari ini.”
Rasul mencontohkannya dengan selalu memanggil Aisyah dengan jolokan si
“pipi merah”.
Ekspresi seperti ini, walaupun nampak mengada-ngada, tetapi ia merupakan
doa yang terungkap dari dalam hati.
Tidak perlu membelikan alat-alat kecantikan yang mahal agar isteri
menjadi semakin cantik dari hari ke hari. Cukup dengan memujinya setiap hari,
maka isteri akan kelihatan lebih cantik, meskipun semakin tua dari hari ke
hari.
Kerana kecantikan isteri ada di dalam hatinya.
Amalan baik ini akan selalu dilihat oleh Allah. Allah berjanji apabila
ada hambanya yang melakukan kebaikan dengan berusaha memelihara kasih sayang
dan menjaga cinta sebagai seorang suami kerana Allah, Allah akan semakin
mendekatinya.
Bila hambanya mendekati dengan berjalan, Allah akan menjemputnya dengan
berlari. Janji ini sepatutnya dijadikan motivasi bagi kita untuk selalu menjaga
keluarga kita sebaik-baiknya.
Sumber : akuislam
loading...
0 Response to "Cinta Dalam Islam. Adakah Kaum Muda Memahami?"
Post a Comment