Pesan Rasulullah saw. - Cari Empat Ciri Ini Dalam Seseorang Untuk Tahu Dia Jodoh Kita

Kongsikan di

Image result for Pesan Rasulullah saw. - Cari Empat Ciri Ini Dalam Seseorang Untuk Tahu Dia Jodoh Kita


Seronok jadi umat Islam sebenarnya. Kita ada banyak panduan yang cukup lengkap dalam segala serbi hal asas kehidupan manusia. Termasuklah mencari jodoh.
Cuma, dengan pengaruh-pengaruh budaya luar yang datang dan menyongsangkan sedikit kita daripada jalan yang betul, lama-kelamaan masalah sosial semakin kelihatan dalam masyarakat kita, kerana kita sendiri enggan mengikut saranan Rasulullah saw. dalam mencari jodoh.
Mungkin ada antara kita yang lupa? Mari kita imbas kembali pesanan Rasulullah saw. ini yang datang dari hadis yang berbunyi :
“Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).
Amat jelas di situ Rasulullah saw. menyarankan agar kriteria paling penting dalam mencari jodoh, ada 4 tetapi antara empat itu ada satu yang paling penting iaitu agamanya. Tetapi, mari kita huraikan 3 ciri lain terlebih dahulu.


1. Apa yang dimaksudkan dengan keturunannya?

Rasulullah saw. menyarankan kita agar memilih calon isteri yang datang daripada keturunan yang baik. Keturunan itu bermaksud datang dari keluarga yang mengamalkan ajaran Islam dengan baik serta tidak dipandang cela oleh masyarakat.
Hal ini diambil kira dengan harapan, berkat memperolehi jodoh yang datang dari keturunan yang baik, maka akan bertambah baiklah zuriat yang bakal terhasil dari penyatuan mereka berdua.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan hartanya dan rupanya?

iluminasi panduan jodoh rasulullah3
Tidak ada penekanan yang khusu yang diberikan pada dua ciri-ciri ini namun disebutkan juga kerana memang empat ciri inilah yang akan membantu kita mencari jodoh.
Tidak perlulah kita menolak pula seseorang itu hanya kerana dia tidak berharta dan janganlah pula kita enggan menerima seseorang itu kerana rupanya. Namun apa yang kerap kali berlaku, rupa akan diletakkan ke nombor satu, harta nombor dua. Betul kan?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan agamanya?

iluminasi panduan jodoh rasulullah4
Ilmu agama tidak cukup dengan pemahaman dari segi perlakuan sahaja. Seseorang yang benar-benar mempercayai agamanya, pasti akan mempunyai ilmu yang bersifat rohani dan ini akan menjurus kepada hubungan yang lebih dekat dengan Allah swt. Bagaimana mahu tahu bakal jodoh kita itu agamanya kuat?
Lihat ibadahnya, akidahnya, akhlaknya, pakaiannya, kehormatannya, tajwidnya, ilmu, pertuturannya, baktinya, perilakunya, risaunya dia pada dosa, hatinya yang bebas syak wasangka dan baiknya dia pada manusia lain.
Banyak kan sebenarnya perkara yang perlu dinilai sebelum seseorang itu layak dianggap jodoh ideal dari segi agama?

4. Mengapa ciri agamanya mengatasi keturunannya?

iluminasi panduan jodoh rasulullah5 874
Pasti ramai yang memikirkan persoalan tersebut- mengapa agamanya lebih penting sedangkan jika keturunannya elok, sudah tentulah dia baik belaka, kan? Jawapannya mudah - bukan semua orang bernasib baik dilahirkan ke dalam keturunan yang baik.
Ada orang yang mungkin anak luar nikah. Ada orang anak pencuri. Ada orang ibu bapanya dipandang negatif masyarakat setempat. Jika perkara-perkara ini wujud dalam penilaian anda, lihat saja pada agamanya. Lupakan isu keturunannya dan perkara itu sudah patut menjadi isu lagi jika agamanya cukup cantik.
Saya harap agar panduan ini yang sebenarnya kerap dikongsikan membantu anda dalam memulakan langkah pertama mencari jodoh. Memang sukar mendapatkan pasangan yang mempunyai keempat-empat kriteria yang Rasulullah saw. sebutkan itu, namun Rasulullah memudahkan kita dalam membuat pilihan dengan menyarankan kita agar mengutamakan agama seseorang sebelum membuat sebarang keputusan. 
Saranan siapa lagi yang lebih layak kita ikut berbanding nasihat Baginda? Kami dari team Iluminasi doakan anda semua berjumpa dengan jodoh yang menepati nasihat Rasulullah saw. 

Selamat berjaya.
Sumber : http://iluminasi.com
loading...

1 Response to "Pesan Rasulullah saw. - Cari Empat Ciri Ini Dalam Seseorang Untuk Tahu Dia Jodoh Kita"

  1. hy guys ingin nmendapatkan uang jutaan rupiah gak ^^
    ayo segera bergabung dengan saya di F/A/N/S/P/O/K/E/R
    disini hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian semua bisa menang jutaan rupiah lo
    ayo tunggu apa lagi kami tunggu ya pendaftarannya ^^

    ReplyDelete

Didakwah