Rasulullah
memulakan makan dengan menyebut 'bismillah ...'
Dari 'Aisyah r.a.
berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada
kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah' ). Jika dia terlupa
menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwalahu
wa akhirahu' (Dengan nama Allah yang memulai dan yang mengakhiri). " (Hadith
Riwayat Abu Dawud dan atTirmidzi.)
Dari 'Amr bin Abu
Salamah radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda
kepadaku: "Ucapkanlah Bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu
serta makanlah dari makanan yang ada di dekatmu." (Muttafaq 'alaih)
Dari Umayyah bin
Makhsyi as-Shahabi r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. (pada suatu
ketika) duduk di situ ada seorang lelaki yang makan lalu tidak mengucapkan
Bismillah, sehingga makanannya tidak tertinggal melainkan sesuap saja. Setelah
orang itu mengangkatkan sesuatu yang tertinggal tadi di mulutnya, tiba-tiba dia
mengucapkan: Bismillahi awwalahu wa akhirahu." Kemudian Nabi s.a.w. ketawa
lalu bersabda: "Tidak henti-hentinya syaitan tadi makan bersama orang itu.
Tetapi setelah dia ingat untuk mengucapkan nama Allah (yakni setelah membaca
Bismillah), maka syaitan tadi memuntahkan seluruh makanan yang telah ada dalam
perutnya. (Riwayat Abu Dawud dan nasa'i)
Dari Aisyah
radhiallahu'anha, katanya: "Rasulullah s.a.w. (pada suatu ketika)
hendak makan sesuatu makanan bersama enam orang sahabat-sahabatnya. Lalu
datanglah seorang A'rab (penghuni pedalaman negeri Arab), kemudian makan
makanan itu dalam dua kali suap saja. Rasulullah s.a.w. lalu bersabda:
"Sesungguhnya saja andaikata orang ini suka membaca Bismillah (sebelum
makannya tadi) nescaya makanan itu dapat mencukupi engkau semua pula (kerana
adanya keberkahan dalam makanan itu)." (Diriwayatkan oleh Imam
Tirmidzi dan dia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih).
Membaca Basmalah
sebelum makan insyaAllah boleh mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun
ada membuat perjanjian dengan Allah s.w.t, apabila Basmalah dibaca maka
bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Baca doa sebelum
makan
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya :
"Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami
dan jauhkanlah kami dari azab neraka."
Gunakan tangan
kanan (tangan kiri dilarang)
Dari Salamah bin
al-Akwa' r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran
dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: "Makanlah dengan tangan
kananmu". Lelaki itu berkata: "Aku tak boleh". Baginda menjawab,
"Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!!
Kemudian tidak dapat diangkat tangannya ke mulut." (Hadith Riwayat Muslim)
Dari Jabir r.a.
berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan)
kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya."
(Hadith Riwayat Muslim)
Makan garam secubit
sebelum makan
Mengikut cara
Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda s.a.w akan mengambil sedikit
garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah s.a.w akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah
Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah
tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan
kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan
itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia
merupakan proses pertama penghadaman.
Mengapa menghisap
garam?
Kerana garam adalah
sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari
jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari
tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling
berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam?
Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang
paling mujarab bagi keracunan. Mengikut Dr, di hospital-hospital, kaedah
rawatan mula-mula bagi keracunan adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu
GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
mengganggu manusia.
Mula makan dari
tepi (pinggir)
Dari Ibn Abbas
r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan,
maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah" (Hadith
Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)
Makan yang
berhampiran.
Sabda Rasulullah
s.a.w.: "Dan makanlah dari apa-apa yang ada di dekatmu." (Muttafaq
'alaih)
Dari Umar bin Abi
Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan
pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka
Rasulullah s.a.w berkata: "Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah
dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu." (Hadith
Riwayat Bukhari dan Muslim)
Galakan guna tiga
jari.
Dari Ka'ab bin
Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga
jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (Hadith Riwayat Muslim)
Kunyah makanan
banyak kali
Rasulullah akan
mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar
perut kita senang memproses makanan itu.
Larangan mencela
makanan dan sunat memuji makanan
Dari Abu Hurairah
r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika
Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka
Baginda tidak makan" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Jabir r.a.
bahawasanya Nabi s.a.w. meminta lauk pauk kepada keluarganya, lalu mereka
berkata: "Tidak ada yang kita punyai melainkan cuka. Beliau s.a.w. lalu
memintanya dan mulailah beliau makan serta bersabda: "Sebaik-baik lauk
pauk ialah cuka, sebaik-baik Iauk pauk ialah cuka." (Riwayat Muslim)
Makruh bersandar
ketika makan
Dari Abu Juhaifah
iaitu Wahab bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Aku tidak pernah makan sambil bersandar (muttaki')." (Hadith Riwayat
Bukhari)
Al-Khaththabi
berkata: Almuttaki' di sini ialah orang yang duduk sambil bersandar pada alas
sandaran yang diletakkan di bawahnya." Katanya: "Orang itu bukannya
berkehendak akan duduk di atas alas sandaran atau bantal-bantal seperti
kelakuan orang yang menghendaki untuk memperbanyakkan makanan, tetapi dia duduk
tegak lurus dan tidak bersandar, juga makannya itu secukupnya belaka. Inilah
yang diucapkan oleh al-Khaththabi.
Selain
al-Khaththabi mengisyaratkan bahawasanya muttaki' ialah orang yang miring
duduknya pada lambungnya yang sebelah. Wallahu a'lam.
Dari Anas r.a.,
katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan kurma sambil duduk
berjongkok." (Hadith Riwayat Muslim)
Almuq'i atau duduk
berjongkok itu ialah merapatkan kedua punggungnya ke bumi dan mendirikan kedua
betisnya.
Maka kandungan dari
hadith larangan makan sambil bersandar di atas, adalah sunnah makan sedikit dan
tidak melampaui batas yang diperlukan, tawadhu' ketika makan dan tidak boleh
menyerupai orang kafir, serta dilarang makan sambil bersandar.
Dari Anas r.a dia
berkata, "Aku pernah menyaksikan Rasulullah s.a.w duduk bertinggung sambil
makan kurma." (Hadith Riwayat Muslim)
Maka diperbolehkan
makan sambil duduk bertinggung.
Kutip makanan yang
terjatuh.
Dari Jabir r.a.,
Sabda Rasulullah s.a.w., "Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang
dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan
jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan
kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada
makanannya, bahagian mana yang terdapat keberkatan" (Hadith Riwayat
Muslim)
Jilat jari setelah
selesai
Dari Ibn Abbas r.a.
berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah
selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih
dahulu) atau menyuruh orang lain melakukannya" (Hadith Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Dari Ka'ab bin
Malik r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan dengan
menggunakan tiga jari. Kemudian setelah beliau selesai lalu menjilatinya."
(Riwayat Muslim)
Dari Jabir r.a.
bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyuruh untuk menjilati jari-jari dan piring dan
beliau bersabda: "Sesungguhnya engkau semua tidak mengetahui di makanan
yang manakah terletaknya keberkahan itu." (Riwayat Muslim)
Doa selepas makan
Dari Abi Umamah
r.a., "Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, 'Alhamdulillahi
katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi'in'. wa la
mustaghnan 'anhu rabbana' " (Hadith Riwayat Bukhari)
الْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ غَيْرَ مَكْفِيٍّ وَلاَ مُوَدَّعٍ وَلاَ مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبَّنَا
Maksudnya :
"Sebanyak-banyak pujian bagi Allah pujian yang elok lagi berkat, tiada
yang lebih baik, tempat berserah yang paling baik, yang paling kaya daripadaNya
iaitu Tuhan kami."
Dari Muad bin Anas
r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang selesai makan,
kemudian menyebut, 'Alhamdulillah- illazi ath'amani haaza, wa razaqanihi min
ghairi haulin minni wa la quwwatin', akan diampunkan dosa-dosanya yang telah
lalu." (Hadith Riwayat Tirmidzi)
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا الطَّعَامَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ
Maksudnya :
"Segala puji bagi Allah yang memberiku makan makanan ini dan memberi
rezeki daripadanya tanpa daya dan upaya dariku."
Juga boleh baca doa
berikut
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Maksudnya :
"Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada
kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim."
Meramaikan orang
untuk makan bersama
Dari Abu Hurairah
r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan untuk dua orang
itu dapat mencukupi tiga orang sedang makanan untuk tiga orang itu dapat
mencukupi empat orang." (Muttafaq 'alaih)
Dari Jabir r.a.,
katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Makanan untuk
seorang itu dapat mencukupi dua orang dan makanan dua orang itu dapat mencukupi
empat orang, sedang makanan empat orang itu dapat mencukupi lapan orang."
(Riwayat Muslim)
Galakan bercakap
Dalam al-Adzkar,
Imam Nawawi mengatakan, “Dianjurkan berbicara ketika makan. Berkenaan dengan
ini terdapat sebuah hadits yang dibawakan oleh Jabir r.a. sebagaimana yang
telah kami kemukakan dalam “Bab memuji makanan”. Imam Abu Hamid al-Ghazali
dalam kitab al-Ihya mengatakan bahawa termasuk etika makan ialah membicarakan
hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih
dalam makanan.” (al-Adzkar hal 602, edisi terjemah cet. Sinar baru Algen Sindo)
Menurut al-Hafidz
dan Syeikhul Islam Ibn al-Qayyim rh, pendapat yang benar ialah Nabi s.a.w bercakap
dan berbual semasa makan. Dalam kitabnya alZaad (2/397), ada kalanya Nabi
bertanya apakah menu pada hari ini dan memuji menu tersebut (Hadith Riwayat
Muslim: 2052), ada kala Nabi s.a.w mengajar adab dan susila makan kepada kaum
keluarganya (Hadith Riwayat alBukhari: 5061) dan ada ketika Nabi sentiasa
menggalakkan tetamu beliau supaya menambah lauk-pauk dan minuman (Hadith
Riwayat alBukhari 6087). Adalah tidak benar meja makan menjadi tempat yang kaku
dan senyap sepi dari perbualan.
Sumber : Detik
Islam
loading...
0 Response to "Contohi cara Rasulullah makan"
Post a Comment