IKLIM, atau hawa atau keadaan udara sejuk atau panas sentiasa ada di mana-mana tempat di dunia ini. Di mana kita berada di situ dia berada. Di dalam rumah atau di luar rumah. Di tempat tertutup atau di tempat terbuka di antero dunia yang luas terbentang ini.
Ia salah satu faktor penting kepada kehidupan. Baik manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, malah alam jagat itu sendiri pun. Demikianlah Allah jadikan iklim itu sebagai salah satu faktor penting kepada kehidupan dan menjadi ajen pembawa perubahan.
Sebagaimana diketahui, iklim antara sebuah benua dengan sebuah benua yang lain mungkin berbeza. Demikian juga antara sebuah negara dengan sebuah negara yang lain. Malah di antara sebuah tempat dalam sebuah negara atau negeri yang sama pun iklimnya mungkin berbeza.
Umpamanya pada waktu ini, penghujung bulan Febuari 2015, saya baru beberapa hari berada di Selangor dari Kota Bharu Kelantan, saya rasa keadaan udara di Sungai Buloh ini memang lebih panas sedikit daripada Kota Bharu buat waktu sekarang. Kalau di KB kanak-kanak mandi dengan air panas di waktu pagi, tapi di sini tidak perlu, kerana hawanya atau udaranya telah pun sedia panas.
Kepentingan Iklim
Semangnya, salah satu perkara penting yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap tumbuh-tumbuhan, binatang, manusia, malah juga peradaban ialah iklim. Akibat terpaksa menghadapi perubahan iklim, binatang-binatang menjadi lebih cerdik dan tumbuh-tumbuhan menjadi lebih kukuh. Mana-mana yang tidak dapat mengikuti perubahan iklim pula, seperti binatang-binatang raksaksa, seperti dinosaur terpakasa menemui kematian, tapi binatang-binatang yang dapat mengikuti perubahan iklim dapat hidup rata riti di seluruh dunia sampai sekarang.
Pengaruh Iklim
Di Negeri Finland yang beriklim sejuk, berat badan orang yang ebrej, ialah kira-kira 69.853225 kg, di Negeri Sepanyol yang beriklim lebih panas sedikit, berat badan orang yang ebrej ialah kira-kira 59.8741948 kg, dan di negara-negara yang berhampiran dengan Khatulistiwa yang beriklim panas, berat badan orang yang ebrej ialah tidak lebih dari 40.3697209 kg.
Tumbuh-tumbuhan juga berubah menurut perubahan iklim, pokok tomato hidup lebih subur di kawasan yang mempunyai sukatan iklim 79 darjah F di waktu malam. Batang-batang pokok memerlukan masa-masa tertentu untuk membesar, tapi bunga-bunga dan buah-buahan memerlukan masa yang lain pula.
Pada masa yang lampau, peradabaan hanya muncul di daerah-daerah yang iklimnya tidak memaksa penghuni-penghuninya menggunakan seluruh usaha dan daya tenaga mereka semata-mata untuk hidup. Biasanya peradabaan itu tumbuh di daerah-daerah yang iklimnya 70 darjah F.
Hanya kemudian, setelah manusia tahu menggunakan api, barulah mereka berpindah membuat kediaman di daerah-daerah utara dunia yang lebih sejuk iklimnya.
Sebab-sebab Perubahan Iklim
Ada berbagai-faktor yang dipercayai bertanggungjawab menimbulkan perubahan iklim dunia.
-Ada teori mengatakan perubahan iklim itu berlaku kerana berlakunya perubahan muka bumi.
-Ada sesetengah teori mengatakan kerana pengaruh arus lautan.
-Teori lain pula berpendapat kerana pengaruh ribut yang berlaku di permukaan matahari.
-Ada pula teori lain yang mengatakan kerana bertamah banyaknya pengeluaran-pengeluaran gas karbanduoksaida menerusi kilang-kilang, dapur-dapur dan sebagainya, Sedangkan pokok-pokok yang menggunakan kabanduokasaida itu kian hari kian susut kerana ditebas dan ditebang untuk membuka kawasan-kawasan baru,
Terbatas
Walau bagaimanapun pengetahuan kita tentang perubahan iklim ini amatlah terbatas sekali, namun begitu sejak bertahun-tahun yang lalu, ahli-ahli sains telah melihat beberapa kejadian perubahan iklim yang besar dan mengkagetkan sedang berlaku, iaitu iklim dunia sedang berubah menjadi panas.
Pengaruh Perubahan Iklim
Perubahan iklim itu mempunyai pengaruh yang besar terhadap dunia dan isi-isinya, bukan sahaja dari segi kehidupan, tetapi juga dari segi penduduk, ekonomi, politik, malah mungkin juga dapat merubahkan dunia seluruhnya.
Serata Tempat
Perubahan Iklim yang besar telah berlaku di serata tempat di bahagian-bahagian khutub dunia, seperti di Sweden, Norway, Alaska, Canada, Russia, Afrika dan di Amerika Selatan. Sebab-sebab perubahan iklim itu berlaku mungkin masih belum dapat dipastikan, demikian juga sejauh mana perubahan-perubahan iklim itu berlaku mungkin masih belum dapat dipastikan.
Perubahan Pesat
Mahaguru Han Ahlmann, ahli sains Sweden yang terkenal adalah seorang yang mula-mula sekali menyedari berlakunya perubahan iklim dunia ini. Menurut data-data yang dikumpulkan oleh beliau menunjukkan bahawa perubahan iklim itu berlaku dengan pesat sekali.
Menurut penyiasatan Mahaguru Harld Sredrup dari Yayasan Khutub Oslo [Pola Institute of Oslo] Norway pula menunjukkan bahawa di beberapa tempat tertentu di Pulau Greenland yang sukatan suhunya tidak pernah lebih dari satu darjah di atas zero sejak tahun 1956 telah meninggi sampai 9 atau 10 darjah di atas air mendidih.
Menurut perhatian Nahkoda John Gilaever, bangsa Norway bahawa salju yang meliputi Queen Maund yang terletak di garisan lintang zero darjah dalam Lautan Atlantik itu kian bertambah susut dan kurang.
Susut
Di seluruh dunia, ketulan-ketulan salju bertambah susut dan kurang dari masa-masa lampau. Umpamanya di puncak Gunung Andes, Peru, salju yang sentiasa menutupi kemuncaknya itu kian bertambah kurang sejak tahun-tahun kebelakangan ini.
Di Alaska, menurut penyiasatan sains keadaan salju bertambah susut dan kurang.
Demikian juga di kemuncak Gunung Mont yang terletak di perbatasan Italy dan Perancis, kemuncaknya yang diliputi oleh salju tebal itu telah menipis sebanyak sepuluh kali setahun.
Seterusnya di Sungai Rhone yang menjadi perbatasan Scandinavia dan Perancis saljunya telah mengurang sebanyak 457.2 meter dari tarikh mula-mula dilihat dahulu.
Di sesetengah tempat di Scandinavia juga, saljunya pernah mengurang daripada 3657.6 meter dan di Spitzerbergen, iaitu di kepulauan yang terletak di Artic, ketebalan dan keluasan padang saljunya telah menyusut hingga boleh dilaku perlombongan selama tujuh bulan setahun, bukan lagi selama tiga bulan seperti di masa-masa sebelumnya.
Di Russia pula kawasan-kawasan salju telah mengurang lebih daripada setengah milion batu dalam masa dua puluh tahun, iaitu dari tahun 1922 hingga tahun 1944.
Di Kanada, Alaska, Siberia, dan di Lapland yang terletak di Eropah Selatan, permukaan buminya yang selama bermilion-milion tahun telah diliputi salju itu, sejak bertahun-tahun yang lalu telah dapat digunakan untuk bercucuk tanam, kerana saljunya tidak ada lagi.
Demikian juga di Greenland yang permukaan buminya sentiasa diliputi oleh salju itu, sejak bertahun-tahun yang lalu telah dapat digunakan untuk bertanam.
Di Pulau Iceland salju yang menutup permukaan buminya selama enam ratus tahun, telah mencair beberapa tahun yang lalu, membuka padang-padang yang luas sesuai untuk bercucuk tanam.
Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, gandum telah dapat ditanam di Sweden dan Finland, di mana kira-kira tujuh belas atau dua puluh lima tahun sebelumnya tidak mungkin sama sekali dilakukan.
Perpindahan Haiwan
Perubahan-perubahan iklim itu telah pun mempengaruhi perpindahan burung-burung dan ikan-ikan.
Jauh di Khutub Selatan sejak puluhan tahun yang lalu telah dapat dilihat kehadiran burung-burung yang tidak pernah ada sebelumnya di situ.
Ikan sardin yang biasanya jarang-jarang sekali berhijrah melewati Kepulauan British, tapi sejak bertahun-tahun yang lalu didapati telah menuju ke Laut Utara dari Pantai Negara Perancis dan Portugal, malah sesetengahnya telah dapat ditangkap dekat dengan pantai Denmark.
Kian Panas
Selain itu kawasan-kawasan yang beriklim sederhana, seperti Stockholm yang terletak di Sweden sukatan suhunya telah bertambah panas.
Demikian juga di Franfort, Kentucky suhu udaranya telah bertambah panas setinggi dua darjah dan di Stuttgart, Jerman suhu udaranya telah bertambah panas setinggi dua setengah darjah beberapa tahun yang lalu.
Lain-lain Pendapat
Berbagai-bagai pendapat yang berlainan telah diberikan oleh pakar-pakar iklim berhubung dengan pengaruh iklim dunia ini.
Sesetengah pakar mengatakan bahawa dunia kian bertambah panas dan musim sejuknya kian bertambah hangat, dan iklim di kawasan-kawasan sederhana pula akan bertukar menjadi kawasan-kawasan yang panas terik seperti yang pernah berlaku. Pakar-pakar itu meramalkan dengan perubahan iklim dunia yang kian panas itu dapat mempermudahkan manusia melakukan perlombongan di kawasan-kawasan Artic dan Antartic di masa-masa akan datang. Kehilangan salju di kawasan-kawasan itu akan menimbulkan galian-galian yang banyak, seperti arang batu, timah, tembaga dan uranium yang selama ini terpendam diperutnya.
Berakhir
Menurut pakar-pakar itu juga, perubahan iklim dunia yang kian panas itu akan berakhir kira-kira pada tahun 2400. Pada masa itu semua ketulan-ketulan salju tidak akan didapati lagi di permukaan bumi dan pokok-pokok yang sekarang tumbuh di negeri-negeri panas seperti kelapa dan pinang akan menjadi tumbuh-tumbuhan yang biasa di khutub-khutub dunia di waktu itu.
Kemudian selepas itu, kata mereka iklim dunia sedikit demi sedikit berangsur-angsur menjadi sejuk kembali, sehingga timbul Zaman Air Batu Baharu meliputi seluruh permukaan bumi.
Mungkinkah sejarah dunia akan berakhir di situ?
Bagaimanakah nasib dunia dan segala isi-isinya waktu itu, semuanya dalam kekuasaan dan penentuan Allah Tuhan Semesta Alam.
Sumber : pondokrahmat
loading...
0 Response to "PERUBAHAN IKLIM YANG MENGUGGAT DUNIA"
Post a Comment