6 Langkah Produktif Dan Praktikal Untuk Mengatasi Penyakit Kemurungan

Kongsikan di

Image result for 6 Langkah Produktif Dan Praktikal Untuk Mengatasi Penyakit Kemurungan


Kemurungan ialah satu keadaan yang mempengaruhi populasi individu yang semakin meningkat di seluruh dunia. Ia bukanlah penyakit yang mendiskriminasi kaum, latar belakang pendidikan, status sosial atau agama.
Walaupun tiada apa yang perlu dimalukan dengan penyakit ini tetapi pesakit yang menderita disebabkannya terpaksa menanggung secara senyap-senyap kerana rasa takut akan stigma apabila dilabel sebagai ketidakupayaan mental atau lebih dikenali sebagai penyakit gila.
Islam bukan sahaja dipandang sebagai agama tetapi ia juga adalah jalan hidup yang sempurna bagi seseorang individu kerana dapat memberi penyelesaian terbaik jika dirundung permasalahan.
Disebabkan Islam bersifat universal dan mampu menyelesaikan sesuatu masalah, kemurungan ialah salah satu penyakit yang boleh dirawat melalui ajaran Islam yang sebenar.
Sebelum itu, di sini saya ingin menekankan bahawa saya tidak akan membincangkan tentang soal anti-depressan sebagai langkah untuk mengatasi masalah kemurungan. Hal ini kerana soal anti-depressan lebih merujuk kepada bahan kimia untuk mengatasinya berbanding praktikal. Bercakap melalui pengetahuan dan pengalaman peribadi, kita akan mengkaji enam cara :

#1 – Membaca Surah An-Nas

Pada dasarnya, kebanyakan penghidap masalah kemurungan mempunyai perasaan ragu-ragu pada diri sendiri dan meletakkan harga diri mereka di paras yang rendah. Di sini saya boleh menganggap perasaan itu datangnya dari bisikan-bisikan tipu daya syaitan.
Apabila seseorang meneliti bacaan ayat dan makna Surah An-Nas , anda akan perasan bahawa surah itu merupakan doa yang kuat untuk hindarkan diri dari bisikan-bisikan syaitan.
Oleh hal yang demikian, perbanyakkanlah bacaan Surah An-Nas jika ada perasaan was-was terhadap diri . Apabila membaca surah ini, ia akan membantu dengan melindungi seseorang dan meningkatkan mood positif dan mengelakkan dari terjadinya kemurungan.

#2 – Membaca Pelbagai Doa Untuk Mengatasi Masalah Kebimbangan Dan Kesedihan

“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu, anak dari hamba-Mu, nasibku ada di tangan-Mu, telah lalu hukum-Mu ke atas ku, adil ketetapan-Mu ke atas ku, aku mohon kepada-Mu dengan perantara semua nama milik-Mu yang Engkau namakan sendiri, atau Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau Engkau ajar seseorang dari hamba-Mu, atau Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaib di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Quran sebagai penawar hatiku, cahaya dalam dadaku, penghapus dukaku dan pengusir keluh-kesahku.”(Hisnul Muslim)
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari keluh-kesah dan rasa sedih, dari kelemahan dan kelemasan, dari sifat bakhil dan penakut dan dari cengkaman hutang dan laki-laki yang menindasku.”(Hisnul Muslim)

#3 – Sukarela Dalam Menyertai Persatuan-Persatuan Amal

Ini adalah fakta yang membuktikan bahawa jika kita memberi masa untuk menggembirakan orang lain, secara tidak langsung, akan meninggalkan kesan yang baik kepada mood, wajah dan posisi seseorang.
Ini adalah formula mudah. Jika anda memberi kebahagiaan, maka kebahagiaan juga yang akan anda dapat. Sebab amal kebaikan yang diberikan bukanlah memerlukan kewangan yang besar.
Kebahagiaan itu boleh terjadi dari melakukan sukarela di rumah anak-anak yatim yang berdekatan, merancang untuk mengumpul koleksi pakaian lalu memberikan kepada mereka yang memerlukan atau memberi makanan untuk sehari.
Sekali anda memberikan keceriaan dalam hidup seseorang, InsyaAllah mood anda akan meningkat secara tiba-tiba.

#4 – Berjalan Dan Menghargai Alam Sekitar

Satu ciri utama masalah kemurungan ialah penyakit ini mempengaruhi penghidap lalu melemahkan kecergasan mental. Lazimnya, penghidap masalah kemurungan akan mengalami kemerosotan semangat untuk berinteraksi dengan masyarakat, terperangkap dalam minda sendiri, mengurung diri di dalam rumah sehingga menjejaskan minda.
Walaupun ia tidak semudah yang disangka, tetapi dengan mengambil inisiatif untuk keluar dari kepompong dengan berjalan-jalan dan menghargai alam semula jadi di depan mata mampu menaikkan semangat dan menceriakan mood.
Melalui pengalaman peribadi, saya dapat mengatakan bahawa dengan melihat keindahan ciptaan Allah SWT dan menghargai setiap perkara yang kecil seperti interaksi antara burung-burung di langit dan pemandangan di daratan, mampu menghindarkan diri dari mengalami masalah kemurungan.

#5 – Cuba Hobi Yang Baru

Ada satu pepatah Inggeris berbunyi;
‘An idle mind is the devil’s workshop’
Apabila penghidap kemurungan tidak melakukan apa-apa, dalam masa yang sama mengasingkan diri dari dunia luar, maka kemungkinan untuk mereka jatuh lebih dalam kedalam masalah kemurungan akan menjadi lebih besar .
Mencuba hobi yang baru juga salah satu cara yang efektif untuk menghindarkan diri daripada masalah kemurungan. Hobi seperti membaca buku, melayari blog-blog Islam yang interaktif, bersenam dan membaca Al-Quran merupakan antara hobi yang meningkatkan produktiviti dalam diri.
Namun, di sini saya ingin menekankan bahawa hobi-hobi seperti mendengar muzik, menonton filem atau apa-apa aktiviti yang sia-sia bukanlah dinamakan hobi.

#6 – Fikirkan Betapa Mudahnya Hidup Anda

Sekiranya anda gagal dalam melakukan langkah yang dinyatakan di atas, mungkin anda akan kecewa dan hilang rasa hormat pada diri sendiri. Namun cuba fikir tentang apa yang telah anda lalui dan bertanya pada diri sendiri,
“Bolehkah apa yang aku telah lalui selama ini dibandingkan dengan apa yang dilalui oleh Nabi Muhammad SAW?” “Adakah ujian yang aku hadap sebanyak 1% dari ujian yang Rasulullah peroleh?”
Kita cuba mengingat kembali kisah Rasulullah SAW. Baginda telah kehilangan ibu bapanya ketika masih kecil. Apatah lagi perlu menerima berita sedih tentang kematian isteri yang dicintai dan pakciknya di saat Baginda benar-benar memerlukan sokongan mereka.
Tambahan pula kisah Baginda dianiaya oleh kaum kerabatnya sehingga dibuang dari tanah airnya sendiri. Jadi, apa yang anda alami adakah setimpal dengan apa yang telah dilalui oleh Baginda?
Akhir sekali ingin saya suarakan di sini, bukan mudah seperti yang disangka untuk melawan penyakit kemurungan dari dalam diri kita. Namun, InsyaAllah, dengan perasaan yang benar-benar tekad dan penuh keikhlasan, langkah-langkah yang dinyatakan di atas akan dapat membantu dalam perjuangan mengubati penyakit kemurungan.
Sumber : tazkirah.net

loading...

1 Response to "6 Langkah Produktif Dan Praktikal Untuk Mengatasi Penyakit Kemurungan"


  1. bingung mau ngapain
    mari bergabung dengan kami difans poker

    ReplyDelete

Didakwah