AURA KEMULIIAAN RASULULLAH S.A..W

Kongsikan di



Anas Meriwayatkan:

“Aku bersama Rasulullah s.a.w..Ketika  itu Baginda memakai selimut kasar. Seorang Arab Badwi telah menarik dengan kuatnya selimut itu menyebabkan tengkok Baginda berbekas.


“Kemudian Badwi itu berkata, “Wahai Muhammad! Letakkan harta yang diberikan oleh Allah yang ada bersama-sama kamu di atas kedua-dua unta aku ini. Kamu bukan memberikan harta mIlikmu dan bukan juga harta milik ayahmu kepadaku”.


“Rasulullah  s.a.w. diam, dan kemudian berkata, “Harta adalah milik Allah dan aku hanya hamba-Nya”

“Kemudian Baginda s.a.w. berkata lagI, “Wahai Badwi! Kamu akan dibalas berdasarkan apa yang telah kamu lakukan terhadapku”.


“Sang Badwi itu berkata, “Tidak boleh”.


“Baginda bertanya, “Kenapa?”.


“Sang Badwi menjawab, “Kerana kamu tidak akan megmbalas kejahatan dengan kejahatan”.


“Maka Rasulullah s.a.w. pun ketawa, lalu menyuruh supaya meletakkan gandum syair ke atas unta lelaki Badwi tersebut dan buah kurma di atas unta yang satu lagi”.


Dalam peristiwa lain, diceritakan seorang Arab yang datang dari pergunungan yang jauh, tanpa segan-silu dan tanpa sopan santun antara lain berkata kepada Rasulullah s.a.w. ketika memnta tambah apa yang telah diperolehinya.


Katanya, “Berlaku  adillah wahai Muhammad!”.


Dalam kedua-dua peristiwa ini Rasulullah s.a.w. tidak terkejut ataupun marah medengar kata-kata orang Arab tersebut.


Persoalannya kenapa orang Arab itu berani bersikap begitu tidak sopan kepada Baginda?


Ketika membincang perkara ini, Khalid Muhammad Khalid, [alihbahasa Abu Syauqi  Baya’sud] berpendapat, bahawa itu adalah rahsia kemuliaan dan kebijaksanaan Rasulullah yang hanya diketahui oleh mereka yang berkepentingan dengan beliau. Tegasnya orang Arab itu merasa kententeraman hatinnya sewaktu melihat wajah Baginda, dan menaruh keyakinan kata-katanya yang demikan itu tidak akan menyebabkan Baginda terkejut dan marah.


Katanya orang Arab itu tidaklah berniat untuk berlaku kurang ajar atau kasar kepada Rasulullah, tapi “ ia membaca di raut wajah mulia itu akan keadilannya dan kejujurannya yang menyinar di wajah mulia tu......”.


Tidak mungkin, orang Arab itu berkata demikian andainya Rasulullah menampilkan dirinya sebagai seorang yang suka membesar dan membangga diri sendiri, dan juga seorang yang sombong. Baginda juga tidak menanamkan rasa takut orang ramai kepada Bagnda.


Selanjutnya Baginda menegaskan, “Baginda bersifat kerakyatan, Baginda menanamkan erti murni dari demokrasi yang diistilahkan orang sekarang. Baginda adalah orang pertama-lagi pula seorang utusan Allah yang merobohkan tembok pemisah antara rakyat dan pemmpinnya, antara umat dan Nabinya, antara masyarakat dan Rasulnya......”.


Riwayat-riwayat ini dengan jelas menggambarkan kemuliaan Rasulullah s.a.w. yang memiliki segala keagungan sebagai insan pilihan yang membawa rahmat kepada seluruh alam.


Baginda seorang pengasih, penyayang dan penyabar, justeru Baginda tidak pernah membalas sebarang kejahatan yang dilakukan seseorang ke atas dirinya yang bersifat keperibadan sebagai tergambar dalam kisah di atas dan banyak lagi yang lebih besar yang tercatat dalam sirah Baginda. Sebaliknya Baginda hanya membalas segala perbuatan yang mencabul kehormatan Allah S.W.T. Ini bererti Baginda hanya membalas kerana Allah.


Demikianlah juga manusia yang sayangnya kerana Allah dan bencinya pun kerana Allah. Marah kerana Allah dan kasih pun kerana Allah. Dan semuanya kerana Allah.
Demikianlah kemurnian dan keagungan Rasullah


“Dan Kami tidak mengutus engkau [Muhammad] melainkan kepada umat manusia seluruhnya”. Saba’[34]-28.




Sumber : pondokrahmat
loading...

0 Response to "AURA KEMULIIAAN RASULULLAH S.A..W"

Post a Comment

Didakwah