Kanser serviks bermula dengan sel-sel pada permukaan servik. Ia berlaku apabila sel sel tersebut mula membesar dengan tidak terkawal hingga menyebabkan sel tersebut merebak ke tisu servik. Dari sinilah, sel sel abnormal tu akan mula merebak ke bahagian lain seperti faraj , rahim atau usus.
Tanda Tanda Awal Pada Perubahan faraj, Keputihan Yang biasa Tetapi tanpa sedar ianya Tanda Awal Kanser Rahim
1-BERLAKU PENDARAHAN PADA FARAJ SECARA TIDAK NORMAL
Kebanyakan wanita yang didiagnosis dengan kanser serviks mengalami pendarahan yang tidak teratur. Satu tindakan yang dapat menjejaskan pendarahan faraj yang berlaku secara teratur boleh menjadi penunjuk kanser serviks.
Ia juga boleh disebabkan oleh keadaan perubatan lain, seperti ketidakseimbangan hormon, penyakit keradangan pelvis atau jangkitan pada organ-organ pelvis.
Kanser serviks mampu merebak ke tisu berdekata. Ianya juga dapat mewujudkan kapilari baru yang tidak normal dan mudah pecah serta boleh menyebabkan pendarahan. Pendarahan itu boleh berlaku di antara tempoh haid, selepas melakukan hubungan seks, selepas menopaus mahupun selepas pemeriksaan pelvik.
Pergi berjumpa dengan doktor jika anda mengalami pendarahan antara kitaran haid atau selepas hubungan seks. Ianya mungkin menjadi suatu tindakan awal dalam mencegah kanser serviks yang mungkin telah mula wujud dalam diri anda.
2. FARAJ MENGELUARKAN SUATU CECAIR YANG LUAR BIASA
Sedikit penjelasan kepada anda, cecair keputihan dan berbau adalah perkara biasa yang faraj anda mungkin akan keluarkan. Walau bagaimanapun, jika lelehan faraj bertambah, bau busuk dan cecair yang keluar tidak tetap, ia boleh menjadi tanda awal jangkitan faraj, kanser pangkal rahim atau endometrium.
Apabila mengalami kanser pangkal rahim, cecair keputihan yang keluar boleh menjadi berat, pucat, berair, mungkin berwarna coklat atau bercampur dengan darah. Jika anda mengalami gejala ini, segera merujuk kepada doktor anda dengan segera sebelum ianya terlambat
Sumber : https://sempoimedia.blogspot.my
loading...
Related Posts :
3 Taktik Mengajar Anak Yang Mempunyai Kinestetik Tinggi Kebanyakan kanak-kanak yang mencapai usia pra-sekolah mendapat banyak faedah melalui aktiviti … Read More...
Dah Nak Balik Raya ? Ini Ada Tips Bagaimana Nak "PAGAR" Rumah Korang . Musim raya dah tiba , pasti semua kalut nak balik sediakan baju dan barang-barang nak bawa balik … Read More...
Ini Cara Kenal Pasti Simptom ADHD Mengikut 3 Peringkat Usia Anak ADHD ialah singkatan kepada ‘Attention Deficit Hyperactivity Disorder’, iaitu satu keadaan yang… Read More...
Jangan sesekali berlapar jika mahu turunkan berat badan Artikel ini agak teknikal, dan perlukan fokus yang tinggi untuk faham. Jika matlamat anda adalah un… Read More...
Puasa tak tinggal, tapi badan makin gemuk. Ketahui sebabnya Selalunya di awal-awal bulan Ramadhan kita seringkali mendengar orang yang bercita-cita tinggi u… Read More...
ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
ReplyDeleteayo segera bergabung dengan kami di fanspoker''com
add pin bb 55F97BD0 ditunggu ya