Penyelidikan terbaharu sekali lagi membuktikan cili boleh membantu mengurangkan berat badan dengan mempercepatkan metabolisme. Ia mendapati capsaicin, bahan yang menyebabkan cili berasa pedas, boleh membantu membakar lemak dalam tubuh.
Cili Bantu Kurangkan Berat BadanGodaan menikmati makanan berlemak dan bergula terlalu kuat sehingga ramai tidak dapat menolak hidangan itu walaupun cuba mengurangkan kalori. Kini, penyelidikan percaya capsaicin boleh memberi penyelesaian kepada masalah itu, dengan mempercepatkan metabolisme tanpa perlu mengamalkan diet ketat.
Penyelidik Universiti Wyoming mendapati capsaicin merangsang tubuh untuk membakar tenaga dan mewujudkan kepanasan, proses dikenali sebagai thermogenesis, iaitu pembakaran kalori dalam proses itu. Ia berlaku dengan mengaktifkan reseptor dalam tubuh yang menetapkan proses pembakaran tenaga.
“Di dalam tubuh, sel lemak putih menyerap kalori dan menyimpannya sebagai lemak, jenis yang jelas dilihat pada perut buncit, pinggang dan paha yang menjadi ‘musuh’ pengamal diet,” kata seorang daripada penyelidik berkenaan.
Beliau berkata sel lemak putih dikenali sebagai lemak ‘jahat’ kerana peranannya itu. Lemak coklat, yang ditemui dalam jumlah kecil di bahu dan leher, sebenarnya membakar lemak untuk menghangatkan tubuh dan dikenali sebagai lemak ‘baik’. Penyelidik mendapati capsaicin dalam diet mampu merangsang reseptor yang dikenali sebagai saluran protein potential vanilloid1 (TRPV1).
Mengaktifkan reseptor ini menyekat obesiti yang dikaitkan dengan diet tinggi lemak, menurut penyelidik. Mereka percaya ini disebabkan ia mendorong sel lemak putih ‘jahat’ menjadi sel lemak coklat baik yang membakar tenaga. -Agensi
Sumber: https://anizyn.blogspot.my
loading...
ayo dicoba keberuntungannya bersama dengan kami di fanspoker^^com
ReplyDeletedapatkan juga bonus rollingan dan refferalnya