3 Taktik Mengajar Anak Yang Mempunyai Kinestetik Tinggi

Kongsikan di



Kebanyakan kanak-kanak yang mencapai usia pra-sekolah mendapat banyak faedah melalui aktiviti pembelajaran kinestetik yang melibatkan sentuhan, rasa dan mengalami sendiri pengalaman tertentu, menurut FamilyEducation.com.

Kanak-kanak yang mempunyai kinestetik tinggi mempunyai kelebihan dalam memahami ilmu dengan lebih cepat dan lebih selesa belajar secara fizikal berbanding membaca dan menghafal. Kanak-kanak seperti ini akan lebih cepat menghadam apa yang sedang berlaku.

Antara ciri kanak-kanak kinestetik ialah anak hiperaktif iaitu selalu bergerak aktif dan tak reti duduk diam dalam satu jangka waktu yang lama kerana ada saja yang dia mahu lakukan.

Tapi jangan pula anda salah faham kanak-kanak sebegini alami gangguan atau kekurangan. Tahap keaktifan anak akan berkurangan apabila umur semakin meningkat di mana anak jadi lebih bertenang. Ia hanyalah satu cara mengekspresikan diri si anak.

Maka, semasa anak membesar, anda boleh lihat personaliti dan gaya pembelajaran anak juga berubah. Jadi ibu bapa dan pengajar boleh kenal pasti cara pembelajaran yang paling berkesan dan sesuai dengan anak.

Oh ya! Walaupun anak anda sesuai belajar secara visual atau auditori, kaedah belajar secara kinestetik juga dipercayai dapat membantunya juga. Ambil peluang ini untuk mengetahui tentangnya serba sedikit.

Berikut beberapa tip dan taktik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa dan pengajar dalam mengajar anak yang kinestetik.

1. Masa Rehat

Anak kinestetik mudah terganggu dengan persekitaran mereka. Jadi dalam kelas, cuba wujudkan satu ruang yang mana anak-anak ini boleh take a break apabila mereka merasa bosan atau terganggu.
Mereka boleh lompat bintang dan kira bilangannya atau melompat setempat dan kira bilangannya dalam satu minit. Galakkan atau pesan pada anak untuk lakukan aktiviti tersebut secara senyap supaya tidak mengganggu rakan-rakan lain.
Jika di rumah, boleh berhenti sekejap daripada aktiviti yang dilakukan dan nyanyi lagu ‘Kepala, Bahu, Lutut, Kaki’ contohnya.

2. Menulis/Melukis

Tak kisah di rumah atau di sekolah, berikan anak pensel dan kertas untuknya menulis atau melukis. Dengan cara ini, mereka masih boleh kekal aktif dalam keadaan yang terkawal.
Menulis juga menggalakkan anak untuk mengingat dan terus bermotivasi. Berikan juga highlighter atau pen marker berwarna untuk mereka gariskan perkataan yang mereka baca atau tulis. Dengan cara ini, lebih mudah mereka fokus kepada item yang diwarnakan tadi.

3. Kekal Aktif

Gunakan aktìviti gerakan atau amali sewaktu memperkenalkan maklumat baru pada anak. Bermain permainan fizikal merupakan salah satu cara untuk belajar konsep matematik.
Anak boleh cuba baling dan tangkap bola untuk belajar mengira. Atau menambah dan menolak bilangan bakul. Jika di kelas, boleh belajar ABC sambil menepuk tangan. Di rumah, boleh bermain lompat tali sambil bermain mengeja.

Anak kinestetik sememangnya sangat bertenaga, teruja dan bersemangat tinggi. Mereka sama sahaja seperti anak lain cuma perlukan sedikit bantuan untuk mereka terus minat belajar di samping peluang dan ruang untuk mereka bergerak dalam persekitaran mereka.

Sumber: TheVocket
loading...

1 Response to "3 Taktik Mengajar Anak Yang Mempunyai Kinestetik Tinggi"


  1. ayo dicoba keberuntungannya bersama dengan kami di fanspoker^^com
    dapatkan juga bonus rollingan dan refferalnya

    ReplyDelete

Didakwah