Usah
Bersedih Jika Anda Belum Berpunya
Ketika
ramai rakan di sekeliling anda mempunyai teman di sisi, anda masih sendiri meniti
hari yang mendatang. Tipulah jika tiada rasa cemburu kan?
Kerana
fitrah manusia ialah ingin mencintai dan dicintai. Jika anda masih
bersendirian,jangan bersedih.Kadang-kadang terlintas di fikiran kita,
“Bahagianya
dicintai dan mencintai. Bilalah aku nak rasa macam tu”
“Kenapalah
orang lain dah berteman? Aku seorang je yang single”
“Aku ni
tak cantik/kacak ke sampai tak ada orang pun nak jatuh cinta dengan aku”
“Tuhan
tak sayang aku agaknya. Sebab tu dia tak bagi aku pakwe / makwe macam
kawan-kawan aku tu”
Bila kita
bersendirian dan masih belum berpunya, bukan bermakna Allah tak sayang kita.
Sebab Allah sayang kitalah, dia beri kita masa untuk bersendirian. Allah itu
menguji kita dengan pelbagai bentuk ujian.
Mungkin kita diuji dengan
bersendirian dan tiada teman di sisi.
Kawan-kawan
kita yang berpunya itu tiada ujiankah?
Mereka
juga sedang diuji. Dalam percintaan tidak selamanya bahagia sahaja.Adakalanya
mereka bergaduh,berpisah dan sebagainya. Nampak tak ujian yang Allah turunkan
itu berbeza buat hambaNYA?
Apabila
kita bersendirian,kita dapat menghindarkan perkara-perkara yang menjerumuskan
kita ke lembah dosa.
Kita takkan terjebak dengan zina mata dan zina hati.Kita takkan terlibat dengan
belenggu perasaan.
Tak perlu
rasa bimbang jika kekasih hati berubah hati.
Mungkin
anda belum berteman kerana anda belum bersedia. Bercinta bermakna anda perlu
bersedia untuk dicintai dan bersedia untuk
dilukai. Mungkin jika anda berteman sekarang, anda tidak mampu fokus
dalam pelajaran.
Mungkin
juga jika anda berteman sekarang, emosi anda akan selalu terganggu. Sebab
itulah, Allah memberikan masa untuk anda bersendirian dan berdikari menempuh
ranjau kehidupan ini.
Kita
hanya mampu merancang kehidupan ini, tapi jangan lupa bahawa Allah adalah
sebaik-baik perancang.
Jika Allah memakbulkan doamu, itu tandanya sayangnya Allah
kepadamu
Jika Allah belum memakbulkan doamu, itu tandanya ujian Allah
buatmu
Jika Allah tidak memakbulkan doamu, itu tandanya perancangan Allah lebih baik untuk masa depanmu.
Jika Allah tidak memakbulkan doamu, itu tandanya perancangan Allah lebih baik untuk masa depanmu.
Oleh
itu,tak perlulah risau mengenai jodoh.Bila tiba dan waktu yang sesuai,anda
pasti akan bertemunya.Jodoh kita sudah tertulis sejak azali.Teruskan berdoa
semoga anda cepat bertemu jodoh yang ditentukan Allah.Yang penting teruskan
memperbaiki diri supaya kita dapat jodoh yang baik.
Sumber : akuislam
loading...
0 Response to "Usah Bersedih Jika Anda Belum Berpunya"
Post a Comment