Ditolak
Itu Sangat Menyakitkan. Bagaimana Mengawal Perasaan Saat Kita Ditolak?
kehidupan ini sentiasa ada penolakan.
Kita semua pernah ditolak.
Saat kita ditolak itu sungguh
sakit rasanya. Bukan?
Dan kebanyakkan orang tidak dapat
menerima penolakan dengan baik.
Kita kena akui itu. Saya juga
tidak terkecuali.
Sememangnya semua orang
akan dikecewakan dalam pelbagai sudut disepanjang kita hidup ini.
kita tidak dapat lari.
Anda mungkin mengalami penolakan bila memohon kerja,
meminang seseorang dan dalam cinta, atau mungkin meminta kenaikan gaji dari bos
anda.
Kadang-kadang, proposal atau idea
kita dalam perbincangan ditolak mentah-mentah, tanpa didengar terlebih dahulu.
Saya tahu itu adalah pengalaman
yang pahit untuk dilalui, namun bersyukurlah kerana itu adalah salah satu
pelajaran yang Allah ingin berikan kepada kita.
Ya, pelajaran.
Supaya kita dapat mengenal
realiti kehidupan yang sebenar dan belajar sesuatu daripadanya untuk kehidupan
kita pada masa hadapan.
Yang paling penting, jangan
biarkan pengalaman pahit ini menjejaskan kebahagiaan yang kita rasakan selama
ini.
Terimalah penolakan itu dengan
baik sebagai salah satu cabaran hidup, dan sentiasa jangan berputus asa untuk
mencari jalan baru dalam mencapai kehidupan yang lebih baik.
1.
Ambil masa untuk tenangkan diri
Jika anda merasa sedih apabila ditolak, itu perkara normal.
Tiada salahnya kita kita sedih.
Ambillah masa untuk tenangkan diri. Cari tempat yang aman, tarik nafas
dalam-dalam dan duduk diam-diam menikmati suasana.
Tetapi jalan lama-lama dalam
bersedih, hanya ambil sedikit masa untuk memberikan kelegaan kepada hati kita.
Let it go.
Kita juga boleh melakukan
perkara-perkara yang menyeronokkan untuk melupakan kekecewaan seperti bermain
video game, membaca buku, menonton filem, dan keluar dengan rakan-rakan.
Yang penting kita mampu tenang
dan tidak membiarkan kemurungan menyelubungi kita.
Pada pengalaman saya, perkara yang terbaik untuk menenangkan hati adalah dengan berwuduk dan melakukan
solat sunat. Selepas itu, bacalah surah Yassin.
InsyaaAllah, selepas itu anda
akan merasakan ketenangan yang diperlukan.
2.
Jangan simpan dalam hati
Ada masanya dalam hidup ini, kita ditolak disebabkan oleh masa
yang silap.
Jika kita mengajak seseorang
untuk keluar makan, sedangkan dia sudah pun makan, memanglah mereka akan
menolak. Jika kita ingin meminjam wang dari kawan kita, sedangkan pada waktu
itu dia juga memerlukan wang, pastinya permintaan kita akan ditolak,
Sesetengah penolakan memang tiada
kaitan pun dengan diri kita.
Oleh itu jika kita dikecewakan,
bukan bermakna orang tidak menyukai atau berkira dengan kita, tetapi ia
mungkin berkaitan masa yang tidak sesuai.
3. Kembangkan fikiran
positif apabila ditolak
Ini adalah point yang paling penting dan diperlukan.
Mungkin sukar pada
awalnya sebab kita lebih cenderung untuk berfikiran negatif. Syaitan juga
giat meniupkan ‘fikiran jahat’ semasa kita kita sedang kecewa kerana hati kita dalam keadaan yang tidak stabil.
Namun, insyaaAllah kita sebagai
orang Islam yang beriman pasti dapat melakukannya. Sebab itulah kita digalakkan
untuk bersangka baik dalam setiap perkara, termasuklah apabila kita mengalami
kekecewaan apabila ditolak.
Bercakaplah kepada diri sendiri
dengan positive. Contohnya:
o “Dia
tidak menjemput saya ke majlis kesyukuran di rumahnya mungkin kerana dia
terlalu kalut sehingga terlepas pandang untuk menjemput saya”
o “Dia
menolak lamaran saya kerana kami tiada banyak persamaan. Mungkin timbul masalah
dimasa hadapan jika dia menerima saya. InsyaaAllah, Allah akan jodohkan saya
dengan orang yang sesuai dan lebih baik lagi”
o “Kertas
kerja saya ditolak kerana ada beberapa perkara perlu ditambahbaik lagi.
InsyaaAllah saya akan berusaha lagi”
Secara tidak sedar, kita akan
mendidik hati untuk tidak bersedih dan menjadi lebih kuat lagi. Latih minda
untuk lebih fokuskan kepada kepada kebaikan dan kelebihan diri kita.
Pemikiran negatif hanya akan
melemahkan kita dan memerangkap kita dalam kesedihan.
4. Kita perlu tahu bahawa
semua orang pernah ditolak
Terdapat 6 billion umat manusia di atas muka bumi ini. Kita semua
cantik, unik dan berbeza.
Pasti ada saatnya kita diperlukan
dan pasti ada masanya kita ditolak. Disingkirkan. Direject.
Semua orang pernah mengalaminya.
Pasti!
Bahkan Nabi Muhamad sendiri
ditolak ketika berdakwah di Thaif.
Robert Kiyosaki dan J.K Rowling
juga pernah ditolak manuskrip mereka oleh penerbit buku.
Oleh itu jangan terperangkap
dengan permainan emosi. Ini adalah perkara biasa dalam realiti kehidupan.
Janganlah kita terlalu mengikut
perasaan sehingga sanggup menyalurkan kesedihan kita dengan perkara yang
merosakkan seperti makan berlebihan, merokok dan mencederakan diri sendiri.
Banyakkan istigfar – InsyaaAllah
dengan mengingati Allah kita pasti sentiasa waras dan bersikap wajar dalam
setiap tindak tanduk kita.
5. Sentiasa yakin dengan
diri kita dan apa yang telah Allah tetapkan
Belajarlah untuk sentiasa yakin
dengan diri kita.
Yakinilah bahawa setiap orang
sentiasa menerima kita apa adanya, dan sentiasalah cuba untuk menjadi yang
terbaik boleh kita lakukan. Libatkan diri dengan hobi dan aktiviti yang kita
suka. Bergembira dan ketawalah.
Simpanlah dalam hati dan fikiran
kita bahawa setiap penolakan saya kita terima itu adalah telah ditakdirkan oleh
Allah. Semua itu pasti bersesuai dengan kehidupan kita.
Mungkin Allah sedang melatih
kita bersedia menghadapi perkara yang bercanggah dengan harapan.
Luqman Al-Hakim berpesan kepada
anaknya, “Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu
menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakana dalam hatimu, itu adalah
yang terbaik untukmu..’
Allah s.w.t menjamin akan
memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri
sendiri, dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan.
Penutup: Ditolak itu bukan masalahnya, tetapi bagaimana kita
mengawal perasaan apabila ditolak itu
Penolakan bukan masalah sebenar
yang dihadapi oleh kebanyakkan orang. Yang menjadi masalah disini adalah
bagaimana kita mampu mengawal diri kita disaat kita ditolak itu.
Cubalah bersikap wajar, tenang
dan seimbang.
Jangan berasa lemah dan rendah,
walaupun anda seakan-akan kehilangan keyakinan diri, dan sudah berputus asa.
Allah tidak pernah lalai. Setiap
kali penolakan yang kita terima, pasti ada ibrah atau pelajaran berharga.
Antaranya:
o Allah
ingin melatih mental untuk bersedia menghadapi realiti kehidupan
o Menerima
setiap takdir yang Allah tetapkan dan sentiasa yakin denganNya.
Tegakkan kepala, dan yakini
betapa setiap kejadian, pasti ada hikmah yang berharga yang masih tersembunyi.
menunggu masa untuk muncul. Sementara itu kita harus lapangkan dada dan
sentiasa berfikiran positif.
Sumber : akuislam
Sumber : akuislam
loading...
0 Response to "Ditolak Itu Sangat Menyakitkan. Bagaimana Mengawal Perasaan Saat Kita Ditolak?"
Post a Comment